13

Romance Completed 30602

JANNAH termenung melihat orang lalu lalang di sebalik dinding kaca premis tempat dahlia berkerja sebagai pembantu kedai serbaneka.

Dahlia tidak belajar sampai menara gading,dia hanya belajar setakat SPM kemudian langsung berkerja.keadaan memaksa dahlia berada di sini,dia juga terpaksa tolak tawaran belajar universiti terkemuka Malaysia.

“kau kenapa?”tanya dahlia.dari sibuk melayan pelanggan kini dia boleh duduk dengan tenang.dia menjeling Jannah di kaunter semasa beberapa pelanggan beratur membayar barang belian mereka.jannah termenung jauh sebaik duduk di dalam bangunan satu tingkat ini.

“kau tahu apa apa pasal Afieq?”tanya Jannah.mustahil rasanya dahlia tidak tahu apa apa,dia rapat dengan Aiman dan syafiq.salah satu dari mereka pasti tahu apa yang Afieq sedang lakukan.

“tak.asal weyh?ada apa apa jadi dekat dia?”panik dahlia.mana tahu kan.dia juga sudah lama diamkan diri.hilang ditelan bumi begitu saja.

“kau tengok ni.”

Dihulur telefon pintar berjenama pada dahlia.mata dahlia membuntang.gambar Afieq menjabat tangan tok kadi serta beberapa keping gambar Afieq mencium dahi perempuan asing.ada juga gambar keluarga Jannah dan keluarga Afieq malah puan Jasmine sendiri sedang berbual dengan pengantin perempuan.

“weyh!bila ni?!”kecoh dahlia.bagaikan sesak nafas menyerang,dia panik tiba tiba.

“lepas kita balik dari rumah mia.aku dapat mesej dari afieq.”

Dia gemuruh mahu membuka mesej dari nombor tidak dikenali.bagai mahu luruh jantung melihat gambar yang dia dapat.macam dahlia sekarang.cuma dia diamkan perkara ini,dia nak puan Jasmine sendiri bagitahu dia.puan Jasmine hanya senyap dan berlagak macam tiada apa apa berlaku.dia kecewa.

“kenapa kami tak tahu apa apa?group girls pun diam je.apa ni?ada orang kenakan kau tak?dia mana ada dekat Malaysia weyh.”bertubi tubi dahlia bercakap.dia terkejut.macam mustahil,tiada angin.tiba tiba Afieq sudah bernikah.

“dia dekat malaysia.tu masjid sini,aku dah cari dalam Google.aku ada mesej Dania semalam dalam Fac.dia cakap.haah,dah kawin.family aku semua dekat situ tengok Afieq bernikah.”

“what?!”tergamam dahlia.

“afieq mesej aku,tanya kenapa aku tak datang.dia tipu aku.”suara Jannah menjadi serak di hujung ayat.dia menahan air mata dari gugur.janji yang dia pegang selama ini dilupakan begitu sahaja.dia setia tapi Afieq?memilih orang lain.

“jannah.dari apa yang aku tahu,Afieq tu baik.kau tak berjodoh dengan dia jannah.”

dahlia cuba tenangkan Jannah.dia tidak tahu,kalau Afieq hanya main main.sepanjang berkawan dengan Afieq,lelaki itu jenis berpegang pada janji.

“aku tunggu dia macam orang gila.dia?dia lupakan semua tu.”air mata gugur tanpa dipinta.dia tidak mahu menangis depan dahlia.dia mahu menjadi seorang yang kuat yang tabah hadapi semua ini.

“janji tak semua mampu tunaikan,ada janji hanya tinggal kata.ada janji dapat dikota.tak semua bernasib baik.”

“aku bodoh setia dengan dia selama ni dahlia.”luahnya.air mata mengalir dengan deras di pipi.dia bodoh benar.kenapa dia biarkan diri sendiri menunggu benda tak pasti?kenapa dia percaya janji Afieq?kenapa dia biarkan Afieq buat janji manis begitu.

“kau tak bodoh Jannah.sekarang mungkin kau menderita.lepas ni?siapa tahu,kau bahagia dengan orang yang betul.jangan pernah menyesal,jangan putus asa.”

“family aku tipu aku, dahlia.”

dia hanya harapkan keluarga saat ini.lepas tahu,mereka tahu soal Afieq.hancur sungguh hati.dia marah,sangat marah.bukan marah pada mereka,marah pada diri sendiri.

“diaorang tipu ada sebab.kalau diaorang bagitahu,kau jadi macam sekarang.menangis.jangan sebab satu kesilapan,kau lupakan keluarga kau.itu salah jannah.kalau nak menangis,menangislah.aku ada.”

bahu Jannah dipeluk erat.jemari menepuk lembut lengan Jannah.tidak pernah dia nampak Jannah menangis seteruk ini.jannah merupakan seorang yang ceria,dia tidak pernah masam muka dengan mereka walau sekejap.sekarang,hatinya hancur melihat sahabtnya menangis teresak esak.air mata dengan mudah mengalir turun dari pipi Jannah.

tangis dihamburkan.tidak dapat dibendung lagi,kalau Afieq tidak tunaikan janji dia terima. dia marah pada diri sendiri menanti Afieq.menanti benda tak pasti. kini dia rasakan semua orang mengenakan dirinya.apa salah dia?salahkan dia mengharapkan percintaan yang sempurna? tiadakah secalit bahagia dalam percintaan buat dia?sakit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience