12

Romance Completed 30602

DARI dapur langsung ke ruang tamu,puan Jasmine melihat jannah dari jauh.sibuk sungguh anak gadisnya itu.balik dari pejabat langsung sibuk dengan kerja yang di bawa pulang.ada juga dia menegah Jannah,namun Jannah mahu habiskan nanti senang mahu ke mana mana.

“kakak.”gugup puan jasmine.dia berjalan mendekati anak gadisnya yang duduk di sofa sambil jari menekan laju kekunci komputer riba.

“ya ma?kenapa?”tanya Jannah.bibir mengukir senyuman manis.

“kakak sibuk?”

was was puan Jasmine mahu labuhkan duduk di sebelah jannah.dia berfikir,bagaimana harus dia beritahu Jannah tentang perkara ini.dia mahu ajak Jannah menghadiri majlis Afieq.keluarga Afieq mahu berjumpa Jannah.rindu.

“sikit.ada kerja dari office ma.”

dikecilkan mata memandang puan Jasmine, mamanya ini aneh.dari minggu lepas lagi,puan Jasmine tidak mahu menatap mata jannah.selalunya Jannah yang segan menatap mata,sekarang terbalik.puan Jasmine takut takut mahu memandang dia.

“mama nak cakap apa ni?”tanya Jannah akhirnya.puan Jasmine nampak gugup.dia tidak mahu tanya,biarkan mamanya sendiri buka mulut.

“bulan depan Kakak sibuk?”

“em,rasanya tak kot.kenapa ma?”tanya Jannah lagi.curiga.mulut puan jasmine terkumat kamit sejak tadi,bagai mahu sampaikan sesuatu namun tersangkut di tekak.

“tak ada apa.mama saja tanya.dah malam ni masuk tidur.jangan kerja sangat.awak tu perempuan,nanti merungut dekat mama.muka berjerawat.”bebel puan Jasmine kekok.

Jannah suka mengadu.muka berjerawat,dah tak lawa.bila suruh pakai produk,tak nak.nak muka yang bebas produk.natural gitu.kenyataannya dia tetap memakai produk buatan malaysia.hanya saja dia mahu kekalkan penjagaan semula jadi.

“okey ma.malam ma.”laju tangan mengemas,laptop ditutup laju.kerja juga sudah habis,dia mahu menonton video tadi.wifi baru bayar,tak salah habiskan duit papa sendiri.

“malam ma.”ujar jannah,dipandang curiga puan jasmine.dia yakin ada sesuatu.bila puan Jasmine senyum,perasaan curiga hilang begitu saja.mungkin dia saja terlalu fikir.

Menggeleng puan Jasmine melihat jannah berlari ke atas.nampak saja Jannah lembut tapi lasak.qayum abang sulung Jannah juga kalah dengan dia.

“AWAK ada bagitahu Jannah pasal Afieq?”tanya tuan Azmi.dia awalnya tidak setuju Jasmine mahu mengajak Jannah ikut ke kenduri Afieq yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“belum abang.”puan Jasmine berjeda sebentar.

“saya rasa,kalau saya bagitahu.jannah terluka bang.saya tak nak anak perempuan saya menangis sebab seorang lelaki.”

Janji memang senang ditaburkan,tunaikan tidak semestinya boleh.dia takut andai nanti Jannah akan mengurung diri sendiri.luka dalam hati bukan sekejap boleh dirawat,memakan masa.

“abang tak tahu Jasmine.dari dulu lagi,abang tak suka Afieq dekat dengan Jannah.tapi disebabkan Jannah suka pada Afieq.abang biarkan.tak sangka pula,Afieq buat dia macam tu.”resah tuan Azmi.mereka sudah berusaha melindungi Jannah dari terluka lagi.akhirnya,perkara yang tak diingini akan berlaku juga.

“dia sayang kan perempuan tu abang.benda dah jadi pun.”positif puan jasmine.walaupun dia cuba untuk fikir baik, tapi dia tetap risau.bagaimana Jannah nanti.dia memang boleh positif kerana bukan dia yang ada di tempat Jannah.

“memang benda dah jadi.abang risau,kita bukan tak tahu.jannah pernah terluka,abang tak nak luka yang sama datang dekat Jannah.masa tu,kita boleh cegah?”

Pening kepala memikirkan ini sepanjang hari.mereka hadir di pernikahan afieq.malah mereka sendiri saksikan bagaimana bahagianya Afieq bersama isteri.ada juga Afieq tanya pasal Jannah.qayum jawabkan,Jannah sibuk dengan perkahwinan Mia.kenapa Afieq tetap ingatkan Jannah,walhal dia sudah ada isteri.dua kali ganda lagi cantik dari Jannah walaupun gadis itu tidak berhijab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience