44

Romance Completed 30602

"TERIMA kasih,encik ray,pilih syarikat kami untuk berkerjasama dengan encik."ramah qhalif.tangan dijabat sebagai tanda persetujuan.

"sama sama encik qhalif."jawab ray bersama senyuman manis.nafas dihela perlahan,setelah brsusah payah selama lima bulan akhirnya dapat juga berkerjasama dengan syarikat ini.

"bulan depan,kami ada majis dekat rumah,jemput datang.nanti saya bagi alamat."pelawa qhalif,tidak lama lagi hari lahir jannah.keluarga sedang merancang untuk adakan majlis doa selmat dan sambutan hari lahir jannah.

"boleh."laju ray menjawab.dia akan datang,ini merupakan kerjasama yang paling berharga, nampak saja syarikat ini tidak sebesar syarikat lain namun projek mereka menjanjikan pulangan lumayan.gambar atas meja qhalif sempat dijeling,wajah seorang perempuan bertudung sambil tersenyum manis menarik perhatian.

LAJU jari kurus jannah menekan papan kekunci komputer.dokumen semakin hari semakin banyak malah makin memeningkan kepala.sepanjang menjadi pengarah sementara,baru dia tahu bagaimana susah menguruskan masalah dalam syarikat.syukur juga dia dapat posisi pengurus komunikasi.mata terarah luar dinding kaca bilik peribadinya kelihatan qhalif berbual dengan salwa.

"kak."qhalif melangkah masuk bersama fail di tangan.dilabuhkan duduk berhadapan adik perempuannya ini.

"ya abang?"tanya jannah.fail biru yang diletakkan qhalif atas meja dipandang lama.

"periksa dokumen ni,abang nak secepat mungkin."ujar qhalif namun matanya menjeling salwa yang sibuk menulis di atas kertas putih.

"abang,kalau nak jumpa kak salwa.jangan jadikan ini sebagai alasan."perli jannah,fail pada tangan digoyangkan lembut.qhalif sering berperangai begini,ada saja fail yang dia hantarkan padahal semua sudah diperiksa oleh qayum.aneh.

"ni dokumen baru,ada orang datang melamar projek.abang qayum dah setuju dan nak kakak uruskan dengan kumpulan kakak."

"abang.kakak mana tahu nak uruskan projek,kakak cuma tahu uruskan masalah."

"kakak cuba dulu,abang yakin kakak boleh.usaha!"tanpa rasa bersalah qhalif meninggalkan ruang jannah menuju ke atas sempat juga dia melambai pada Salwa sebelum berlalu naik.

"sibuk la aku nanti."keluh jannah.uruskan projek bukan ambil masa sekejap,lama. pula.dia hanya berani uruskan projek kecil dan pernah uruskan projek membina rumah taska di perak.
fail dibuka.tulisan komputer pada kertas diamati.rayyan mark,tertulis nama pengarah syarikat di bawah bersama tanda tangan.dahi dikerut,macam pernah dengar nama ini.dia terdiam sejenak,berfikir.perasaan mungkin.tapi hatinya yakin,nama ini pernah dia dengar dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience