PINGGAN dibilas dan dilap menggunakan kain hitam.pinggan kering diletak dalam almari dapur.dia berjalan menuju ke ruang tamu.mama mertuanya mengajak makan malam hari ini setelah dua bulan tidak berjumpa.
“macam mana bila duduk sendiri?susah?”tanya tuan Yazid.
Aiman tidak pernah mengadu mengalami kesusahan hidup berdua dengan jannah.namun dia pernah merasai jauh dari keluarga malah menjadi ketua keluarga.bukan mudah tambahan pula anaknya dan menantu sebaya,pasti ada saja yang tak kena.
“okey je pa.mula mula tu susah jugak.”jawab Aiman.dia mengaku,awal dulu susah.tapi bila dah kenal dengan Jannah,dia mula faham bagaimana perangai isterinya.
“mama dengan papa kata nak pergi berbulan madu.”tanya Aiman kembali.beberapa hari lalu,puan Nadya bagitahu yang mereka akan berbulan madu di luar negara.sekarang,mereka masih di sini.
“itu yang mama panggil korang datang,kami bercadang nak pergi lama sikit.habiskan masa berdua,jadi mama nak mintak tolong Jannah dengan Aiman tengokkan rumah ni.”ujar puan Nadya.sudah awal dirancang,lama juga mereka tidak berehat dan menghabiskan masa berdua.anak sudah kahwin,sekarang tiba masa mereka luangkan masa bersama.
“duduk sini pun tak apa.”sambungnya lagi apabila Jannah dan Aiman diam membisu memandang mereka.
“jannah okey je ma.”jawab jannah.dia tidak kisah untuk membantu ibu mentuanya.bukan susah mahu jaga rumah banglo ini pembantu rumah banyak.
sejak Aiman berkahwin,puan Nadya mula mengambil pembantu rumah.bagi memudahkan kerja.dapat dia berehat,nampak saja awet muda namun umur tetap meningkat.
“SAYANG kenapa terima arahan mama?sayang kerja kan?”tanya Aiman apabila mereka tinggal berduaan dalam bilik lama aiman.mereka akan menginap satu malam di sini,esok Jannah cuti.
“apa salahnya?mama perlukan bantuan kita.kerja tu nanti sayang tahu lah nak uruskan.”jawab Jannah bersama senyuman.dilabuhkan duduk bersebelahan Aiman,atas katil saiz king.jarinya mengoleskan losyen pada tangan.
“uruskan?papa marah nanti.abang tak suka isteri abang selalu kena marah dengan papa.”
Tuan Azmi tidak sering memarahi Jannah jika tuan Azmi marah Aiman juga takut.nampak saja orang tua itu lembut,masa marah.lembut hilang entah ke mana.
“papa tak akan marah,lagi pun sayang ada beli saham dekat syarikat papa dan sayang akan berhenti jadi pengurus.”umum Jannah,betapa gembiranya dia apabila papa izinkan dia untuk berhenti dan membeli saham syarikat.
“abang tak suka?kita bulan bulan dapat duit.sayang dah fikir habis habis dah untuk masa depan sayang.jangan risau saham tu sayang beli guna duit sayang sendiri.”sambung jannah.wajah Aiman menunjukkan yang dia tidak suka dengan apa yang disampaikan.
“bukan abang tak suka cuma abang terkejut dan kagum,tak sangka sayang berfikiran jauh macam ni.”ujar aiman.dia gembira. Jannah membuat keputusan berhenti kerja, dapat juga lepaskan rindu sebelum dia menjadi CEO.
“abang kagum.bila sayang kumpul duit untuk beli saham?abang tak pernah nampak dalam buku bank sayang duit beratus ribu.”berkerut dahinya.tidak pernah dia nampak dalam buku bank Jannah banyak kosong.
“sayang simpan dalam rumah je,tempat selamat dekat papa.haritu,dahlia dah bayar semua hutang dia jadi sayang cukup duit untuk beli saham.gaji sayang kerja, sayang simpan separuh.”
“sayang guna duit abang beli barang rumah,barang keperluan sayang.itu saja.abang tak kisah kan?"tanya Jannah selepas beri penjelasan.
Dari mula kerja jannah menyimpan duit sedikit demi sedikit walaupun lambat namun alhamdulillah selepas tiga tahun,Jannah mampu beli saham walau tidak besar.
“kenapa abang kena kisah?tu duit sayang,terpulang pada sayang.”Jemari Jannah digengam erat.
Aiman terkejut mengetahui sisi dewasa Jannah,sepanjang berkahwin dia hanya dapat melihat sisi manja jannah.sekarang Jannah sudah tunjuk yang dia juga mampu berfikir ke depan.tidak perlu Aiman risau lagi selepas ini,Jannah tidak akan balik malam sendirian lagi.
Share this novel