AIR oren pengantin terasa tawar di tekak Jannah.pandangan kosong di beri pada pengantin yang bersanding gembira atas pelamin.diakui,tema pilihan sara sangat cantik.putih merah,dia suka.namun dia tidak suka penggantinya.
Senyuman Afieq yang berseri seri mahu saja dipadam dari bibir itu.seharusnya dia yang ada di situ.
“kau okey?”tegur qiela.ditepuk bahu Jannah,memberi semangat pada gadis ini.dia faham,betapa sakitnya penantian yang hujungnya begini.
“okey.”jawab jannah tanpa perasaan.dia cuba tidak menunjukkan sebarang reaksi.datang tadi,bukan sahabat dia saja yang terkejut.keluarga dia juga terkejut.
dahlia yang tawarkan diri untuk pergi bersama.dia risau Jannah akan pengsan di hadapan pintu dewan
“kalau tak okey,kau nak balik?”tanya dahlia pula.
hari itu,Jannah menangis seharian dengan dia.balik rumah sendiri, tengah malam selepas mengoleskan sedikit bedak menutup lebam bawah mata.
“aku okey je.”bohong jannah.dia menahan segala rasa sekuat tenaga.dia juga tidak memandang keluarga sendiri.kalau dia pandang.pasti air mata akan gugur tanpa dipinta.
“aku ambik air jap.”masuk ini sudah lima cawan dia minum.masih juga tidak puas hati.kenapa air ini tawar di tekak.
“ambik kan untuk aku sekali.”pinta syafiq.cawan dihulurkan bersama sengihan.malas pula mahu ambik air.
“aku ambilkan.”sampuk Aiman.cawan pada tangan Syafiq dirampas.dia awalnya harus jadi pengapit,lepas saja Afieq kata adik dia.affan balik dan mahu jadi pengapit,terpaksa dia duduk lagi.hari itu,Faizil sepupu dia yang mahu.
Jannah berbaris di belakang Aiman.dahlia tadi mencuit dia agar mengikuti Aiman.sudah dia geleng, dahlia tetap memaksa.
“kalau tak kuat jangan tunggu,balik.dari terseksa.”bisik Aiman sebelum berlalu pergi.jannah menemani dia sepanjang majlis Mia,dia pernah marah. Jannah tetap juga duduk dengan dia.cuba berbual kosong.
“kalau Mia boleh bahagia,kau pun boleh bahagia Aiman.”nasihat Jannah bersama senyuman manis.
Bila dia ingat,gadis itu sangat kuat.macam sekarang,dia tidak lari. dia datang dan hadap sakit ini sendiri.
“TAHNIAH bro!”ucap Haziq ikhlas.mereka berlaga penumbuk,lama tidak jumpa.bila jumpa,rindu zaman muda.masa masih bujang dan berseronok bersama sama.sekarang satu demi satu dari mereka sudah berkahwin.
“thanks.”afieq tersenyum manis.hari bahagia dia hari ini,semua hadir.termasuk gadis yang pernah membuat hatinya bergetar hebat.jannah.
“tak nak ucap tahniah?”sambung Afieq lagi.
“siapa?”tanya Firdaus.berkerut dahi dia,mereka semua sudah ucapkan tahniah pada Afieq.
“jannah.”dipandang gadis itu dengan senyuman di wajah.dia perasan,Jannah tidak tersenyum manis hari ini.masam saja muka dia.
“dia dah ucap la.Kau tak dengar?”tanya dahlia.dia terpaksa berbohong,Jannah senyap dari tadi.dia memang biasanya senyap,sekarang dia sangat senyap.
“ada ke?sayang,ada ke?”tanya Afieq pada sara di sisi menemani dia sejak mereka turun dari pelamin untuk menyapa tetamu.
“asal kau balik sini senyap senyap?”potong Aiman laju.kasihan pula dia melihat Jannah,beku di sebelah Mia.ya Mia ada,dia seorang.suaminya ,Faizil selalu sibuk dengan kerja di hospital.faizil orang penting,sebab itu dia selalu sibuk di hospital.
“kejutan untuk Korang.”sahut afieq.perancangan awal memang mahu jumpa mereka,bila fikir kembali kemungkinan.siapa tahu selepas dia berjumpa Jannah,hati akan terpaut kembali pada jannah.syukur,hati dia masih berdebar untuk sara.isterinya.
Share this novel