MENGIKUT adat,puan Nadya dan tuan Yazid berkunjung ke rumah tuan Azmi untuk menyunting bunga di taman.walaupun agak mendadak tuan Azmi tetap menerima pinangan mereka.dari wajah tuan Azmi boleh dilihat betapa terkejutnya dengan kedatangan mereka secara tiba tiba.
”kenapa abang setuju?kakak tak tahu pasal ni,kita kena tanya kakak dulu.”ujar puan Jasmine setelah tetamu pulang.cawan dikumpulkan atas meja kopi.dia tidak puas hati selagi tidak tahu sebab mengapa suaminya dengan mudah bersetuju.
”abang terpaksa.kalau kita biarkan,entah apa lagi kakak buat.dia terlalu fikir pasal orang lain.”
Tadi mahu juga ditolak pinangan itu.jannah merupakan anak perempuan, kelemahan besar Jannah adalah cepat percaya dan kasihan pada orang.bila difikirkan kembali jannah perlukan seseorang untuk sentiasa ada di sisi.aiman merupakan orang yang sesuai.
“abang.apa nanti kita nak jawab dengan kakak?tak pasal pasal dia lari dari rumah nanti.”risau puan jasmine.dia tahu Jannah tidak sepandai itu.marah lah Jannah bagaimana sekalipun,anak itu tetap akan sabar dan tersenyum.kalau Jannah terpaksa terima pertunangan ini, kebahagiaan mungkin tidak akan dikecapi Jannah.
“awak bawak bertenang,anak kita tak macam tu.cuba awak fikir,Aiman tu sesuai untuk jannah.dia ada sifat tegas yang anak kita tak ada.ini untuk kebaikan Jannah,dia perlukan seseorang yang dapat bimbing dia.”
Tidak mahu perkara yang sama berulang lagi,ini akan membahayakan jannah.entah apa jadi nanti kalau Jannah terus begitu.
“abang,kita boleh ubah kakak.ini bukan caranya.”desak puan jasmine.tidak mungkin Jannah akan terlibat dengan perjodohan cara lama begini.
“memang kita boleh ubah dia tapi kita tak selamanya boleh ada di sisi dia.kita kena fikir Jasmine,Jannah perlukan lelaki yang terbaik di sisi.”
Bukan dia tidak fikir perasaan Jannah,ini dia rasakan yang terbaik untuk anak gadisnya itu.sampai bila dia harus melayan jannah seperti anak kecil?Jannah sudah besar dan harus buat keputusan sendiri.
JANNAH termenung sendiri di dalam bilik.ditatap lama nombor Aiman.tadi saat ibu bapanya beritahu rancangan pertunangan antara dia dan Aiman,lidah kelu mahu kata tidak mahupun ya.akhirnya dia minta diberi masa sekejap untuk berfikir.mahu hubungi Aiman,dia terlalu malu dan takut.apa mahu dikatakan nanti?
“kak.”panggil qhalif.diketuk pintu berulang kali dia boleh sahaja melangkah masuk ke dalam,jannah selalu biarkan pintu terbuka kecuali waktu tidur. adiknya itu sibuk termenung melihat telefon pintar sambil duduk di hadapan jendela bilik.
“abang.”jawab jannah bersama senyuman.nafas ditarik dalam,tidak mahu gugup saat bercakap dengan qhalif nanti.
“adik abang susah hati?”
Dilabuhkan duduk atas sofa biru laut milik Jannah.diberi senyuman manis pada jannah.
“abang tahu pasal Aiman? papa nak kakak secepat mungkin nikah dengan Aiman.”
Dia sudah diberitahu oleh tuan Azmi,keluarga Aiman meminta masa enam bulan namun kerana fikirkan keselamatan jannah.mereka terpaksa cepatkan.keluarga tuan Yazid juga tahu dari Jasmine tentang jannah,mereka setuju namun Jannah harus setuju dahulu.
“abang,kalau Jannah tak nak.boleh?”tanya Jannah.nafas ditarik dalam.memang dia suka pada Aiman,mahu juga menerima pinangan ini namun ada sesuatu menganggu.
“kenapa?”
“sebab,abang dengan kak Salwa pun belum bersatu lagi.kalau kakak nikah dulu.bukan ke nanti kak Salwa marah?”
Salwa memang orang yang baik. risau juga andai Salwa tidak suka dia dahulu nikah dari mereka sedangkan mereka sudah lama bercinta.sudah lama juga Salwa menunggu untuk bersatu dengan qhalif.dia perempuan.tahu bagaimana perasaan salwa didesak keluarga untuk berkahwin kerana usia yang semakin meningkat.
“jannah.kak Salwa tak kisah,abang pun tak kisah.dia faham,dia pun risaukan jannah.dia tahu perangai Jannah macam mana.abang tak akan tenang selagi tak ada jalan penyelesaian untuk jannah.baik tu tak salah Jannah,tapi jangan terlalu baik.macam macam boleh jadi.kalau ada Aiman, insyaallah dia mampu bantu Jannah menilai mana baik mana buruk.dia baik Jannah,abang rasa dia sesuai untuk jannah.”
Jannah tersenyum segaris.takut.dia juga tidak pasti apa yang menakuti dirinya sekarang.
Share this novel