55

Romance Completed 30602

ANGGUN Salwa mengenakan baju nikah krim sambil duduk di atas kusyen dalam masjid kampung.lokasi ini menjadi pilihan Salwa kerana dekat dengan kampung halaman.qhalif juga kacak mengenakan baju melayu krim,tak senang duduk dia di hadapan tok kadi.takut tersasul sebut nama Salwa walaupun pendek tapi ada perasaan cemas.gemuruh!

Selesai akad nikah qhalif dan bergambar bersama keluarga Salwa,selepas itu mereka balik ke hotel bersedia untuk esok.majlis persandingan qhalif.

“aiman.”

dicuit lengan lelaki yang sedang bersandar bermain telefon pintar.perlahan dilabuhkan duduk atas katil hotel bersebelahan suaminya ini.mereka dapat bilik sendiri atas arahan puan Jasmine.dia tidak diizinkan tinggal akan suami sendirian.

“ya sayang?”jawab Aiman senang.dia tersenyum pada gadis ini.telefon pintar yang melekat di tangan kini diletak atas cadar hotel berwarna hitam.

“pelamin rumah kak Salwa cantik kan?saya teringin sangat nak bersanding atas pelamin macam tu.”teruja Jannah.

Tidak sabar menunggu masanya nanti bersanding dengan Aiman berdua atas pelamin yang indah dihiasi bunga.pasti masa itu menjadi masa bahagia buat dia dan Aiman.

“cantik.”balas Aiman dingin.telefon kembali melekap di tangan,entah apa jarinya tekan dia juga tidak pasti tahu tahu saja mesej Faizil pagi tadi terbuka.

“nanti saya nak yang macam tu boleh?”tanya jannah.mata Aiman dipandang dalam,mencari sesuatu di dalam mata suaminya.

Semasa di rumah Salwa tadi.tuan Azmi bagitahu yang Aiman menjeling pelamin yang bakal diduduki qhalif.tuan Azmi kata yang mungkin
Aiman cemburu dengan qhalif.sekarang dia mahu tahu dari mulut Aiman sendiri sebab itu dia berusaha buat Aiman bercakap.

“lambat lagi.”jawab aiman dingin.dia mengeluh panjang sebelum bangun menyarung jaket hitam pada tubuh.

”nak pergi mana?”

“keluar kejap cari barang.”

Pintu hotel dibuka kemudian dihempas kasar sebelum dia berjalan turun.sakit hatinya dengan Jannah lagi sakit hatinya melihat pelamin qhalif.dia juga mahu bagitahu orang yang dia dan Jannah sudah menjadi suami isteri tapi ada masalah yang belum diselesaikan mereka.

QHALIF bergerak menuju ke lobi sendirian.mahu rehatkan diri di pantai sebelum menjelang esok.mata tidak mahu pejam teruja menanti hari esok.hari persandingan dia dan Salwa.sedang dia berjalan di lobi figura seorang lelaki yang duduk di sofa lama diamati.

“aiman?”tegurnya sambil memastikan kalau lelaki ini benar adik iparnya.

“abang?buat apa dekat sini?”tanya Aiman.
Senyuman tanpa gula diberi pada qhalif.dia bukan marahkan qhalif cuma dia teringin merasa bersanding atas pelamin dengan orang yang dicintai.

“saja ambik angin.kenapa duduk sini?Kakak halau?”

Berkerut dahi qhalif.jannah bukan seperti itu kalau Aiman buat dia marah pun dia mungkin akan membisu dan nanti dia akan okey sendiri.

“eh tak.aiman saja nak duduk bawah.”

“aiman,kakak tu tak peka dengan keadaan sekeliling kalau dia peka pun.dia akan pentingkan orang tu.abang tak suka cara Jannah sebenarnya,cara dia pendam masalah cara dia pentingkan orang lain dari diri dia sendiri.abang harap sangat,Aiman faham jannah.”

“dia adik abang tapi abang tak boleh faham dia.dia mudah faham perangai kami tapi kami tak boleh faham perangai dia.kalau ada apa apa yang Aiman tak puas hati pasal jannah,bagitahu abang.”ujar qhalif setelah mereka berdua berdiam diri agak lama.dia sayang adik dia tapi dalam masa yang sama dia tak suka sifat baik Jannah yang dikatakan senang digunakan orang.

Aiman berjalan perlahan memasuki bilik.dia pasti Jannah sudah tidur,jam sudah pukul 12 tadi mahu masuk awal tapi dia tak mahu amarah menguasai diri.mahu sejukkan diri dahulu.wajah Jannah yang terlelap dipandang lama,wajah orang yang dicintainya.senyuman terukir di bibir,isterinya ini cantik namun pemalu.sifat semula jadi yang sangat disukai Aiman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience