41

Romance Completed 30602

GUMAMAN terus disenandungkan aiman dalam diam.otak mencari permulaan perbualan dengan jannah.takut mahu menegur jannah,wajahnya masam mencuka.troli ditolak seiring langkah jannah mencari barang berdekatan rak.ruang yang dingin terasa panas,tidak tahu bagaimana harus mulakan perbualan.

"kau marah?"tanya aiman akhirnya.tidak tahan berdiam diri.selalunya jannah akan bercakap dahulu sekarang dia senyap seperti bersendirian di sini.

"marah?siapa cakap?"tanya jannah kembali.dibaca jenama gandum,puan nadya mahukan tepung jenama S kerana itu dia meneliti setiap jenama mengikut kehendak puan nadya.

"mama aku ganggu masa kau cuti."
pagi tadi tiba tiba sahaja puan nadya beri arahan ambil jannah di rumah tuan azmi dan bawa jannah ke pasaraya,beli barang rumah mereka yang sudah habis.puan nadya tidak boleh pergi kerana sakit kaki,terpijak kaca.

"aku okey je.lagi pun,aku memang nak keluar.jumpa dahlia."
pada awalnya itu rancangan yang dibuat,ada sebab tertentu dia mahu bertemu dahlia.terpaksa dibatalkan masa juga terpaksa diubah.petang ini baru ke pasaraya dahlia berkerja.

"dahlia rapat dengan kau,dengan mia tak pula dia rapat."hairan aiman,dari apa yang dilihat.dahlia rapat dengan jannah berbanding mia padahal mereka sudah lama kenal.tidak salah 14 tahun.

"haah,aku suka berkawan dengan dia.daia baik."puji jannah.barang diletak dalam troli,senyuman diberi pada aiman.

"yang lain pun baik,mia.iqah,qiela."aiman cuba mencari sesuatu pada anak mata jannah,firasat kali ini tidak salah.jannah sedaya upaya menutur kata dengan berhati hati.

"baik."jawab jannah dingin.ditinggalkan aiman sendirian,hati dijentik rasa marah.tidak habis habis nama mia disebut aiman.geram!dia tahu dahulu mereka bercinta tapi sekarang mia sudah berkahwin,tak habis habis nama mia disebut dahulu.

"KATA nak jumpa dahlia."tanya aiman.jannah sedang termenung di kerusi sambil menunggu dia membayar barang.barang sudah diletak dalam kereta,jannah masih termenung di sini.

"kejap."jannah menarik nafas dalam sebelum bangun dari kerusi.angin dia tidak baik mahu berdua dengan aiman.

"jom."ajak aiman.berkerut dahi melihat perangai jannah,masam saja wajahnya.tadi kata tak apa.sekarang?marah?

"em,aiman.aku balik sendiri je la."

aiman berhenti melangkah,badan dipusing menghadap jannah.

"mana boleh,aku dah ambik kau.kena hantar balik."lembut aiman.

"tak apa ,aku boleh balik sendiri.cakap dengan makcik,maaf tak boleh singgah."jannah tersenyum sumbing sebelum berlalu pergi.hati masih panas dengan aiman dan dia malu pada diri sendiri.sepatutnya dia tidak boleh rasa sebegini,aiman hanya kawan bukan kekasih.mungkin dia terlalu berharap.memalukan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience