24

Romance Completed 30602

RESTORAN yang menghidangkan sarapan pagi mula padat dengan pelanggan.dalam diam jannah menjeling rumah agam dua tingkat terletak di hadapan warung kecil ini,rumah yang ditinggalkan oleh keluarga kaya.

"lepas ni kita pergi shopping mall."teruja iqah,tidak sabar mahu membeli belah di negeri ini.mereka tidak selalu berkumpul sama sama.merancang ambil masa singkat menjadikan ianya kenyataan memakan masa.mereka masing masing berkerjaya,tidak boleh sesuka hati cuti.

"hem,korang pergi la.aku nak jumpa kawan dekat sini."bohong jannah.dia tiada kawan di sini kalau ada pun mereka semua sudah berkerja dan ada yang berkahwin.

"kau ni spoil la."kutuk iqah selamba,dia tidak suka betul apabila ada seseorang yang tidak mahu mengikuti rancangan dia.

"tak apa la,kita pergi kita je la.jannah pun nak luangkan masa dengan kawan dia.apa salahnya,"sampuk dahlia .dia tahu apa yang difirkan janah,rahsia jannah juga dia tahu.dia tahu apa yang bermain di fikiran jannah,jannah cerita tentang msa lalu pada dia di resort beberapa hari lalu.dia faham,memori itu cukup menyakitkan.jannah juga kelihatan muram dari biasa.

PINTU hitam besar berbunyi saat ditolak jannah.habuk halus berterbangan di sekeliling.suis lampu dicapai jannah,tidak satu pun menyala mungkin kerana eletrik sudah dipotong.dia bergerak dalam gelap dengan lampu telefon pintar walaupun takut pada kegelapan dan bersendirian di sini.setiap sudut rumh dipenuhi sawang labah labah.sofa merah juga rosak dan berlubang kerana tidak ada yang menjaga.

"qistina!"seorang anak kecil perempuan mengejar seorang lagi anak kecil.dipeluk qistina erat sebelum menggeletek anak ini.
"berhenti qarina!"jerit qistina kegelian.mereka sama sama tertawa .usik mengusik sudah menjadi kebiasaan mereka,setiap apa yang dilakukan mereka tidak lengkap tanpa usikan.sehari tidak buat rasa kosong.

"qistina."

jannah berjalan menuju ke sebuah bilik ,bilik anak perempuan tunggal orang kaya ini.bilik yang masih sama seperti kali terakhir dia di sini.katil masih dibalut cadar merah hati malah barang mainan juga berterabur atas lantai.pensil berwarna biru atas meja kecil diambil.

"janji kita jadi kawan untuk selama lamanya!"jerit qarina teruja sabil menggerakkan jari kelingking di hadapan wajah qistina.mereka sama sama ketawa apabila jari mereka bersatu.

aiman terkedu melihat jannah terduduk di atas katil lama kecil yang berhabuk, tidak lama kemudian terdengar esak tangis.tadi dia menolak mengikuti yang lain dengan alasan sakit perut walhal dia mahu tahu mengapa jannah menjauh dari yang lain ternyata ini jawapannya.tempat ini menganggu dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience