SEKEJAP komputer riba sekejap kertas dalam fail dilihat jannah.kerja tiba tiba menimbun tanpa diminta.salwa menghubungi dia,bagitahu kerja pejabat banyak yang dia tidak buat.
Ini akibatnya suka keluar tanpa izin qhalif.kepala dipicit perlahan.pening! baru buat suku,masih ada banyak lagi yang harus dia usahakan. berbaki tiga fail biru di atas meja kopi.
“kakak.”puan Jasmine mendekati jannah.balik dari dewan,Jannah senyapkan diri dan berkurung.baru sekarang dia ke luar untuk melakukan kerja.itu pun sudah lewat malam.
“ya ma?”jawab Jannah tanpa memandang wajah puan jasmine.jemari juga sibuk menari di atas papan kekunci menaip segala ideal yang datang.
“sibuk?”
“sikit ma.kenapa?”dipandang wajah puan Jasmine.kegelisahan terpancar pada wajah tua mamanya.
“kakak marah kami?”
“marah?mana ada la.mama ni.”jannah kembali menaip.memang dia marah,mereka rahsiakan perkara besar ini dari dia.tapi dahlia benar,walau marah macam mana sekalipun.itu ibu bapa kita.pasti ada sebab mereka rahsiakan perkara begini.
“habis tu?kenapa kakak tak nak keluar bilik,makan pun tidak.”risau puan Jasmine.dari petang jannah menahan lapar,mustahil dia mampu bertahan tidak makan.jannah seorang yang kuat makan,badan saja kecil.
“kakak tidur tadi ma.penat.”jujur Jannah.dia
memang tertidur dengan baju kurung,masuk saja bilik mata berat .perlahan Lahan mata ditutup rapat ,sedar sahaja sudah malam.
“mama,papa,abang.mintak maaf tak bagitahu kakak pasal afieq.”luah puan Jasmine.rahsia yang mahu disimpan. sudah diketahui oleh Jannah malah sanggup menghadirkan diri di majlis Afieq.
“benda dah jadi ma.tak apa,kakak maafkan.”seikhlas boleh dia maafkan mereka.walau apa pun jadi,dia tahu.mereka mahu yang terbaik.dia faham.lagipun,keluarga sentiasa ada masa dia sudah dan senang.
“mama tak nak kakak kecewa lagi.cukup sekali kakak, mama nak anak mama bahagia.”
“ma.kecewa tu akan kuatkan kakak, alhamdulillah ma kakak kuat.kalau kakak tak kuat,sekarang kakak mungkin tak ada dengan mama.papa,abang.tak guna kita menolak kekecewaan tu ma.hadapi dan terima itu la yang boleh Kakak buat sekarang.memang makan masa.mama cuma kena yakin dengan kakak.boleh ma?”bibir Jannah mengukir senyum hangat.digengam jemari tua puan jasmine.dia tidak mahu lemah,sekarang memang dia kuat. Hakikatnya,hati sangat sakit.dia harus berpura pura okey.kalau dia sedih,puan akan dua kali ganda lagi sedih dari dia.
“mama sentiasa yakin dengan anak mama.cuma mama tak yakin,kalau mama dapat terima anak mama kecewa.”
“ma.ini masalah kakak, kakak nak atau tak.kakak kena hadap benda ni.mama jangan risau,kakak okey.”
tubuh puan Jasmine dipeluk erat.dia tak kuat hadap semua ini.dia menyesal menunggu afieq.dia menyesal percayakan lelaki itu.sangat menyesal.
AIR mata gugur setelah penat ditahan seharian.andai saja,dahulu dia tidak kenal afieq.pasti dia tidak akan rasa kecewa untuk kali kedua.andai saja masa itu tidak terjadi pertengkaran antara adik beradik papa,pasti dia tak akan ada di sini.
langit semakin gelap.mata tidak mahu tutup,sudah dia paksa.bantal peluk dipeluk erat, sekarang dia memerlukan sesuatu untuk dipeluk.mahu cerita pada qhalif,abangnya itu pasti akan menuduh Afieq.tidak sepenuhnya Afieq salah,dia yang salah percaya pada lelaki itu.nafas ditarik dalam, berharap agar hembusan nafas ini membawa sakit di hati jauh.
Share this novel