“AIMAN.”lorong yang dilalui Aiman bergema dengan suara faizil.laju Faizil mengejar langkah Aiman sebaik saja terlihat Aiman melintasi bilik peribadi dia sebentar tadi.
“ya doktor?”tanya Aiman dingin.kalau ikutkan hati,dia tidak mahu bercakap langsung dengan orang yang dah merampas kekasih hati.
tiap kali lihat Faizil,dia sakit hati.dia tahu ini bukan salah Faizil,namun hatinya tetap saja menjerit kesakitan.faizil merupakan sahabat yang baru dikenali,walaupun baru kenal dia senang ada dekat dengan Faizil.lelaki yang berkarisma dan matang dari dia.
“malam ni,saya ada dinner dengan keluarga bakal mertua.tolong gantikan saya.”teruja Faizil.dia diberitahu oleh Mia,yang keluarga mahu jumpa untuk bincangkan soal pernikahan mereka sambil makan malam.
Aiman memaksa senyum terukir walaupun tiada gula.perih hatinya mendengar kata kata Faizil.dia terpaksa menadah telinga,Faizil merupakan kawan baik dia.seharusnya dia gembira bukan bersedih.
“boleh.kenapa awak saya bagai ni?”hairan Aiman,selalunya elok kau dan aku.walaupun Faizil doktor senior,Faizil sendiri tidak mahu Aiman panggil dia doktor.kekok benar ,kata Faizil.
“aku nak praktis,jumpa mak mentua,bapak mentua kena sopan.”ketawa Faizil kedengaran walaupun halus.takut menganggu pesakit di sekitar mereka.
“pukul berapa janji korang?”segera dia alihkan topik.hati tetap disabarkan,sudah tiada jodoh.dia harus menerima semua ini.dia mahu Mia bahagia,asalkan Mia bahagia dia baik baik saja.
“dalam pukul sembilan macam tu.mia kata keluarga dia suruh datang lambat sikit.ada saudara mara diaorang.”
Aiman mengangguk faham.dengan dia,Mia langsung tidak mahu bawa berjumpa keluarga.bila tanya saja,mia akan kata nanti nanti la.akhirnya,dia faham.mia sudah suka pada faizil.doktor senior di sini.usia Faizil berbeza lima tahun dari mereka,mungkin kerana sikap Faizil.hati Mia berubah secara mendadak .
“boleh,aku ganti kau.aku pun tak ada kerja.”dari dia termenung sendirian memikirkan nasib cinta yang menyakitkan.baik kerja,dapat duit.
“kau tak ada kekasih?”tanya Faizil tiba tiba.
“mana ada.aku solo.” kau dah ambik Faizil.sambungnya dalam hati,kalau dia luahkan mahu bertumbuk dia dan Faizil.
“seingat aku,kau kata kau ada kekasih.”bila Faizil fikir kembali.tidak salah,Aiman kata dia ada kekasih dan mereka sudah lama bercinta.malah Aiman sudah rancang mahu berkahwin bila sudah ada pendapatan yang tetap.sekarang mungkin masa yang sesuai.aiman sudah bergelar doktor,siapa yang tidak bangga ada suami kerjanya selamatkan orang.
“mana ada.aku rasa,ingatan kau ni dekat Aiman lain.aku lebih suka solo.kalau tak ada apa apa.aku buat kerja dulu.semoga berjaya malam ni.”dia menunduk hormat sebelum melangkah pergi.mata dipejam rapat.nafas paling dalam ditarik.
berharap agar rasa ini hilang tidak lama lagi. terluka dan sangat menyesakkan.masa kerja juga fokus sering hilang.andai dia dapat lupakan sakit ini sebentar .agar dia mampu fokus pada kerja.
kepala Faizil mengiring seketika,dia ingat Aiman sendiri kata begitu.dia tidak ingat pula Aiman ada sebut nama perempuan itu.dia hanya ingat Aiman kata,dia sudah berpunya.
Share this novel