JENAMA makanan ringan diteliti, Alia memesan sebelum dia keluar membeli barang peribadi.budak itu tidak mahu ikut dia mencipta alasan kononnya penat baru balik dari U.dari Perak ke mari dia menaiki bas.alia cuma mencipta alasan agar tidak memandu kereta.
Mereka adik beradik sudah dididik agar hidup cara sederhana.pemandu juga tidak mereka ambil,tuan Azmi tidak suka anak anak dia tidak berdikari.dia sanggup ajar anak anak sendiri bagaimana cara memandu sampai mereka pandai terus ambil lesen,belikan kereta mereka satu seorang.alia saja malas bawa kereta sendiri,lesen yang diambil waktu berusia 18 tahun dijadikan perhiasan.
“sayang.nak tu.”rengek sara.sudah cukup lama dia tidak balik ke Malaysia,rindu sungguh pada makanan buatan malaysia. Kalau boleh dia mahu semua yang ada.
“boleh je sayang,ambik la.”ujar Afieq.habiskan duit untuk isteri tidak mengapa.lagi pula dia suka melihat senyuman pada bibir merah jambu sara seperti sekarang,senyum saja kesayangannya ini.
“sana jom.”lengan Afieq ditarik menuju bahagian snek,sara terlalu teruja sehingga terlanggar Jannah yang melihat lihat snek .
“maaf.”ucap sara ikhlas.dia menunduk meminta maaf.ini padahnya tidak melihat kiri kanan.untung saja di sekeliling tiada orang kalau tidak,bersedia menanggung malu.
“tak apa.”jawab Jannah lembut.terkelu.afieq dan sara berdiri di hadapan memandang dia.
“jannah?lah kau rupanya.sorang je?”ramah Afieq.sudah lama dia tidak berbual dengan Jannah,rindu mahu mendengar suara gadis ini.
“ah.ak.."
“afieq.”sampuk Aiman tiba tiba muncul dan berdiri di sebelah Jannah.
“aiman?kau dengan Jannah?”
“haah,aku ajak dia beli barang sikit.pengantin baru keluar.kau tak ajak aku.”aiman pura pura merajuk.sedikit pun tidak dia kisah,biar saja Afieq mahu keluar dengan sesiapa pun.afieq bukannya perempuan yang harus ditemani malah dia sudah pun ada teman.
“THANKS.”ikhlas jannah.dilabuhkan duduk bersebelahan Aiman,air mineral dihulur.
Aiman dah banyak kali membantu tanpa dia sedar.kalau tiada Aiman,mungkin tadi dia sudah lari di hadapan Afieq.dia bersyukur,Aiman muncul tepat pada waktu.
“no hal.”balas Aiman dingin.datang sini dengan puan Nadya,mama dia.mama entah ke mana.terpisah di lorong air.kebetulan dia nampak Jannah dan Afieq,wajah Jannah yang sedih menimbulkan rasa kasihan.sebab itu dia membantu.
“kau datang sini dengan siapa?”tanya Jannah ingin tahu,tidak pula dia nampak mia.mengarut!Mia sudah bersuami, sedar jannah.
“mama.beli barang.”
“aku hairan,macam mana kau boleh kuat depan Mia?aku, nak jumpa Afieq pun.aku takut.”luah Jannah selepas senyap beberapa saat.hairan,bagaimana Aiman boleh hadap Mia dan melihat dengan mata sendiri bagaimana bahagianya hidup Mia sekarang.
“mia dah jadi isteri orang.nak atau tak,aku kena terima kenyataan.terima kenyataan jannah,cinta Afieq untuk kau dah berubah.”
Bagai ditampar cara halus.jannah terkedu,entah mengapa kata kata Aiman menusuk ke dalam hati dia sangat.
“aku cuma nak Afieq mintak maaf.buat aku macam orang bodoh,tinggalkan aku.lapan tahun,aku tolak semua lelaki.aku menyesal.”
“aku dah agak,kau lurus.afieq bukan untuk kau,cari orang lain yang tepat untuk kau.kita sama sama kecewa.”nasihat Aiman dingin.
“kan.aku pun rasa kita senasib.memandangkan kita senasib.kawan?”
Mata mereka bertaut.jannah tersenyum manis,terpukau dengan panahan anak mata hitam milik Aiman.walaupun lelaki ini dingin,mata dia sebaliknya.lembut.
“bukan kita kawan?”
“no.kau selalu mengelak aku,aku pun macam tu.mulai hari ni.kawan?”pelawa jannah.kecewa.aiman hanya senyum sinis.
“kita sama sama kecewa Aiman,jadi aku nak mintak pendapat kau dalam mencari cinta.”
“aku pun gagal. ”keluh Aiman.
“kita sokong antara satu sama lain.kegagalan akan ada kejayaan.kawan?”Penuh harapan Jannah melihat Aiman.
“hem.kawan.”ucap Aiman malas.dia sedikit sebanyak termakan kata kata Jannah.mereka sama sama kecewa mungkin juga mereka mudah memahami antara satu sama lain.
“aiman.ni siapa?”
Mereka mengangkat muka memandang arah punca suara.seorang wanita yang nampak agak
muda berdiri di hadapan mereka.
“kawan.jannah,mama aku.”
“owh.makcik.”teruja jannah.dicium tangan puan
Nadya lembut.
Dia kira ini adalah kekasih baru Aiman.muda.walaupun ada sedikit kedutan di bawah mata.tetap nampak cantik dan muda.badan pun Cantik bagai anak dara.
“kawan ke kekasih.”usik puan nadya.mata tidak beralih dari memandang Jannah,perempuan muda ini sangat menarik minat dia.
“kawan.makcik saya mintak diri dulu.”terang Jannah dengan sopan dia meminta diri . baru perasan sudah petang.nanti Alia merungut makanan dia tiada.
“mama suka budak tu.”teruja puan nadya.atas bawah dia melihat Jannah,lembut budaknya.manis.
“ni je kan?”laju dirampas plastik belanjaan Puan nadya.sejak Mia bernikah,mamanya suka kenenkan dia dengan semua perempuan.
Share this novel