38

Romance Completed 30602

IQAH menarik nafas dalam sebelum memandang pintu berwarna biru cair.sejak tadi tiada siapa yang datang melawat.dia dimasukkan ke hospital tengahari tadi kerana pengsan di tempat kerja.kesibukkan berkerja buat dia alpa menjaga kesihatan, sering benar dia lupa makan dan lupa berehat kerana tuntutan kerja.sekarang,baru dia sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan.

seorang kawan pun tidak datang melawat,masing masing sibuk.mia jururawat yang merawat dia namun kelibat gadis itu tidak kelihatan selepas dia keluar.katanya tadi sekejap saja,penat menunggu lagi pula bosan sendirian dalam bilik ini.

“jannah?”terkejut iqah.tiba tiba sahaja pintu terbuka dan wajah lembut jannah menyapa mata.dia tersenyum manis apabila jannah melangkah masuk dan duduk di atas kerusi bersebelahan katil.

“kau macam mana?doktor cakap apa tadi?”tanya jannah laju.sebaik saja habis masa berkerja,dia langsung ke hospital untuk melawat iqah.tidak makan mahupun mandi.risau sungguh selepas mendapat mesej dari mia,mesej kumpulan.iqah sakit dan dimasukkan ke hospital tempat dia berkerja.lega hati melihat iqah tersenyum walau bibirnya pucat.

“doktor bagitahu aku terlebih berkerja,makan tak jaga.terima kasih datang,aku ingatkan kau dah lupakan aku.”sedih iqah.dia faham kawan kawan sedang sibuk berkerja malah ada yang menjaga anak namun dia mahukan perhatian mereka.papa dan mama serta adik beradik jauh di luar negara,saudara mara juga sibuk dengan kerja mereka tidak akan datang kalau mereka diubungi.kawan kawan saja yang dia ada,mereka saja yang boleh diharapkan.

“sama sama.aku tak pernah lupakan kau,bukan kau je.kawan yang lain pun.kenapa kau diam?kami dapat tahu dari mia.kalau mia tak bagitahu rasanya aku dengan yang lain lain tak tahu kau masuk hospital.”

“bukan tak nak bagitahu tapi takut menyusahkan korang.itu je.”

awalnya memang mahu beritahu kawan kawan cuma dia tidak sampai hati,mereka masing masing sibuk dan ada kehidupan sendiri.dia akan menganggu mereka menjalani kehidupan sibuk mereka.

“tak susah pun.jangan fikir sampai macam tu.kami kawan kau,kami sayang kau.lain kali kalau ada apa apa bagitahu jangan senyap macam ni.”

persahabatan mereka terjalin selama 10 tahun agak sukar mahu dilupakan,hubungan mereka mahu dia jaga sebaik baiknya.kenangan lalu membuat dia takut untuk hilang sahabat baik lagi.

“baik bos.”terharu iqah.dada dihimpit rasa sebak namun ditahan air mata agar tidak menitis menimpa pipi.

AIMAN tersenyum.hati sedang girang dengan lawatan sepupu belah papa,lelaki yang sebaya mahupun tidak.setelah sekian lama tidak berjumpa akhirnya hari ini mereka akan bersua muka.tidak sabar mahu berjumpa.masing masing sibuk,ada yang sudah berkeluarga ada yang sibuk dengan perniagaan yang semakin maju.kaki berhenti melangkah melihatkan seorang gadis bertudung dan berbaju kurung sedang duduk dengan riak cemas.

“jannah.”lambai mia dari lorong wad.dia mendekati jannah dengan senyuman .

“kau ada tengok iqah?”tanya jannah.semasa menemani iqah makan,dia dapat thu yang mia langsung tidak menjenguk iqah walau sekejap.

“ada.masa mula mula dia masuk tadi lepas tu,aku sibuk uruskan pesakit lain.”bohong mia.selepas iqah sedar dia langsung berehat di bilik rehat.penat meunggu iqah sedar bukan sekejap lepas 30 minit baru dia boleh rehatkan badan dan mata.

“kan kau boleh lawat dia lepas rawat pesakit.”bidas jannah.

“aku ada banyak kerja.kalau kau panggil aku sebab ni je baik tak payah ingatkan nak belanja aku tadi.menghampakan.”

jannah terdiam,kata kata mia menusuk hati.dia mula rasakan perubahan yang ketara pada mia.tadi dia cuma agak yang mia berbeza dari zaman sekolah menengah dahulu kerana mahu kepastian,dia ajak berjumpa.kini kata hatinya benar.perubahan mia dapat dilihat sejak dua bulan lalu,dia dan qiela perasan cuma kami tidak cakap apa apa kerana takut mia tersinggung.sekarang dia yang tersinggung.

“aku memang nak ajak kau makan.jom.”

aiman memandang kedua sahabat baik itu berjalan menuju ke kantin.mengapa jannah nampak teang semasa bercakap dengan mia.sulit untuk dengar,tempat dia berdiri jauh dari mereka.wajah jannah saja yang mampu dilihat,riak gadis itu juga nampak terkelu dengan apa yang mia katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience