"KAKAK dah uruskan semua."ujar jannah sebaik saja menutup rapat pintu wad peribadi.pagi tadi sedang sibuk dia uruskan kerja qhalif,qhalif hubungi dia.
perkerja di bawah abangnya itu mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan ke pejabat.pihak mereka bertanggungjawab sepenuhnya kerana ini syarat tetap sejak syarikat ini ditubuhkan,tuan azmi tidak mahu perkerja merasa susah.sifat baik papanya itu,alhamdulillah diikuti mereka sehingga hari ini.
"betul?abang risau,masa macam ni macam macam jadi."keluh qhalif.selama ini dia sudah cukup bersabar,kalau berterusan begini hubungan dia dan salwa akan rengang.
"betul.jangan risau,kakak akan uruskan semua.abang teruskan dengan kak salwa."lembut jannah.
"abang,kakak cuma mampu suruh abang bersabar banyak banyak.tak baik mengeluh.yang lain biar kakak uruskan,abang fokus pada persiapan."sambung jannah lagi.lagi beberapa hari majlis tunang qhalif dan salwa bakal berlangsung dan majlis doa selamat bakal diadakan esok.untung qhalif dapat salwa,dia suka pada salwa namun tidak sangka yang salwa akan bergelar kakak ipar dalam masa empat bulan lagi.insyaallah.
AIMAN mengeluh panjang melihat jelingan mia beri dari pagi tadi.dia tidak lakukan kesalahan apa pun pada wanita itu entah kenapa dia diberi pandangan tajam.
"nanti tengokkan pesakit bilik 149."ujar aiman sambil meyerahkan fail pesakit pada jururawat di kaunter pertanyaan.dia ada pesakit lain yang hendak diuruskan nanti sekarang masa rehat.mia yang sibuk menjaga seorang pesakit VIP perempuan dipandang leka. sehingga terlanggar seseorang tanpa sengaja.
"maaf."
"tak apa.bukan salah awak salah saya."jawab jannah,dia terlalu sibuk menjawab panggilan penting dari pejabat.tidak pandang kiri dan juga kanan.
"jannah?"aiman tertawa kecil sebaik saja memandang wajah lembut gadis ini.gadis yang membuat tidurnya tidak lena kerana gadis ini berlari di mindanya setiap masa.
"aiman?maaf tau."jannah tersenyum manis sebelum bergegas keluar dari hospital.dia harus uruskan masalah syarikat kemudian saja berjumpa aiman kalau dia tidak buat,qhalif akan masuk kerja dan tinggalkan persiapan tunang.dia tidak mahu itu berlaku.
"laju?"syafiq mematikan lamunan aiman.dia sudah ada di sini sebaik sahaja masa kerja habis.sempat juga dia menonton drama percuma di antara aiman dan jannah.
"kau kecewa?dia tinggalkan kau macam tu je."usik syafiq lagi.dia ketawa bila mengingat bagaimana terpinga pinganya aiman apabila diabaikan jannah begitu sahaja.
"kau nak apa datang sini?"aiman bergerak pergi.kecewa.jannah tinggalkan dia begitu sahaja tanpa berbual panjang .
Share this novel