PUAN jasmine tercari cari kelibat anak gadisnya,sejak pulang dari rumah kawan,Jannah sering hilangkan diri malah menjadi pendiam.semua orang sedang sibuk di dalam bilik solat,ini masanya untuk bertanya.
“kakak.”tombol pintu dipulas,tidak berkunci.puan Jasmine masuk setelah mengetuk pintu bilik berwarna coklat milik Jannah.
“mama.”jannah 17 tahun memaksa senyum pada puan jasmine.diseka air mata laju sebelum baring menghadap pintu.
“kakak penat?”tanya puan jasmine.mata tertuju pada gumpalan tisu di atas meja lampu.
“haah,tu yang rehat.”jawab Jannah dengan suara serak.
“kakak.ada apa apa jadi?"
"tak ada apa ma."jawab jannah.ditenangkan diri agar tidak mengalirkan air mata di hadapan mama.
"kak,jangan tipu mama.cerita dekat mama.mama tak akan marah."pujuk puan jasmine.sepertinya jannah mengalami masa sukar sendiri.
"ma."dipeluk puan jasmine erat.
"kakak guna duit tabung kakak untuk seelamatkan kawan kakak ma.kakak takut nak cakap dekat mama dengan papa sebab kakak takut mama,papa marah kakak."
pelukan dierat puan jasmine.jannah menangis teresak esak.takut.puan jasmine pasti marah,sesuka hati saja menggunakan duit tabung universiti untuk membantu dahlia.
"kenapa dengan kawan kakak?"lembut puan jasmine.
"dia dibuat cagaran untuk hutang keluarga dia,kakak nak tolong dia ma.kakak tak nak dia jadi cagaran,macam macam boleh jadi ma.kakak minta maaf ma."
ini rahsia dia bagaimana nanti kalau keluarga dia tahu.apa jadi pada dia?bolehkah dia menjadi kawan dahlia lagi?dia takut hilang kawan baik dan takut kalau keluarganya marah besar.
"tak apa sayang,apa yang kakak buat tu betul.”
“kakak takut ma.kakak dah tipu mama dengan papa.”
Ini keputusan secara terburu-buru.macam macam boleh terjadi.tidak lama lagi dia akan duduki SPM juga akan melangkah masuk ke universiti.andai saja tuan Azmi tiba tiba tanya duit itu,apa dia mahu jawab nanti.
“tak apa sayang.mama kan dah tahu?kakak bukan menipu,apa kakak buat,betul cuma cara kakak salah.lain kali jangan buat lagi,biar mama uruskan semua.kakak jangan risau ya?”diusap lembut kepala Jannah yang berbalut tudung bawal.suaminya memang tidak keberatan membantu orang susah namun apa yang Jannah buat akan meninggalkan kesan nanti.
“ABANG.saya cadang,nak masukkan Jannah dalam universiti kawan saya.”ujar puan Jasmine sambil mengoles losyen berjenama pada kulit tangan.
“universiti sini?”tanya tuan Azmi.
“ya abang.senang,dekat sikit dengan kita.senang kita tengok dia nanti.”
Gemuruh.pandangan tajam diberi suaminya melalui pantulan cermin.
“saya nak ,Jannah ke luar negara. belajar dekat sana. ”tekan tuan Azmi.menghantar Jannah belajar ke luar negara merupakan rancangan untuk menjamin kejayaan.
“abang,saya risau.kalau kita biarkan kakak dekat luar negara,apa jadi nanti?kakak bukan tak tahu jaga,tahu.kakak tu baik sangat,dia akan mudah percaya pada orang.saya mintak sekali ni je,untuk kebaikan kakak.”Rayu puan Jasmine.
Tidak dapat dibayangkan,Jannah hidup di luar negara dan percaya bulat bulat pada apa yang dia lihat.risau juga andai kawan Jannah,dahlia.menipu Jannah walaupun dahlia bagi jaminan dia akan bayar semua sebaik habis SPM.
“nanti saya fikirkan.”
Tuan Azmi terdiam agak lama.pernah terfikir tapi dia yakin pada jannah.kata isterinya betul,Jannah akan percaya tanpa berfikir panjang.macam dahulu.
Share this novel