21

Romance Completed 30602

BUNYI deru ombak menyapa telinga Jannah.nafas ditarik dalam.kaki masih berjalan menyusuri gigi air.malam ini,ingatan masa lalu datang menerpa.entah mengapa ianya masih ada,sudah dia lupakan malah belajar memaafkan dan menerima.

suasana sunyi menambah kesedihan hati.sudah 11 malam,mata tetap tidak mahu tidur.dia buat keputusan berjalan sendirian di pantai.walaupun takut sendiri.kawan yang lain semua sudah tidur.

“aiman?”tegur jannah.dia terkejut melihat bayang lelaki duduk sendirian dalam gelap.fikiran mula memikirkan yang bukan bukan,ini sudah malam.lega apabila bau minyak wangi menusuk hidung,bau yang selalu ada di sekitar aiman.dia masih ingat bau yang minyak wangi aiman.
Aiman menunduk.dia ingatkan tiada siapa di sini.yang lain tidur,penat.dia pun penat namun kesedihan melanda diri.penat hilang begitu saja.

“kau okey tak?”tanya jannah.kasihan melihat Aiman begini,entah apa yang dia buat di sini dalam gelap.

“okey.kau buat apa dekat sini?sorang?”tanya aiman.lama juga dia menstabilkan diri sebelum menjawab dan memandang gadis di sisi.

“ambik angin.aku tak boleh tidur.”bohong jannah.kasut dalam pegangan diletak atas pasir.duduk dilabuhkan bersebelahan Aiman.

“kau kenapa?Ada masalah?cerita dengan aku.aku tak akan cerita dekat sesiapa pun.”

Walaupun dalam gelap malam, cahaya lampu dari jauh menampakkan wajah Aiman.matanya merah seperti baru lepas menangis.

“aku sukakan Mia lagi.”luah aiman.dia tidak mahu bercerita namun mulut ringan berkata.

“aku cuba lupakan dia.kenangan kami selalu ada dalam ingatan aku,aku cuba.bukan tak cuba untuk buang,tapi susah.aku tak mampu lupakan perempuan yang aku sayang sepenuh hati.”adunya lagi.tanpa dipinta air mata gugur begitu saja.

“susah,aku tahu.tak semua kenangan kita boleh lupa termasuk kenangan yang menyakitkan.kalau tak boleh buang,kau jadikan kenangan kau tu sebagai contoh.andai nanti,ada perempuan yang tepat datang pada kau.kau cipta kenangan dengan dia,kenangan yang lagi indah dari dengan Mia.yang lagi romantik,manis.sekarang kau telan pahit,nanti insyaallah kau akan telan manis.”lembut Jannah nasihat.dia biarkan Aiman menangis dahulu,selepas tenang baru dia bercakap.kasihan lelaki ini.

“kau rasa aku mampu?aku satu hospital dengan dia.dia selalu dengan Faizil.kadang kadang,aku marah.faizil dengan dia.sepatutnya aku dengan dia.”

“tu takdir.siapa tahu takdir seterusnya?kau tahu?kalau kita tahu takdir kita,kita tak akan buat benda tu.ini ujian Aiman,ujian setiap orang berbeza.”

“kadang kadang pahit tu akan bawa kita pada manis yang kita langsung tak sangka.sekarang,kuatkan hati.kau boleh cerita dekat aku kalau ada apa apa.aku sudi dengar.”jannah tersenyum pada Aiman.melihat kesedihan Aiman,hatinya kuat secara mendadak.

Bibir Aiman mengukir senyum.gadis ini sangat baik,dia tahu jannah dalam kesedihan sama.afieq melupakan janji mereka.

“teman aku berjalan nak?seram sorang sorang.”tawar jannah.dari biarkan Aiman melayan perasaan sakit,lebih baik dia pelawa jejaka ini menemani dia.kalau ada apa apa nanti,Aiman ada.lagi pula sudah lewat malam.seram berjalan sorang.

Aiman tertawa kecil,Jannah berani dalam takut.dia juga was was mahu keluar tadi,mana tahu kan.kalau terserempak dengan ‘seseorang’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience