“MANA kawan awak?dah dua jam kita berdiri dekat sini.saya nak melayan tetamu lagi."sungut tuan azmi.kaki sakit berdiri terlalu lama di sini, orang yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.
"sabar sekejap,saya dah jemput dia.tak lama lagi dia sampai."gemuruh puan jasmine,sudah terlalu lama tidak berjumpa.entah bagaimana rupa sahabat lamanya itu.berdebar menanti pertemuan sebentar lagi.
"abang,saya gemuruh.macam mana nak berbual dengan jas nanti?"resah puan nadya.kerana lama tidak berjumpa entah apa yang hendak dibualkan.pasal anak?jenuh diajak aiman agar ikut dia ke mari tapi anak itu tidak mahu.katanya kawan dia punya abang mengadakan doa selamat malam ini.
"masuk aje dulu.nanti mesti awak tak berhenti bercakap."yakin tuan yazid, nadya bukan jenis pediam sudah bertahun tahun mereka hidup sebagai suami dan isteri dia tahu bagaimana perangai isterinya ini.
"assalamualaikum."puan nadya beranikan diri menegur pasangan yang sedang berdiri di daun pintu memandang kiri dan kanan.
"saya cari jasmine.saya kawan lama dia,nadya."sambung puan nadya lagi.
"nad?"terkejut puan jasmine melihat wanita menawan pada usia emas.ini bukan seperti nadya dahulu yang kasar kini dia berhijab dan berbaju kurung.sangat lembut.
"MENYAMPAH."ujar mia dengan nada geli.saudara jannah dari tadi memandang aiman bagaikan tidak pernah melihat lelaki,berbulu rasa.
jannah mengeluh dalam diam.entah kenapa mia seperti tidak suka perempuan lain memandang aiman. yang anehnya,faizil dia biarkan bebas melayan tetamu perempuan yang hadir sedangkan dia duduk di sini menanti makanan dari faizil.
"kak.mama panggil,kawan mama nak jumpa.dekat atas."datang alia pada mereka dengan muka monyok.dia dipaksa memanggil jannah sedangkan baru saja direhatkan diri dalam bilik atas.
"siapa?"tanya jannah.semua kawan mamanya ada di sini menikmati masakan puan jasmine dan penduduk taman.
"entah.tapi kan,rasanya akak kenal.makcik tu kata dia kenal akak,dia tengok gambar akak dengan adik tadi."
"ha okey.kau rehatlah,masuk bilik kakak.bilik kau menghala ke sini."ujar jannah.dia kenal alia walaupun alia tidak kata dia penat namun wajahnya bagi tahu dia penat.dari pagi tadi alia tidak berhenti membantu mereka memasak,kasihan alia.lusa sudah balik asrama.
takut takut jannah menuju ke ruang rehat di atas.entah siapa kawan mamanya tidak pula dia ingat pernah jumpa mana mana makcik.
"ma."celah jannah di tengah perbualan rancak antara puan jasmine dan puan nadya.
"ha nad,ini anak aku nombor tiga,jannah." senang hati puan jasmine mengenalkan jannah pada nadya.kekok Jannah tersenyum,malu berkenalan dengan kawan mama.
"jannah.ingat makcik lagi tak?kita pernah jumpa dulu.mama aiman."teruja puan nadya,tidak sangka dapat bertemu kembali dengan jannah lagi mengujakan apabila jannah merupakan anak sahabatnya.
tidak perlu susah payah menyiasat latar belakang jannah kalau mahu tahu tanya saja jasmine.senang kerja.
Share this novel