64

Romance Completed 30602

HARI yang dinanti Aiman dan Jannah akhirnya kunjung tiba.hari persandingan.penduduk taman mula memenuhi khemah di hadapan rumah tuan azmi.ada yang baru datang dan ada yang pulang awal selepas makan kerana urusan kerja.

“mama, cenderahati untuk tetamu tak cukup.”ujar alia.dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil cenderahati.di luar tetamu terlalu ramai. perkerja katering bagitahu, cenderahati dah habis.

“ambik dekat dalam bilik mama.”arah puan jasmine.alia segera mendaki tangga ke atas.

“ma,kakak kata diaorang dah dalam perjalanan.”datang Salwa pada puan jasmine.tadi Jannah mesej bagitahu yang mereka sedang dalam perjalanan.mereka bersiap di butik atas cadangan puan Kedatangan mereka akan diiringi alunan kompang yang diambil dari kampung.

“okey,mama nak bersiap sedia.”

Puan Jasmine segera ke luar.mahu menyambut menantu dan anaknya.bunyi kompang bergema.tidak lama kemudian Jannah dan Aiman berjalan seiringan bersama rombongan di belakang.

Jannah berdebar berduaan dengan suaminya ditambah lagi dengan orang di belakang mereka.tangan Aiman digengam erat.berdebar mahu muncul di hadapan ramai orang.

“rileks sayang.”ujar aiman.dia juga berdebar tapi harus pura pura bertenang untuk Jannah.

Mereka menjadi pusat perhatian sebaik saja melabuhkan duduk atas singgahsana.pengapit disisi mengipas mereka dengan lembut.pengapit belah Jannah,Alia.dia sendiri tawarkan diri mahu jadi pengapit,manakala belah Aiman kawan baik dia sendiri.syafiq.

lagu pengantin bergema mengisi suasana.jannah tersenyum manis walaupun malu pada semua orang di sini.aiman dijeling,lelaki itu nampak menikmati masa indah begini.seharusnya dia juga menikmati namun terlalu malu untuk memandang tetamu.

“TAHNIAH bro.”ikhlas Firdaus.aiman duduk di bawah khemah bersama mereka sebaik saja majlis persandingan selesai.dia juga sudah menukar pakaian.pakao t-shirt biasa dan seluar trek.selesa.

“terima kasih.”ujar Aiman.segan tadi,kawan semua pandang dia lain macam.pasti mereka sedang berfikir cara buat dia segan.

“tak sangka kau dengan Jannah,dalam diam korang nikah.”ujar afieq.baru dia tahu yang mereka sudah bernikah saat Jannah edarkan kad kahwin sebulan yang lepas.kalau tak,dia tak tahu sampai hari ni.

“biasa bro,dah sayang.”jawab Aiman.

“jaga dia baik baik,aku dah anggap dia macam adik aku.dia rapat dengan adik beradik aku.kau jangan salah faham nanti,kalau kami berjumpa.”terang afieq.tidak pernah dia lihat Aiman cemburu namun dia tidak mahu Aiman salah faham hubungan mereka sebagai kawan baik.

Aiman mengangguk,dia tahu semua.jannah sudah cerita,mama mereka berkawan baik kerana itu dengan mudah Jannah dapat maafkan Afieq dan menjadi kawan baik Afieq dan juga kawan baik sara.isteri afieq.

“MANA kakak?tak nak buka hadiah ke?”tanya tuan azmi.berkerut dahi mencari wajah anak gadisnya di mana mana.aiman seorang saja yang turun berkumpul di ruang tamu dengan mereka untuk acara buka hadiah.

”dekat atas pa.jannah kata dia pening sikit.”ujar Aiman.jannah tadi bagitahu,dia tidak berapa sihat.pening, dia juga mahu sertai mereka walau Aiman sudah menegah agar dia berehat.

“kakak kalau pening kenapa turun?”tanya puan Jasmine.jannah mendekati mereka semua sebelum duduk di sebelah Aiman.

“tak apa ma,sikit je ni.”jawab jannah.dari pagi tadi dia tidak sedap badan namun tidak teruk,sekarang pening pula.

“jom bukak.”sambung jannah.alia seperti tidak sabar mahu buka hadiah yang mereka dapat.

“sayang?”terkejut Aiman.jannah tiba tiba rebah di ribanya.mereka mula panik,Jannah jarang pengsan malah sepanjang 16 tahun lalu tak pernah sekali pun Jannah pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience