MAKANAN ringan dialih dan disusun pada rak oleh dahlia.disusun mengikut jenama dan perisa.setiap ruang kedai serbaneka ini dipandang,tidak lama lagi dia bakal tinggalkan kerja ini.selepas ini dia akan berkerja dengan Jannah menjadi setiausaha pengarah kewangan namun hati berat meninggalkan tempat yang sudah membuat hidupnya stabil.
“dahlia.”
Iqah berlari masuk ke dalam serbaneka sambil menjerit memanggil dahlia di kaunter pembayaran dengan cemas dicari kelibat sahabat baiknya itu.
“aku dekat sini.kau kenapa?”tanya dahlia yang baru sahaja berdiri di tengah rak makanan ringan.
Terkejut mendengar suara jeritan,gadis itu menjerit tidak jelas.tidak pernah dia menjerit bagai mahu runtuh memanggil nama sahabat sendiri.
“ada benda aku nak cakap.penting sangat.”
Iqah berlari mendapatkan dahlia.cemas wajahnya memandang dahlia.
“duduk dulu,biar aku ambikkan air.”
Dahlia berjalan menuju ke stor setelah iqah duduk di kerusi, air botol yang terletak atas meja staf dicapai.air ini sepatutnya dia minum masa menunggu pelanggan nanti tapi tidak mengapa rezeki iqah.
“KAU kenapa?buat kecoh dalam kedai bos aku.”tanya dahlia sebaik sahaja melabuhkan duduk di sebelah iqah.
“kau kerja dengan Jannah kan nanti?”tanya iqah kembali.
sengaja dia bertanya perkara yang sudah
diketahui.disusun ayat yang rapi agar dapat sampaikan dengan betul pada dahlia apa yang sebenarnya membuat dia cemas begini.
“haah.kau nak apa sebenarnya?aku tak tertipu dengan pertanyaan kau,baik kau jujur iqah.”desak dahlia.
pandangan mata iqah membuat jantungnya berdebar takut,entah kenapa iqah nampak sangat takut.
“pasal Mia.aku tak tahu nak cakap macam mana.”
Walaupun mulutnya main lepas cakap tapi dia tidak mahu orang tahu aib Mia,dia takut kalau cerita membuat dirinya tanggung dosa
“kenapa dengan Mia?”berkerut dahi dahlia.
“iqah!”
hilang sabarnya apabila iqah diam membisu memandang di sebalik cermin kedai.
“sebenarnya,Mia.di..dia..”
Iqah masih was was dengan apa yang bakal dikatakan.dia tidak berani malah nanti tidak pasal pasal Mia akan putuskan persahabatan mereka.
“dia apa?!”
Dahlia mencerlung memandang iqah.sekejap
mahu cerita sekejap tidak mahu.menyakitkan hati sungguh.
“aku tak berani nak cerita,aku takut Mia tahu.aku takut dosa.”luah iqah.tangis ditahan, keliru dengan apa yang mahu dilakukan.dia sahabat kepada Mia,dia tak nak hilang Mia.
“mia?apa Mia buat?ni mesti pasal apa yang kau tanya dekat kami masa bercuti haritu kan? ”teka dahlia.
Bertambah yakin apabila iqah diam membisu.tangannya sibuk mengengam botol air kopi.
“iqah.aku sebagai sahabat mampu nasihatkan kau dari kau leka buat dosa.terpulang pada kau nak cerita ke tak.”putus dahlia.
Dia berjalan menuju ke kaunter pembayaran tak mahu menunggu apa yang tidak mahu iqah ceritakan.mereka sudah lama bersahabat dia tahu persis perangai iqah kalau dia tak mahu cerita,dia tak akan cerita sampai benda tu terbongkar sendiri.
“mia.dia cuba untuk buat perangkap.”
Iqah berjalan menuju ke arah dahlia setelah berfikir apa yang bakal dilakukan Mia ini merupakan dosa besar.kata kata dahlia menusuk hati sepatutnya dia menghalang sahabat baiknya itu dari melakukan dosa.
“perangkap?perangkap apa?aku tak faham apa yang cuba kau cakap sebenarnya.”
Dari tadi iqah cuba untuk berdalih.sekarang dia kata Mia buat perangkap pula.aneh!
”dia cuba perangkap Aiman sebab dia tahu Aiman dah nikah dengan jannah.mia nak Jannah tinggalkan Aiman untuk selamanya,dia tak sanggup Aiman bahagia dengan perempuan lain.”
“apa?!”terkejut dahlia.mia berfikir sempit begitu?tidak mungkin.
“dahlia,aku takut Mia buat macam tu.jannah kawan kita tapi dia dengki sebab Jannah mampu bahagiakan aiman.apa yang kita kena buat sekarang?”
Iqah cemas kembali.tidak semena air mata gugur tanpa dipinta.sungguh menakutkan bila fikir kawan baik sendiri cuba musnahkan kebahagian kawan baik yang lain.
“okey,macam ni.kita kena jumpa qiela,fikir cara sama sama lepastu kita kena bagitahu Jannah perkara ni.kalau Mia buat apa apa awal,Jannah dah tahu yang Mia rancang semua ni.”cadang dahlia.
Ini jalan penyelesaian terbaik.qiela dan Jannah mungkin ada cara untuk mencegah dari berlakunya rancangan Mia.
“okey,kau hubungi jannah.aku hubungi qiela.”
Iqah mencari telefon pintar di dalam beg tangan dengan laju dicari nombor qiela dalam hatinya tak putus putus doa mudah mudahan rancangan Mia gagal.dia sayangkan Jannah walaupun mereka berkawan tidak terlalu rapat seperti dia dan Mia.
Share this novel