26

Romance Completed 30602

AIMAN melangkah masuk ke dalam bilik dengan perasaan gembira tanpa sedar kehadiran syafiq di sofa bujang berdekatan tingkap,dia memerhati gerak geri aiman bersama senyuman sinis.tidak sangka,aiman boleh segembira itu berjumpa dengan jannah.

"tadi tolak sekarang suka."perli syafiq bersama senyuman sinis. tertawa kecil dihamburkan melihat betapa terkejutnya aiman, dia di sini dalam gelap.

"kau buat apa dalam bilik aku?daus?"kesal aiman,mod baik dia tadi hilang begitu sahaja apabila ditegur syafiq.langsir dibuka lembut ,cahaya mula memenuhi ruang kecil ini.

"daus keluar dengan iqah.aku bosan,ingatkan kau balik awal.rupanya lambat."kecewa syafiq.hari ini dia sudah merancang mahu keluar bersama kawan lelaki.hampa.mereka masing masing ada rancangan.

"kau nak apa dari aku?"aiman melabuhkan duduk atas katil saiz king.dia yakin syafiq ke mari bukan kerana mahu melepak dengan dia,pasti ada sebab.syafiq sering melepak dengan firdaus kerana firdaus sahaja yang melayan lawak dia.

"aku ada benda pelik nak cakap."serius syafiq.posisi bersandar bertukar menjadi tegak,dipandang aiman lama.

"iqah.dia selalu mengadu pasal kau dekat seseorang,dalam telefon.aku dah berkali kali dengar."

"mana kau tahu?"tanya aiman.kening dijongketkan,dia yakin syafiq sekadar menuduh sahaja.

"aku dengar malam semalam.iqah sebut nama kau.yang hairannya dia bercakap secara sembunyi,aku tak pasti dia cakap dengan siapa tapi detail pasal kau dia bagi tepat."

"setiap apa yang kau buat,semua dia bagitahu,dia ingat perkara kecik yang kau buat."sambung syafiq.tanpa sengaja dia dengar iqah bercakap secara sembunyi, semua yang aiman lakukan dia bagitahu.awalnya dia biarkan namun sudah berkali kali dengar,makin hari ianya jadi luar biasa. iqah mengingat semua yang dilakukan aiman.

"kau biar betul?dia nak bagitahu siapa?"tanya aiman serius.mustahil iqah begitu,memang dia perasan iqah sering memandang.tidak dia ambil serius kerana mungkin saja iqah tersalah pandang dia.

"macam mana keluar.seronok?"usik syafiq bersama senyuman nakal.

"boleh la.kami pergi tengok wayang,jalan jalan,makan dan pameran fotografi."aiman tersenyum tanpa sedar.memori di situ kembali bermain di minda,jannah dengan senang hati membawa dia ke sana.jannah juga mendengar dia membebel tentang semua hasil kerja di pameran itu.

"aku pandai kan?"syafiq tertawa besar.aiman malu malu menutup senyuman di bibir,mereka sudah kenal lama.dia dapat baca air muka aiman walaupun aiman berusaha menutupinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience