"ITU je yang dia buat hari ni."bisik iqah walaupun dia sekarang berada di koridor resort dan tiada siapa di sini namun risau andai ada yang mendengar dia bercakap.
"itu je?boleh percaya ke kau ni?macam mustahil."sinis ia.idak mungin sepanjang hari aiman hanya duduk di dalam bilik tanpa buat apa apa.
"ok aku jujur.aku keluar dengan firdaus tadi,tak akan sepanjang masa aku kena menghadap aiman tu,kau pun satu.dah ada laki kan?kenapa suruh aku tenggokkan aiman lagi.penat tahu tak?dari korang bercinta aku intip dia.kau nak apa sebenarnya?"geram iqah.dia bukan pengintip profesional,dia jua tidak dibayar.sebabkan mereka kawan baik dia ikut juga arahan mia kalau bukan dah lama dia maki mia.
"adalah.kau tak perlu tahu.terus intip dia,jangan kantoi.ini antara kita."bisik mia,laju panggilan ditutup apabila faizil masuk ke dalam bilik mereka.
iqah mengeluh panjang.entah apa yang mia mahukan,dia tidak tahu.agak pelik juga,kenapa mia mahu dia intip aiman.mereka sudah lama berpisah,mia sudah berkahwin.aiman sudah boleh lupakan mia tapi mia nampaknya seperti sukar melupakan aiman.dia bagai tidak mahu lepaskan aiman.
"WA!"teruja iqah melihat makanan yang dihidangkan jannah dan dahlia.
dari petang mereka bertungkus lumus di dapur untuk memasak,malam ini mereka tidak mahu makan di luar agar dapat berjimat.kasihan dahlia ,dia mengadu tidak selesa gunakan duit firdaus untuk semua keperluan dia di sini kerana itu jannah cadangkan agar mereka memasak sendiri.
"weyh.kalau kawan korang macam ada buat benda salah,korang buat apa eh?"tanya iqah selepas mereka selesai membaca doa makan.dah penat dia berfikir,sungguh ada benda yang tidak kena pada mia.
"kalau aku la,aku bagi nasihat dulu."saran dahlia.lebih baik bagi nasihat,kalau buat buat tak tahu tidak boleh,nanti tidak pasal pasal kita ditarik sekali.
"aku rasa tak berkesan."ujar iqah.walaupun di bermulut laser namun dia tidak mahu lakukan kesalahan.
"kau siasat dulu.kalau kau buruk sangka, kau tak akan dapat apa apa.bila kau sedar,dah terlambat untuk betulkan kesalahan kau."saran jannah tiba tiba.makanan dalam mulut sukar ditelan.dia tahu bagaimana sakitnya dikhianati kawan baik sendiri.
"kalau apa yang dia buat tu salah.aku kena buat apa?"tanya iqah lagi,dia tidak sedap hati soal ini,kalau niat mia jahat,bukankah dia sekali mendapat tempias?
"kau betulkan niat dia.kalau dia berkeras,kau cuba lagi dan kalau masih sama.kau kena lupakan dia."nasihat jannah dengan pandangan dingin.nasi dalam pinggan dipandang lama sebelum disuap lembut dalam mulut.
"betul jugak,terima kasih tau korang."nafas dihela panjang,dia akan siasat dulu,buat sementara ini dia akan ikut kata mia agar tidak dicurigai.
Share this novel