43

Romance Completed 30602

DUA pasang kaki berlari melanggar lopak air di tanah berumput.ketawa kedengaran seiring derasnya hujan membasahi bumi.dua orang perempuan berumur 17 tahun dan memakai baju kurung sekolah seronok bermain air.tidak peduli akan buku dalam beg yang disandang.

"basah!"jerit mereka serentak dalam kegirangan.terlompat lompat mereka bermain,tidak lama kemudian mereka berlari menuju ke rumah teres berdekatan.

"MAAF tau.rumah aku sempit,tak macam rumah kau,besar." malu dahlia.rumah teres ini tidak sebesar dan secantik rumah sahabatnya,hanya ruang tamu,dapur dan dua buah bilik.cukup untuk dia dan ibunya berlindung dari hujan dan cahaya matahari.

"aku okey je,aku pernah hidup susah dahlia.aku dah rasa hidup susah.tak payah mintak maaf."lembut jannah.bibir mengukir senyum.dia cukup bersyukur dahlia mahu pinjamkan baju dan tudung bawal selesai mandi tadi,untung juga rumah dahlia tidak jauh dari sekolah.

"mana duit aku!"suara nyaring terdengar dari ruang tamu.

"kau duduk sini kejap."dahlia bergegas keluar,tidak lupa dia menutup pintu bilik rapat.
Kerana terlalu lama dahlia di luar.jannah bergerak menuju ruang tamu.pemandangan depan mata membuat dia tergamam,pasu bunga jatuh ke lantai,kacanya berterabur di merata rata tempat.

“tolonglah,bagi saya masa.saya akan bayar semua.”rayu ibu dahlia.air mata membasahi pipi.

“bila?dah dua tahun aku bagi kau masa kumpul duit.kau nak masa berapa tahun lagi?!”tengking lelaki berpakaian hitam dan berkaca mata hitam.di sebelah ada dua orang lelaki yang tegap dan menakutkan.

“tolong bagi kami masa encik,kami akan bayar.”rayu dahlia.mata merah menahan tangis.

“bila?kau ingat aku akan tertipu lagi.kau lari dari kami sampai kuala lumpur.kau ingat kau selamat?”tambah lelaki itu lagi.

“tolonglah,saya merayu.bagi masa.”ibu dahlia laju mengalirkan air mata melihat mereka memandang dengan bengis.

“aku tak akan tertipu,aku akan bagi masa.tapi!ada syaratnya,jadikan anak kau cagaran.”
Tergamam dahlia.dipandang ibunya lama berharap ibunya tidak bersetuju dengan syarat ini.

“baik.bagi kami masa setahun lagi,saya janji dua puluh k saya akan bayar habis.” jawab ibu dahlia.dipandang dahlia dengan air mata,terpaksa.ini saja jalan yang ada .

“bawak budak ni pergi."arahnya pada kedua pengawal peribadi, mereka berdiri bersebelahan sofa yang diteterbalikkan.

“ibu!”dahlia meronta tidak mahu.dia diheret menuju ke pintu.

“tunggu,encik.saya akan bayarkan,”sampuk Jannah di tengah tengah kekecohan mereka.tidak sampai hati membiarkan dahlia menjadi cagaran.

Air mata mengalir di pipi dahlia,Jannah dipandang lama.memohon bantuan gadis itu dari mata.dia takut sehingga lupa yang Jannah ada di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience