GUNUNG g menjadi tempat lawatan seterusnya mengisi masa lapang serta menenangkan minda.sejak melangkah masuk telefon dan kamera tidak lepas dari tangan,mahu merakam kenangan manis.
Jannah bergerak menuju ke laut,dia berdiri di atas jambatan kayu.termenung sendirian melihat laut air hijau terbentang depan mata.orang lalu lalang tidak dihiraukan.dia tidak mahu menyertai mereka,dia lebih gemar melihat pemandangan cantik ini sendirian.
kerana sering ke mari saat cuti sekolah rendah beberapa tahun lalu, dia jadi kurang berminat menangkap gambar.sudah cukup banyak gambar mereka sekeluarga di sini.sekarang biar mereka menikmati tempat ini.bukan selalu mereka dapat bercuti di sini.
"jannah."aiman berjalan mendekati jannah. di kawasan air pancut tadi jannah dengan mereka,dia hanya melihat mereka bergambar tidak pula mahu sertai.di kolam ikan menoleh saja, Jannah tiada dengan mwreka. satu kawasan ini diteroka,tidak juga dia menjumpai gadis ini.entah bagaimana dia boleh sampai ke mari.ternampak jannah termenung sendirian.
"aiman?buat apa dekat sini?tak ambik gambar dengan kawan lain?"tanya jannah lemah.sekarang dia mahu bersendirian. habiskan masa di sini mengenang kisah silam.
"malas."jawab aiman mudah.dia tiada mood mahu bergambar,suasana hati tidak teruja seperti mereka.ugutan puan nadya menakutkan dia.mamanya pantang kalau dia melawan tahu tahu sahaja puan nadya akan mencari calon.
"susah hati?"tanya jannah.dia nampak aiman juga termenung jauh.entah apa masalah lelaki ini,mungkin saja mia.siapa tahu apa bermain di fikiran Aiman.
"aku rasa kau yang susah hati.termenung dalam kereta tadi."ujar aiman.sampai saja di sini,jannah banyak diamkan diri dan termenung panjang.dalam kereta juga begitu,termenung sampai tidak mendengar apa yang dikatakan mereka.
"aku okey je.cantik kan dekat sini?"jannah mengubah topik.dia masih mahu menikmati pemandanga hijaunya laut terhidang di depan mata.sendiri!
"cantik,lagi cantik kalau aku dekat sini dengan dia."keluh aiman.dapat dia bayangkan di sini bersama Mia berdua menikmati indah tempat ini.
"sabar.nanti insyaallah ada orang yang tepat untuk kau."nasihat jannah sebelum masing masing senyap melayan perasaan.
dia tidak kisah dengan apa afieq buat,dia cuma kisah tetang kisah silam dia bersama sepupu.walau sudah belajar memaafkan namun masih ada rasa marah dalam hati.sangat marah.sukar untuk melupakan kenangan pahit dan manis bersama dia.sepupu yang paling dia sayangi mengkhianti persahabatan mereka.
Share this novel