4

Romance Completed 30602

RESTORAN kampung ditempah oleh alumni SMK.tempat duduk dipenuhi dengan 150 bekas pelajar SPM tujuh tahun lalu.kebanyakkan dari mereka memakai baju tshirt biasa, ada juga memakai baju formal. siap bawa isteri dan suami malah ada anak kecil yang hadir memakai baju warna sedondon dengan orang tua mereka.restoran yang tadinya lengang kini bising dengan suara mereka.

“mana Jannah?”tanya dahlia. janji mahu datang awal sama sama. mereka tunggu juga Jannah di luar,bayang dia langsung tiada.terpaksa jua mereka masuk ke dalam,majlis akan bermula.mereka tak nak ketinggalan.kini makanan sudah dinikmati, Jannah langsung tidak kelihatan.

“kejap lagi sampai la tu.abang dia,tak lepaskan dia la tu.”teka mia.jannah ada mesej tadi,dia bagitahu lambat sikit.ada masalah dengan Qhalif.masalah apa dia tak tahu,yang dia tahu qhalif memang suka kenakan Jannah.

“tu dia.”mereka menandang arah yang ditunjuk syafiq.jannah masuk bersama fail biru dalam pelukan.

Angkara Qhalif!dia dipaksa buat kerja yang tidak ada dalam tugas yang diberikan oleh tuan azmi.balik ini,akan dia adukan pada tuan azmi.siap Qhalif.

“kau datang dengan Aiman?”pertanyaan dari iqah buat dia terkejut.
baru duduk dah ditanya.
berkerut dahi Jannah.aiman datang dengan dia?dia bercakap dengan Aiman pun kurang inikan pula datang dengan aiman.memang tidak.

“maksud kau?”

“tu,Aiman baru datang.”tunjuk qiela pada muka pintu.terkejut juga melihat Aiman pakai warna yang sama dengan Jannah malah dia seperti menyusuri Jannah dari belakang.mustahil Jannah mahu mengkhianati Mia,Mia dan Aiman kekasih.mia pula kawan baik Jannah.

“owh,bukan.aku datang dengan Qhalif.dia tak bagi aku datang sorang,bahaya.”terang Jannah.kerana bergaduh kecil dengan Qhalif dia lambat.dia mahu datang sendiri,tapi Qhalif larang.risau apa apa jadi.lepas Qhalif ugut nak bagitahu mama.laju dia setuju.puan Jasmine memang melarang dia keluar malam begini,tambah pula sudah jam 9 malam.

“adik abang.”usik mia.dia kenal Jannah,Jannah seorang yang patuh dengan arahan keluarga dia.kecuali Qhalif.

“lambat sampai?Mia awal dah sampai.”tegur Haziq apabila Aiman labuh kan duduk di sebelah kanan.aneh sungguh sahabat seorang ini.sejak setahun lepas,Aiman dingin dan menjauhkan diri dari semua orang.

“on call.”jawab Aiman dingin.dia lebih memerhati makanan dari mereka semua.matanya meliar mencari seseorang.afieq,Afieq merupakan kawan baik dia.walaupun kenal di sekolah menengah.

“afieq tak balik malaysia lagi?”tanya iqah,aneh.sepatutnya sekarang Afieq sudah habis belajar dan sudah berkerja.tiada khabar langsung dari Afieq,hubungan terputus lepas Afieq terbang ke negara orang.

“tak lagi rasanya.jannah?keluarga kau rapat dengan keluarga Afieq kan?”tanya Firdaus .

“ya.tapi aku tak tahu apa khabar diaorang.diaorang pindah Pahang terus senyap.”bahu diangkat jannah.bila sebut tentang Afieq.ingatan di dewan kembali bermain,janji manis afieq masih segar.dia sudah lupakan tadi.sekarang,firdaus ingatkan dia janji tujuh tahun lalu. Kuang asam betul.mata terpandang Aiman yang kebetulan memandangnya.gugup menyerang.diabaikan rasa ini,dia segera berbual dengan dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience