Bab 13

Family Series 17159

INDAH saujana mata memandang kehijauan ladang teh yang luas. Udara yang tenang dan nyaman mendamaikan hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke situ. Pagi yang indah dengan cahaya matahari pagi sungguh mempersonakan. Sungguh indah alam ciptaan Allah SWT.

Affendi leka mengambil gambar Zulaikha dan pemandangan bukilt. Kelihatan perkerja-pekerja ladang tekun memetik daun teh. Mereka mengendong bakul rotan besar dibelakang masing-masing.

Mereka melangkah ke dalam pelantar yang disediakan oleh syarikat pengeluar teh terkenal iaitu Boh. Pelantar itu menempatkan pameran produk yang dikeluarkan syarikat teh Boh. Malahan pengunjung juga boleh duduk  dan minum teh di situ sambil menikmati permandangan ladang teh.

Affendi dan Zulaikha sendiri tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian. Mereka berbual-bual sambil ketawa riang. Mereka masih belajar mengenali dan memahami pasangan masing-masing.

Mereka tidak meluangkan waktu sewaktu tempoh bertunang dahulu. Sementelah  tempoh mereka bertunang dulu pun amat singkat, tak sampai tiga bulan. Mereka hanya bertemu ketika Affendi dan Puan Barsyiah bertandang ke Melaka.

Baru Affendi tahu yang Zulaikha telah menyerahkan kesemua syernya kepada rakan kongsi tadikanya. Sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk bertanya lebih lanjut. Tentu sukar isterinya untuk melepaskan tadika yang diusahakan sendiri.

“So, Zu memang dah tak involve lagi dengan pengurusan tadika tu?” tanya Affendi lagi meminta kepastian. Dilihat isterinya hanya mengangguk mengiakan pertanyaannya.

“Tentu berat untuk Zu. Abang tak sangka pulak selama ni tadika tu atas usaha Zu. Abang fikir, Zu hanya bekerja di sana.”

“Tak apalah...mama ada call Zu masa kita bertunang dulu. Mama bagi tahu, abang tak nak isteri abang berkerja. So, Zu serahkan tadika tu padapartner Zu. Tapi, syer Zu ada lagi 30% dalam tadika tu. Kawan Zu tak cukup duit nak beli semua syer Zu. Sekarang ni kiranya Zu masih terima 30% keuntungan yang diperolehi Tabika Kasih.” terang isterinya itu.

Memang dia pernah berseloroh dengan mamanya bahawa dia mahu isterinya duduk di rumah menjaganya sahaja. Tidak perlu bekerja kerana dia yakin mampu menyara isterinya sekiranya dia berkahwin kelak. Tapi, tidaklah sehingga tiada tolak ansurnya kerana dia masih boleh terima sekiranya bakal isterinya nanti mahu bekerja.

“Abang terharu apa yang Zu korbankan untuk abang. Tapi, abang masih ada lagi komprominya. Abang boleh terima kalau isteri abang mahu bekerja. Zu boleh bekerja kalau Zu nak. Abang tak halang.” cadangnya.

Sebetulnya dia rasa bersalah kerana dia tahu isterinya itu berat melepaskan tadika tersebut. Tidak perlu diberitahu, suram wajah isterinya itu sudah membuatkan dia lebih dari mengerti. Selama ini dia ingat Zulaikha hanya bekerja di tadika itu, bukanlah pemiliknya.

“Zu tak apa-apa pun. Abang janganlah fikir sangat.” tolak isterinya.

Affendi sangat terharu dengan pengorbanan yang Zulaikha telah lakukan untuk mereka. Zulaikha sanggup melepaskan apa yang dimilikinya di Melaka demi mengikutnya menetap di Kuala Lumpur.

Pada Zulaikha pula, dia semakin menyesuaikan diri dengan cara dan kelakuan Affendi. Walau ada pro dan kontranya sifatnya dengan sifat suaminya, dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengatasinya. Kekurangan Affendi adalah kelebihannya. Dan kelebihan Affendi pula adalah kekurangannya.

 

 

LEWAT tengah hari itu, mereka tiba di kawasan ladang Strawberi. Cuaca yang baik melancarkan aktiviti yang dirancang. Terdapat banyak kedai yang mengusahakan penanaman strawberi di situ. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan.Boleh rambang mata dibuatnya.

Affendi memilih Strawbery Farm kerana mereka membenarkan pengunjung memetik sendiri buah strawberi setelah membayar wang kemasukan yang dikenakan. Zulaikha ghairah memetik buah strawberi yang sudah masak.

Affendi tersenyum memerhatikan isterinya yang leka memetik buah strawberi. Beberapa keping gambar Zulaikha diambil tanpa pengetahuan isterinya itu. Dia turut berasa gembira melihat isterinya itu gembira.

“Abang nak?” Zulaikha menyuap sebiji buah strawberi ke mulut Affendi tanpa sempat Affendi berkata apa-apa.

“Sedap kan?” Zulaikha bertanya riang. Affendi mengangguk kecil mengiakan. Memang sedap pun buah strawberi tersebut. Terasa kesegarnnya sebaik mengunyahnya. Bibir Affendi yang comot di lap dengan tisu.

“Makan buah pun comot abang ni...” omel Zulaikha dengan ketawa kecil. Affendi sudah mencegil mata mendegar ngomelan isterinya. Pantas pipi Zulaikha dicubitnya geram. Terjerit isterinya sambil menjeling marah.

“Padan muka. Siapa suruh ejek abang.”

 

 

WALAUPUN hanya tiga hari berada di Cameron Highlands bersama Zulaikha, namun ianya cukup bermakna pada Affendi. Sungguhpun isterinya itu masih malu-malu tetapi, itu yang membuatkannya semakin sayang, semakin cinta.

“Sudah? Ada apa-apa lagi nak beli ke? tanya Affendi sambil tangannya pantas memasukkan pokok-pokok kaktus yang dibeli isterinya ke dalam bonet Honda CRVnya.

“Perli Zu ke apa tu?” Zulaikha sudah menjeling suaminya.

Affendi sudah ketawa. Panjang tangan Zulaikha mencubit perut suaminya yang ketawa seronok. Mereka masuk ke dalam kereta. Affendi memulakan pemanduan.

“Abang tanya je bukan perli Zu.” Zulaikha di sebelah di pandang sekilas. Semakin lebar senyumannya melihat isterinya menjeling tajam.

“Iya lah tu. I know this smiling face. Menyampah...”

“ALLAH...abang senyum pun tak boleh ke? Yelah, orang dah tak suka kita senyum. Dah menyampah. Apa boleh buat...” jawab Affendi dengan nada suara yang sengaja disayukan.

“Mengadalah tu. Dah tua bangka nak merajuk-rajuk, tak lakulah...” ejek Zulaikha sambil menarik pipi suaminya.

Affendi sudah tersengih. Niat mahu menyakat isterinya, alih-alih dia balik yang terkena. Affendi meneruskan pemanduannya dengan berhati-hati. Cuaca juga agak baik dan cerah. Tidak lagi hujan seperti dua hari yang lalu.

“Kedai Strawberi! Singgah sekejap, boleh?” pinta Zulaikha manja apabila terpandang kedai yang menjual buah strawberi.

“Hai...tak cukup lagi ke yang dah beli tadi?” rungut Affendi dengan nada malas. Namun keretanya diberhentikan juga berhampiran kedai.

Sudah berjam-jam dia menemani isterinya membeli. Mula-mula ke kedai yang menjual sayur-sayuran dan bunga. Zulaikha jadi lupa diri membeli kerana harganya yang sangat murah. Kemudian mereka ke kedai yang menjual pelbagai jenis kaktus.

“Jangan malas-malas.” Zulaikha menggoyangkan jari telunjuknya. Bibirnya pula sudah mengukir senyuman.

Kasihan juga melihat suaminya itu. Dia tahu suaminya memang tidak suka membeli-belah. Perkara itu sudah dimaklumkan awal-awal oleh Affendi semasa sesi ta’aruf mereka dahulu.

“Abang tak suka bershopping lama-lama. Tapi abang tak halang kalau Zu nak bershopping.”

Itulah yang dikatakan suaminya malam itu. Tapi pada Zulaikha sendiri, Affendi perlu menerimanya. Lagipun, mereka kan sudah berjanji mahu menerima diri pasangan mereka masing-masing? Lagipun, dia juga bukanlah keterlaluan suka membeli-belah berlebihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience