HEMBUSAN angin perlahan meniup pipi,Mia menarik nafas dalam.kepala ditoleh kiri dan kanan mencari kelibat sahabatnya yang tidak kunjung tiba.janji semalam pukul satu tengahari sekarang sudah satu lima minit tengahari.bahang panasnya matahari sudah mula terasa,sahabatnya tidak juga muncul.
“jannah.”dilambaikan tangan pada Jannah yang berjalan mendekati tempat biasa mereka berjumpa,bawah pokok tepi tasik.
“kenapa nak jumpa aku?”tanya Jannah sebaik saja duduk,nada suaranya seperti menjengkelkan.beg tangan diletak atas rumput.
“aku mintak maaf atas apa yang terjadi dan atas niat aku yang tak elok.”ikhlas Mia walaupun agak sukar memandang wajah Jannah saat ini.pandangan Mia terhala pada tasik.
“aku tahu apa aku buat tu akan hancurkan hubungan kita termasuk rumah tangga aku.tapi aku tetap teruskan sebab aku nakkan perhatian aiman.lepas tahu Korang dah nikah,aku tak suka.aku mula fikirkan rancangan untuk hancurkan hubungan korang.”sambung mia.jannah mendiamkan diri seperti marah,kerana itu dia jujur tentang niat awal terhadap Jannah dan Aiman.
“kenapa baru sekarang kau nak mintak maaf?”sinis jannah.bibirnya mengukir senyum sinis.baru hari ini Mia berhubung dengan dia setelah diam sebulan.
“aku tahu,aku ambik masa sebulan nak mintak maaf.aku belum bersedia masa tu,aku takut.kau tak akan maafkan aku.aku redha kalau kau tak maafkan aku,aku faham.kesalahan aku ni besar.niat meruntuhkan rumah tangga orang.”
Mia sudah bersedia dengan kemungkinan.niat dia berjumpa Jannah semata mata meminta maaf dengan ikhlas kalau tidak dimaafkan Jannah.mia redha,ini kesalahan yang bukan kecil.
“aku bukan tak nak maafkan cuma aku perlu masa untuk terima dan hadam apa yang kau nak buat pada aku.”
Jannah juga tidak memandang Mia,dia takut kalau mata bertentang.di sini akan dia hamburkan segalanya pada Mia.
“tak apa,aku bagi masa.aku dah agak kau akan marah aku,aku tak kisah.”bohong Mia.sekarang dia sedang menipu, kemaafan Jannah sangat dia nanti.tidak tahan berjauhan dengan Jannah lama begini.
“kau ingat lagi tak?tempat ni jadi tempat perjumpaan rasmi kita.selalu pukul satu kita duduk sini,luahkan perasaan masing masing.dekat asrama kita tak boleh sembang
pasal hati,risau kawan yang lain mengejek.”
Mia mengimbas kembali masa mereka muda.zaman sekolah menengah.masa itu,mereka di sini luahkan ketidak puasan hati tentang warden asrama.jannah juga tidak berpuas hati pada warden yang memilih bulu.
“itu dulu,sekarang kita dah tua.”bibir Jannah mengukir senyum.masih ingat dengan jelas bertapa mereka geram pada wanita itu sehingga petang mereka duduk di sini.entah apa khabar warden asrama perempuan dahulu.sudah lama tidak dengar cerita.
“aku tahu la,baru nak ingat masa lalu.kau ni.”
Mereka sama sama ketawa.jannah memang begitu,selalu menganggu.tidak boleh lihat orang mengimbau sekejap,ingat zaman muda.
“zaman tu kita langsung tak ada masalah,kita bahagia.tapi sekarang macam macam masalah ada.”luah jannah.bukan mengeluh cuma mengenang,sekarang ada saja masalah yang melanda.hubungan dan kerja tidak henti henti masalah datang.
“aku tahu,aku salah tapi aku tak nak sampai kau putuskan hubungan kawan dengan aku.”
“aku tak fikir sampai macam tu,kita kawan dah sangat lama.aku sayangkan hubungan kita.bagi aku masa,aku nak ikhlaskan apa yang jadi.bukan mudah aku nak beri kemaafan dengan ikhlas.”
Sudah berbelas tahun mereka bersahabat,tak mungkin dengan mudah jannah akan lupakan hubungan mereka.memori itu tak akan dia lupakan.manis ,pahit,masin,masam semua ada.
“maafkan aku.”ulang Mia lagi.senyuman segaris diberi pada Jannah.mungkin sekarang terlambat namun dia masih meletak harapan pada Jannah,dia sayang pada Jannah sangat.
Share this novel