KELUHAN terlepas dari bibir iqah,mia tidak habis habis beri peringatan melalui mesej agar melihat pergerakan aiman serta jauhkan dia dari dekat dengan perempuan lain.
"kenapa?"tanya jannah.berkerut dahi melihat iqah memonyokkan muka,tidak mungkin iqah marahkan dia kerana malam ini malam terakhir di sini.dia juga menyertai mereka ,melepak tengah malam di pantai.
"aku rimas!asyik kacau je."marah iqah selamba.dia bertahan hanya kerana mia sahabat baik dia kalau tidak tahu la apa yang harus dia lakukan pada mia.
"kau kenapa?campak telefon bagai?"firdaus datang bersama talam yang diisi dua gelas air.telefon pintar iqah yang terbang di hadapan mata sebaik saja meletakkan air mengejutkan dia.rezeki,air ais tidak tumpah ke tanah kalau tidak deengar iqah membebel.
"untuk kau." ujar aiman sambil menyerahkan gelas berisi jus mangga dengan selamba dia duduk bersebelahan jannah kalau duduk di sebelah iqah tidak pasal pasal kena tempeleng dengan si iqah.
"kau tengok jannah dengan aiman."bisik syafiq pada dahlia.dia suka melihat mereka begitu tambahan pula aiman,selepas dikecewakan tidak pernah dia lihat aiman banyak bercakap macam sekarang.
"aku tahu.doakan baik baik untuk diaorang."balas dahlia.senyuman diukir pada jannah yang kebetulan memandang dia.
"TAK sejuk?"tanya aiman,dia nampak jannah memeluk diri sendiri sepanjang berjalan dari tapak mereka melepak.
"kalau aku cakap sejuk?kau nak buat apa?"tanya jannah dalam usikan,dia tertawa kecil apabila aiman tersenyum sinis.
"sarungkan jaket mungkin."balas aiman dengan usikan jua.baru dia tahu, jannah seorang gadis yang ceria dan suka mengusik walaupun pada perkara kecil.
"itu cuma berlaku dalam drama.mengagumkan.kau layan drama."usik jannah lagi.tidak dia sangka,doktor aiman yang dingin melayn drama.
"itu semua orang tahu,perkara asas dalam memikat."layan aiman.
"em.kau tak teringin pikat aku?"jannah tertawa kecil ,tidak lama kemudian tawa mati apabila aiman menyarungkan hitam di bahunya.
"ini perkara mudah kalau aku nak pikat kau,aku akan buat perkara yang luar biasa."bisik aiman serius sebelum berlalu pergi.bibir mengukir senyuman manis,tidak dia sangka akan segila ini.hanya mahu mengusik Jannah sahaja tidak sangka dia pula yang terusik.
Share this novel