51

Romance Completed 30602

LANGKAH kecil diambil Emy untuk turun ke bawah.sekarang sudah tiba masanya untuk makan bersama ‘keluarga’.nafas dihela panjang melihat gambar yang tergantung pada dinding bersebelahan tangga.

gambar keluarga yang dahulunya lengkap bersama mama kini tidak lagi,tempat mama digantikan oleh orang lain.perempuan muda dan cantik,mata kembali berair mengingat kejadian menyakitkan lima tahun lalu.mama sudah pergi tinggalkan mereka kerana sakit kini tinggal dia bersama papa.

“sayang,jom makan.”pelawa tan sri Aziz,papa emy.dia bersama isteri mudanya di sisi sedang bergendengan tangan sementara menunggu Emy turun ke bawah.

“hem.”jawab Emy acuh tidak acuh.langkah ke meja makan diteruskan melintasi papa dan mama ‘baru’.dengan berat hati dia mengambil tempat,seperti biasa dia akan duduk di hadapan makcik.

Tuan Sri aziz mengambil tempat di tengah tengah meja.dilihat lauk yang terhidang atas meja dengan penuh selera.

“sedap ,macam selalu.pandai awak masak.”puji tan sri Aziz ikhlas.setiap hari,isterinya ini membuat masakan yang sedap sehingga dia bertambah makan perut juga semakin membesar kerana isterinya ini.

“sedap Emy?”tanya puan Sri Balqis.emy dari tadi seperti tidak berselera makan.dia senyap mengunyah makanan malah lambat baru disuapkan makanan ke dalam mulut.

“hem.”

Air mata hampir gugur.hatinya terseksa dengan kenangan lama,kalau boleh.dia mahu lupakan kenangan itu dan hidup seperti orang yang tidak ingat apa apa lagi.dia tidak bahagia sekarang.

“JEMPUT minum.”ramah puan Sri Balqis.dihidang air pada tetamu yang datang.jannah datang bersama seorang lelaki muda,mereka datang secara mengejut malah berpakaian sopan.berbaju Melayu dan kurung.

“terima kasih.emy ada?”

Tersentak Aiman mendengar nama yang baru sahaja meniti di bibir jannah.mata baru menangkap gambar keluarga pada dinding.seorang gadis berbaju t shirt dengan wajah masam,dia tahu itu siapa.emy,kawan satu sekolah menengah dahulu.dia hilang tanpa khabar sehingga hari ini.

“ada.sekejap mama panggil dia.”
Jannah tersenyum sehingga puan Sri Balqis naik ke atas.aiman dipandang.

“maaf tau,aku ajak kau datang sini.”
selepas saja selesai kursus nikah dia langsung mengajak Aiman ke mari.sepatutnya dia dan Aiman akan pergi ke taman untuk berbual.rosak rancangan Aiman hari ini kerana dia.

“tak apa.asalkan dapat teman kau.”usik Aiman.diberi senyuman manis pada Jannah.dia ketawa melihat wajah malu jannah.sejak jumpa pagi tadi,Jannah sering malu.

“jannah.”panggil Emy pada anak tangga.dia tersenyum pahit memandang wajah bekas sahabat lamanya ini.

“AKU datang nak jemput keluarga kau dengan kau sekali masa majlis nikah aku dengan aiman.”ujar Jannah setelah lama mereka diam membisu memandang wajah masing masing di ruang tamu yang luas ini.

”aiman?bukan Afieq?”terkejut emy.masuk kali ini kali kedua dia terkejut dengan Jannah.
Agak aneh juga Aiman ada di sini bersama Jannah,dia ingatkan Aiman hanya menghantar Jannah ke mari bagi wakil Afieq ternyata ini sebab sebenar.

“dia dah kahwin emy.aku dengan Aiman sekarang,dua hari lagi kami nikah.datang tau.”pujuk jannah.

Melihat wajah Emy tidak menyakitkan hatinya,kenangan lama yang terpahat dalam memori berputar berulang kali namun dia tidak marah.sungguh mengembirakan dapat berjumpa sahabat masa kecil.kini Emy sudah bertukar dewasa,makin cantik pakainnya juga sudah tertutup tidak seperti dulu agak terbuka.

“insyaallah Jannah,aku tak boleh janji.tahniah,Aiman jaga sepupu aku ni baik baik,”
Emy tersenyum tawar,air mata bagaikan mahu mengalir melihat Jannah di sini.beban yang dipikul bagai mahu keluar sekarang juga.

“em,Aiman aku nak ikut Emy naik sekejap boleh?nanti kita balik.kau tak kerja kan hari ni?”

“pergi la.aku tunggu.”

Dia faham.emy nampak sangat sedih sekarang walaupun sudah lama terpisah tapi dia tahu apa yang bermain pada minda gadis ini.mereka membesar bersama malah seperti kembar,sangat rapat.

“KAMI balik dulu.nanti datang tau.”jannah tersenyum manis.berat hati mahu tinggalkan Emy di sini dengan keadaan begini.

“aku tak janji,tapi insyaallah.”

Mereka berpelukan erat.sudah lama tidak semesra ini,sangat lama.entah bila dapat jumpa melepas rindu begini.

“untuk kau.”

kertas coklat bertukar tangan.emy tergamam,ini kertas lama dia dahulu,masa bersekolah rendah kertas yang mereka tulis bersama sama di rumah lama dia.

“hati hati.”

Sayu Emy melambai.dia pasti akan merindui Jannah sekarang Jannah mahu berkahwin dengan Aiman.tidak dapat cipta memori dengan Jannah lagi.tapi dia bersyukur,Jannah dapat aiman.aiman seorang yang baik dan boleh dikatakan Aiman suami idaman semua perempuan.kacak dan baik.sahabat selamanya.emy tersenyum membaca isi surat itu.air mata gugur jua akhirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience