57

Romance Completed 30602

AIMAN menyusun pinggan perlahan atas meja petak sebelum kembali melihat susunan,dibetulkan lagi kedudukan pinggan agar nampak cantik dan tidak berselerak atas meja.dia bergerak ke dapur setelah puas dengan hasil.

“abang.”

panggilan Jannah kedengaran.segera dilepaskan apron sebelum menuju ke ruang makan .isterinya kelihatan segar malah cantik bertudung bawal,mereka sekarang berada di resort bulan madu singkat kerana itu Jannah bertudung segan katanya sini ramai pekerja lelaki.

”sayang baru bangun?”tanya Aiman bersama senyum.

Jannah hari ini bangun lambat,dia tidak kisah malah boleh dia luangkan masa memasak untuk isteri kesayangannya.

“haah,maaf.abang kena masak sarapan.”ujar jannah.dia tidak selesa membiarkan Aiman buat semua perkara untuk dia sedangkan kerja dapur dia yang harus buat.

“untuk sayang,abang sanggup buat apa saja.duduk,abang masakkan.sayang rasa lepastu bagitahu sedap ke tak.”

Sebaik saja menarik kerusi untuk Jannah dia langsung mencedokkan mee goreng ke dalam pinggan putih milik Jannah.

“sedap la.pandai abang masak.”puji Jannah sebaik saja menelan masakan Aiman.

“terima kasih sayang.berbaloi abang duduk rumah bujang masa universiti dulu.dapat puaskan selera isteri abang.”

“ni sepatutnya kerja sayang tau bukan abang.abang ni,buat sayang serba salah.”luahnya dengan selesa.mulut terasa ringan mahu kata apa yang berada dalam hatinya pada Aiman mungkin kerana dia selesa bersama jejaka ini.

”ini hal kecik sayang.malam ni,kita jalan jalan tepi pantai.pakai cantik cantik.”

Dia ada rancangan besar malam ini untuk mereka berdua.dari semalam dia sudah fikirkan rancangan untuk mencipta memori mereka bersama.

“SAYANG.”aiman menghulurkan tangan untuk jannah tanpa ragu Jannah menyambut huluran Aiman.nafas ditarik aiman gugup berdua dengan isteri seperti masa mula mula mereka bernikah dahulu.

“abang nak bawak sayang pergi mana ni?”soal jannah.mereka sudah jauh berjalan dari resort sampai ke pantai yang terletak hanya di depan resort.

“menikmati indah pantai malam berdua .”jawab Aiman tanpa hiraukan pertanyaan jannah.

“abang.”

Jannah berhenti melangkah.tiba tiba saja hatinya kecewa tadi dia ingatkan Aiman siapkan kejutan namun hampa mereka asyik berjalan di tepi pantai berdua.baju sedondon berwarna biru,baju mereka juga disiapkan aiman.dia sudah bayangkan kejutan buat dirinya.

“sayang tak suka kita berdua jalan jalan?cuba sayang nikmati masa sekarang.”pujuk Aiman sambil berjalan Jannah ikut di sebelah kerana dia menarik gadis itu ikut sama.

”okey.”jawab jannah.malu pula bila harapkan lebih dari Aiman sepatutnya dia menikmati masa mereka sekarang.

Jannah tersenyum kembali namun dia tergamam dengan pandangan depan mata.sebuah meja terletak berdekatan pantai,bunga yang menyerupai gerbang terletak di hadapan mereka.bunga kertas berwarna biru dan hijau digabungkan melilit tiang gerbang bulat.

“kejutan sayang.”ucap Aiman lembut.dia tersenyum melihat isterinya yang turut tersenyum.

“abang.”

Jannah terharu dengan kejutan Aiman walaupun nampak mudah namun sangat mengharukan.dia hanya tersenyum manis.

“suka?”

“suka.terima kasih.”

“sama sama.jom makan.”

Mereka bersama melalui gerbang bunga dan duduk berhadapan.lilin dinyalankan perkerja resort disusuli makanan.jannah tersenyum melihat nasi ayam yang terhidang,Aiman tahu apa yang dia suka dan tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience