Bab 67

Family Series 17159

BUKAN senang untuk dia anggap mudah dengan apa yang berlaku. Terutamanya apabila rumah tangga hampir musnah kerana onar yang dibuat oleh orang ketiga. Atau lebih tepat oleh Diana, orang yang sama setiap kali. Itu yang dia cuba fahamkan isterinya. Dia bukan melakukan dengan sengaja!

Tubuh Zulaikha dipaut ke dada. Mahu Zulaikha tahu yang dia tak kan pernah membuang isterinya. Apa saja perkara yang berkaitan dengan Zulaikha adalah yang utama baginya. Dia turut rasa sakit melihat isterinya dicederakan. Sakit tubuh isterinya, maka sakit jualah baginya.

“Sayang...maafkan abang. Abang tak kan buat Zu rasa macam tu lagi. Hal Zu paling utama pada abang. Abang minta maaf.” kepala Zulaikha dikucup penuh kasih.

Rasa bersalah bersarang dihati. Tika itu, dia cuma mahu bertenang dan cuba mengawal marahnya. Dia mahu masa bersendirian. Bukanlah bermaksud dia tega membiarkan isterinya sendirian.

Sebab itu dia mengambil keputusan untuk lena disofa sudut bilik. Dengan mata yang terpejam, Affendi masih lagi memeluk isterinya yang sedang teresak didada.

Zulaikha menangis bersungguh-sungguh. Entah kenapa semalam memang dia terasa sangat dipinggirkan oleh suami sendiri. Cepat saja hatinya terusik dan merasakan Affendi sudah penat dan bosan melayannya.

“Maafkan, abang ya?” pinta Affendi sambil jemari melekap dikedua belah pipi isterinya yang basah.

Gemersik suara garau Affendi buat hati Zulaikha menuntun hiba. Semakin deras pula air mata yang mengalir. Dia bukan menangis sedih, jauh sekali kerana terasa hati. Kesudian Affendi memeluknya pun sudah cukup buat dia terpujuk sendiri. Dia sudah tidak berasa kecil hati atau dipinggirkan.

Cuma merasakan diri tidak sedar diuntung, sudah dikurniakan lelaki yang terbaik menjadi suami dan pendampingnya di dunia yang sementara tetapi masih lagi tidak berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dengan rendah hati Affendi meminta maaf sedangkan pada awalnya dia juga penyebab kemarahan Affendi.

Tidak sepatutnya dia berfikiran negatif dan berandaian yang tidak-tidak. Semakin kerdil saja dirinya bila digandingkan dengan suaminya.

“Hey...ya ALLAH, makin lebat pula hujan ni. Dah, tolong jangan menangis lagi, sayang.” pujuk Affendi lagi. Makin pelik pula melihat reaksi isterinya.

“Nanti kalau yang kat dalam tu pun jadi cengeng ikut ummi dia. Jenuh abang...” bisik Affendi pula.

Akhirnya Zulaikha tertawa sendiri. Sebut sahaja mengenai si kecil dirahimnya buat dia rasa bahagia.

“Terima kasih, abang...” serak suaranya kerana terlalu banyak menangis.

“Terima kasih kenapa? Kan abang minta maaf. Zu maafkan abang tak?” sisa air mata diwajah itu diseka lagi. Lega rasa hati saat Zulaikha mengangguk kecil.

 

 

ZULAIKHA buat lagi! Dari sebelum keluar hospital sehinggalah kini sudah berada di rumah mama, balik-balik isu Diana juga yang diperkatakan. Diana memang sudah jadi sebahagian dari rumah tangganya agaknya! Affendi pegang kepala. Dia pening memikirkan apa yang sepatutnya dia perlu dahulukan sebenarnya.

Dia punya alasan sendiri mengapa dia tekad mendakwa Diana. Dia cuba sedaya mungkin untuk menjaga keselamatan isteri. Terutamanya dalam keadaan Zulaikha yang sedang berbadan dua. Dia bimbang jika Diana masih mempunyai niat jahat terhadap Zulaikha. Salahkah dia berhati-hati?

Pintu bilik tetamu di banglo mamanya dilihat dari tadi. Berkira-kira sendiri sama ada dia hendak masuk atau tidak. Biasanya apabila balik dibanglo Puan Barsyiah ini, mereka akan tidur dibilik Affendi di tingkat dua.

Tetapi oleh kerana menurut doktor yang merawat isterinya itu melarang Zulaikha banyak bergerak dan turun naik tangga sebaiknya dielakkan, maka Puan Barsyiah menyarankan mereka tidur di bilik tetamu sahaja buat sementara waktu.

“Hai, anak mama ni, dok tenung pintu je kenapa? Nak masuk, masuk sajalah.”

Affendi terus menoleh apabila terasa bahunya ditepuk dari belakang. Dia pamer muka kasihan. Puan Barsyiah menggeleng melihat wajah kasihan anaknya itu. Haiii..nak jadi ayah budak pun masih tak boleh selesaikan masalah rumah tangga. Yang peliknya jika berkaitan dengan Berjaya, tak perlu khidmat nasihat dia pun!

Puan Barsyiah maklum akan perkara yang melanda anak menantunya. Affendi telah bercerita mengenainya semalam. Itupun setelah puas didesak kerana dia perasan anaknya itu hanya mendiamkan diri sejak semalam. Bagai ada perang saraf pula antara Affendi dan Zulaikha. Haii...anak bertuah.

“Tak payah nak tunjuk muka kasihan tu dekat mama. Pergilah masuk tidur. Serabut mata mama ni tengok Di buat muka monyok kat sini.”

“Mama...Di tak sampai hati... Zu sampai menangis macam tu. Tapi Di risaukan keselamatan dia. Macam mana Di nak buat Zu faham, mama.” adu Affendi tanpa rasa berselindung.

“Mama pujuklah menantu mama tu..” sambungnya lagi.

“Zu mungkin ada alasan dia sendiri. Di tak boleh tekan Zu sangat. Dia tengah mengandung.” nasihat Puan Barsyiah.

Dia sendiri tidak setuju sebenarnya jika Affendi menarik semula dakwaan ke atas Diana. Tapi ini melibatkan anak dan menantunya, dia hanya boleh memberikan pendapat jika perlu.

“Zu baik tak bertempat. Di tak fahamlah kenapa Zu nak bagi muka lagi dengan Diana tu. Di ni yang tengok Zu kena pukul dalam CCTV tu pun tak boleh lupa. Dia yang kena, masih lagi boleh nak buat baik.” luah Affendi tidak puas hati.

Sungguhlah sampai ke sudah dia memang tak akan faham cara perempuan berfikir.

“Cakap baik-baik dengan Zu. Mama tahu, Zu bukan buat keputusan tanpa berfikir.”

Betul juga cakap mama. Mungkin aku kena dengar dulu alasan Zu. Bukan terus nak stress macam ni. Affendi memandang pintu bilik tetamu itu lagi. Ya, dia perlu mendengar penjelasan Zu terlebih dahulu.

 

 
 

KEDATANGAN Puan Zawiyah ke kediaman mewah sahabatnya itu dengan pelbagai buah tempatan dari dusun arwah suaminya memeriahkan suasana sunyi. Mereka makan sambil berbual dan ketawa sesekali melihat telatah anak-anak Suffian dan Haninazira. Suffian dan Haninazira memang tidak asing lagi dalam keluarga Affendi kerana keakraban Affendi dan Suffian yang sudah berkawan lebih 15 tahun.

“Hani bila due? Dah sarat benar dah tu.” Puan Zawiyah menyoal sambil tangannya ligat mengupas limau bali yang merah jambu isinya.

“Bila-bilalah ni aunty.” jawab Hani sambil lewa. Matanya menangkap limau bali ditangan Puan Zawiyah tak lepas. Tak sabarnya. Cepat sikit boleh tak Mak Teh?

Suffian ketawa kecil melihat reaksi isterinya itu. Hai, mujur tengah mengandung. Tak sopan betul bila buat perangai macam tu sayang. Tahu awak tu dah kecur liur pandang limau bali tu kan. Faham benar perangai isterinya yang sangat berselera setiap kali pandang makanan. Dari tadi makan, tak penuh lagi ke perut tu.

“Kenapa, Pian?” soal Puan Barsyiah pula. Hairan pula melihat Suffian yang ketawa tiba-tiba. Rambutan diambilnya lagi sebiji.

“Hani tulah mama. Gelojoh betul nampak makanan. Tak sabar-sabar.”

Puan Barsyiah dan Puan Zawiyah masing-masing ketawa. Memang mereka perasan, dari tadi Hani sangat bersemangat. Semangat makan buah-buahan yang ada!

“Abang...” tangan Hani laju mengetam peha suaminya.

Suffian dijeling geram. Kecil je dia nampak suaminya sekarang. Orang nak makan pun salah ke?

“Orang mengandung, Pian. Selera untuk dua orang.” jelas Puan Zawiyah dengan tawa yang masih bersisa. Seronok pula dia melayan Hani yang sungguh berselera makan.

“Ya lah mama.. Faham tu memang faham tapi dia punya tak ingat tu...entah mana dia simpan makan banyak-banyak. Pian pun kalah...adoi..adoiii...sakit, yang!” Suffian menggosok pehanya, bekas cubitan si isteri.

Pecah lagi tawa Puan Barsyiah dan Puan Zawiyah. Hani memandang jengkel suaminya yang bukan main enak mengata dia. Hello, orang ada depan awak ni. Tak nampak ke? Sedap betul mengata isteri awak ni ya..kita bawa anak awak tau.

Suffian memandang isterinya sambil buat muka kasihan. Menghantar maksud ‘kita bergurau je, awak..’

“Hah, Zu? Tak balik lagi Fendi? Budak bertuah tu, orang ramai-ramai kat rumah ni, dia boleh merayap pula.”

Zulaikha yang baru masuk ke ruang makan terus diterjah. Dia tahu anaknya itu keluar tapi atas urusan apa Puan Barsyiah kurang pasti. Tadi menantunya ke ruang tamu kerana melayan Syahmi dan Syahim yang bising mengajak bermain piano mainan yang dibawa dari rumah. Kononnya hendak mengajar Aunty Zunya.

“Amboi anak babah, ni mengada sangat nak suruh Aunty Zu dukung ni kenapa? Dah, dah..meh sini dekat babah. Anak babah ni semangat, Aunty Zu mana boleh dukung Ayim lagi.” Suffian menghulur tangan mengambil Syahim dari Zulaikha.

“Oo..peyut Aunty Zu pun shama macam mama ya, babah? Tapi napa peyut Aunty Zu tak beshar macam mama?” Syahmi, si abang yang keletah mula menyampuk. Dia berdiri diantara peha Hani sambil merenung Zulaikha.

Semua sudah ketawa mendengarkannya. Suffian paling kuat. Ini semua gara-gara dia melarang Hani mendukung Syahim yang montel semenjak mengandung.

Memang dia yang akan melayan Syahim dan akan menguruskan keperluan Syahim ketika dia berada di rumah. Setiap kali Syahim merengek minta didukung oleh mamanya, dia pantas melarang dan mengatakan kepada anaknya didalam perut mama ada adik.

“Memanglah...sebab baby aunty Zu kecil lagi, sayang.” Hani memeluk tubuh kecil itu dari belakang.

Anaknya itu memang akan bercakap apa sahaja yang dia ingin. Sehinggakan dia dan Suffian pun tidak terlayan pertanyaannya. Bukan malas tetapi ada ketikanya kelu lidah juga untuk menerangkan ikut kefahaman ayat kanak-kanak.

“Uncle Di!” Syahmi berlari ke ambal pintu dapur sebaik melihat kelibat Affendi.

Pantas juga tubuh anak kecil itu melekat dipelukan Affendi. Pipinya dicium sekali dan Affendi mengusap rambut anak sahabatnya beberapa kali.

“Uncle, peyut Aunty Zu ada adik macam peyut mama. Sebab tu Aunty Zu tak boyeh dukung abang. Tak boyeh dukung adik Ayim.”

Seisi rumah ketawa mendengarnya. Hai anak...memang boleh bikin orang pecah perut ketawa. Affendi senyum saja. Dia memandang Suffian ingin tahu. Suffian menjelaskan dengan ketawa yang masih bersisa. Affendi membenamkan bibir ke pipi tembam Syahmi. Geram dengan telatah comel si kecil.

 

 

“SEKARANG ni, apa rancangan kau?” soal Suffian ingin tahu.

Tadi Affendi menceritakan kepadanya atas urusan apa dia keluar. Melihatkan wajah sahabatnya yang muram begitu, timbul rasa simpati dihati Suffian. Dia dan Affendi ibarat cubit peha kanan, peha kiri juga merasa sakitnya.

Affendi diam merenung Syahim yang terlena diribany. Tangan masih setia memupuk tubuh Syahim.

“Aku sendiri buntu, Pian. Aku risaukan dia tapi kalau aku tak tarik balik dakwaan tu, mahunya Zu tu buat tak tahu je dengan aku nanti.”

“Aku tengok elok je dia layan kau. Tak ada pula nampak dia lancarkan perang saraf dengan kau.”

“Depan kau orang, bolehlah. Masuk bilik, sepatah haram pun tak bercakap dengan aku. Balik-balik tunjuk muka seposen dia tu lah.”

Suffian lantas ketawa perlahan mendengar aduan sahabatnya. Nak ketawa besar, terjaga si montel ni, mahu buat okestra kejap lagi. Jarang sekali Affendi muram dan monyok begini. Macam budak kecil sahaja lagak Affendi sekarang.

“Selalu aku je yang tayang muka seposen macam tu. Dia nak marah, aku tak kisah Pian. Tapi bila dia buat silent treatment dengan aku, manalah aku boleh tahan. Nak tak nak aku ikutkan saja. Nasib baik duduk rumah mama. Kurang sikit risau aku.”

“Zu tu tengah mengandung. Jangan bagi dia stress, Di.” Suffian mengingatkan.

Affendi diam. Sama je macam ayat mama. Zu stress ke aku yang tengah stress sekarang ni? Mujurlah aku ni sayang dia sangat-sangat. Hai...

“Hah, diam kenapa?”

Affendi menggeleng perlahan.

“Aku harap sangat aku tak salah langkah. Mungkin aku yang terlalu takut Zu dipengapakan. Aku harap itu hanya kerisauan aku yang tak berasas.”

“Doakan je keluarga kau dilindungi. Moga Allah beri rahmat yang lebih besar pada kau sekeluarga sebab memaafkan kejahatan Diana pada kau dan Zu.” Suffian cuba memberi semangat kepada sahabatnya yang berwajah mendung.

Dia bangkit mengangkat Syahim diriba Affendi dan meletakkan ditilam bayi yang terbentang di karpet tebal ruang tamu tersebut.

“Tapi kalau kau nak ambil langkah berjaga-jaga, boleh juga kot.” sambung Suffian kemudiannya dan memandang Affendi dari bawah.

“Maksud kau?” soal Affendi tidak dapat menangkap bicara Suffian. Suffian dilihat selesa berlunjur disebelah tempat Syahim tidur.

“Ya lah, mungkin kau boleh ambil pengawal peribadi.” usul Suffian.

“Bodyguard?” soal Affendi lambat-lambat.

“Yes.” jawab Suffian sepatah. Haiii..baru kena 'bolayan' dengan Zu, dah loading pula kawan aku ni?

Affendi berfikir sejenak. Kalau ambil bodyguard, nak ke Zu tu? Mesti Zu tak selesa dan rasa aku berlebihan.

“Aku tak rasa Zu nak kalau dia kena ekor bila keluar. Silap-silap dia kata aku melebih-lebih. Zu mesti tak setuju.” akhirnya Affendi mengatakan kegusaran yang berladung dibenaknya.

“Em..kalau kau upah tanpa pengetahuan Zu, okey kot. Dia pun tak sedar jika ada yang mengawasi dia.”

“Betul juga. Nanti kau tolong aku carikan.” putus Affendi.

Suasana sepi seketika. Affendi leka melayan perasaan manakala Suffian pula leka mencium pipi anaknya yang sedang lena.

“Dah, kau kenapa muka macam tempe basi lagi?” soal Suffian kemudiannya. Naik rimas pula dia melihat wajah Affendi yang masih bermuram.

“Tak adalah, tengah fikir strategi memujuk.” Affendi tayang sengih.

Melambak tawa Suffian mendengarnya. Namun segera dia menahan tawa apabila Syahim bergarit dan mencebik bibir. Alamak...

“Shhh...tidur sayang..” Dia menepuk anaknya yang tersentak kecil. Mati dia kena bebel dengan Hani kalau si kecil ni melalak. Mahu panas telinganya. Manakan tidak, bayi yang tak cukup tidur memang akan meragam. Lega hati apabila Syahim kembali lena.

“Padan muka kau.” ucap Affendi. Tahu pun kalut. Gelakkan orang tak ingat ya En. Pian? Apa yang lawak sangat?

Sikit pun Suffian tak terasa hati. Dah memang lawak, aku gelaklah kan?

“Kau ni, buat lawak. Muka kau tu, fikir masalah kat Berjaya pun tak macam ni. Relax and cool. Ni dah macam apa je aku tengok. Zu memang boleh buat kau tak tentu arah kan?” komen Suffian.

“Siapa tak sayang isteri kan? Alah, kau pun sama. Nak kata aku pula. Tu bila Hani tu merajuk dengan kau, siapa yang kau cari? Tak muka aku ni jugak yang kau minta tolong?” ejek Affendi.

Suffian tersengih sumbing, menggaru kepala yang gatal tiba-tiba. Memang tidak dinafikan, sebelum dia berkahwin dengan Hani dahulu, Affendilah yang banyak menolong. Sikap dia yang ramah dan ramai kawan perempuan mengepitnya semasa belajar, menyebabkan Hani selalu makan hati.

Tapi bukan playboy, okey! Cuma terlebih ramah! Affendi jugalah yang meyakinkan Hani untuk menerima lamarannya. Jika tak, meraung dia patah hati ditolak Haninazira Hashim.

“Kau ni, emosi pula. Dok tension je, cool lah Di.”

“Aku rasa dipinggirkan....”

Hahaha...ketawa Suffian dalam hati. Kalau boleh dia nak ketawa sekuatnya namun khuatir pula Syahim terjaga.

“Amboi...mengadanya. Tetiba pula nak terasa dengan Zu”

“Entahlah, pembawakan budak agaknya.”

“Blahlah kau Di! Banyaklah kau punya pembawakan.” satu bantal kecil dilayangkan ke muka Affendi yang sedang buat muka kasihan. Geleng kepala dia melayan Affendi petang iu.

Affendi turut ketawa melihat wajah Suffian yang mengawal ketawa.

“Dahlah tu gelakkan aku, Pian. Baik kau tolong sahabat kau ni fikir cara nak pujuk Zu yang dah buatsilent treatment kat sahabat kau ni. Pening aku!” cebir Affendi.

Dia tiada angin hendak bergurau seperti selalu. Dalam kepala kini hanya penuh dengan perihal isterinya yang merajuk.

“Tadi kau ke mana?”

“Bila?”

“Pagi tadilah. Masa aku dan Hani sampai pagi tadi, kau kan keluar. Aku ingatkan kau ada di rumah. Ya lah, beriya suruh aku dan Hani datang tapi kau tak ada.”

“Alah, aku tak ada, mama kan ada, macam tak biasa pulak.”

“Memanglah mama ada, tapi kau keluar pergi mana? Nak kata beli barang, balik tangan kosong je.” soal Suffian hairan.

“Dah letak siap-siap dalam bilik.” jawab Affendi.

“Apa yang dah letaknya?” soal Suffian pula keliru.

“Somethinglah...” leret sahaja jawabnya. Masih mahu berahsia daripada Suffian.

“Argh, kau ni! Naik geram pulak aku. Tahulah ‘something’. Bagitahu sajalah.” Sabarlah hati.

Mujurlah Affendi ni kawan baiknya, jika tak..tak kuasa dia nak melayan. Tengok tu dah tersengih-sengih sendiri.

Affendi hanya mengerdipkan mata beberapa kali sambil tersenyum penuh makna. Suffian terus tepuk dahi melihat kawannya yang sudah mereng barangkali. Aku yang pening melayan orang tua seorang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience