Bab 60

Family Series 17160

WALAUPUN sudah berkali-kali dia mengajar hati supaya jangan lagi mempedulikan gangguan Diana, tetapi hati kecilnya tidak mahu melepaskan rasa cemburu itu. Dia bukanlah wanita tanpa perasaan. Dan juga bukanlah seorang yang baik dan lurus. Serasanya, dia juga seperti kebanyakkan wanita di luar sana yang tidak sanggup bermadu.

Ini kerana tanpa pengetahuan Affendi, Diana masih lagi mengganggunya dengan kata-kata hina dan maki hamun. Malah, pernah juga Diana datang ke rumah ketika dia sedang asyik membelai pokok bunganya di laman rumah. Cuma Affendi saja tidak diberitahu tentang perkara itu.

“Hah! Berangan kan siapa ni?”

“Abang! Kenapa tak bagi salam? Kalau Zu ada sakit jantung, dah lama ‘jalan’ tau tak.” Zulaikha mengurut dada.

Affendi tersengih sahaja mendengarkan omelan isterinya.

“Abang dah bagi salam, tapi Zu yang tak dengar. Lagipun dah setengah jam abang sampai, siap dah mandi. Zu yang leka sangat.”

Memang benar, dia nampak Zulaikha di taman mini, malah siap melambai kepada Zulaikha yang berada di gazebo. Tapi, oleh kerana dia terkocoh-kocoh mahu ke bilik air kerana sakit perut, dia terus masuk ke dalam rumah tanpa menunggu.

Affendi mengambil tempat disisi Zulaikha. Matanya melihat buku ‘Himpunan Kisah Wanita Di Zaman Rasulullah’ yang terdampar. Buku yang dibelikan untuk Zulaikha sebagai tanda minta maaf kerana dia pulang lewat dan terpaksa memungkiri janji untuk keluar makan malam bersama kerana melayan kerenah klien.

“Maafkan Zu, abang... Zu terleka, memang tak perasan abang balik.” Zulaikha memohon maaf. Dalam hati, memarahi diri yang terlalu leka memikirkan Diana.

“Jauh Zu menung. Ada apa-apa nak share dengan abang? Ke Zu tak sihat?” seraya itu belakang tangan Affendi melekap didahi Zulaikha. Bimbang jika isterinya itu sakit tapi tidak memberitahunya.

Zulaikha tersenyum manis melihat reaksi suaminya. Affendi memang ‘pantang’ mendengar dia tidak sihat. Dia akan segera memaksa isterinya makan ubat atau ke klinik. Takut benar dia akan sakit seperti dulu. Tangan si suami yang melekat didahi dipegang dan dicium sekali.

“Zu sihat, abang sayang...terima kasih jaga Zu dengan baik.” ucap Zulaikha penuh ikhlas. Terharu dengan keprihatinan si suami.

“Sama-sama, sayang... Dah tu, kenapa termenung ni? Ke abang ada buat salah?”

“Hah, abang ada salah apa dengan Zu?” soal Zulaikha semula. Sengaja menyakat walhal Affendi tiada salah apa pun.

“Err...ada ke?” tanya Affendi. Sambil itu otaknya ligat juga memikir jika benar ada salahnya tanpa sedar.

Zulaikha ukir senyum lagi tapi lebih manis kali ini.

“Abang tak ada apa salah dengan Zu. Malah terlalu baik pada Zu. Zu ucapkan terima kasih sangat-sangat.”

“Ok, now abang rasa Zu memang ada fikirkan sesuatu ni. Dari tadi asyik ucap terima kasih je.” ujar Affendi pula.

Zulaikha ketawa bebas. Kata-kata suaminya itu mencuit hati. Takut benar Affendi jika dia masih dalam rasa inferior.

“Sayang...abang tanya betul-betul ni. Ketawa pula dia.” rungut Affendi bila melihat isterinya itu ketawa tak sudah.

“Pelik sangat ke abang tanya tu?”

Zulaikha menggeleng tetapi masih lagi usaha menahan tawa yang masih bersisa.

“Argghh..sakitlah, bang. Aduh, kejam tau tak.” Affendi dijeling sekilas sambil tangannya mengusap pipi kanan yang kebas kerana ditarik Affendi.

“Ketawakan abang lagi, kan dah dapat hadiah?” Affendi pula mengusap pipi isterinya penuh kasih.

“Sorry, sayang..” ucap Affendi kemudiannya.

“Sorry, sorry... Simpanlah sorry abang tu.” dingin saja dengarnya.

“Aihh..marah ek?” soal Affendi. Dalam hati mula cuak. Buatnya sang isteri betul-betul merajuk?

“Tak lah! Suka. Nampak ni Zu senyum?” jawab Zulaikha sinis sambil matanya mengerling suami yang mula pamer riak cuak. Tahu cuak ya cik abang?

“Zu tak marahlah.” peha suami ditepuk sekali. Bibir terus ukir senyum manis buat suami yang masih merenungnya.

Fuhh..nasib baik. Hanya itu yang terlafaz di dalam hati. Ya lah, mana tahu kan Zulaikha masih belum pulih sepenuhnya. Masih lagi mengingati hal lama. Nanti hal kecil-kecil pun boleh jadi sebab terasa hati atau marah atau sebagainya. Kepala terus diletak dipeha Zulaikha. Sengaja ingin bermanja. Sekejap lagi dah nak senja.

“Abang... Zu betul-betul rasa tak selesa dengan Diana.” ucap Zulaikha tiba-tiba.

“Pedulilah, sayang. Perempuan macam tu, kita tak boleh layan. Buat pening kepala je. Tak usah peduli, ya?”

“Zu memang nak buat tak tahu. Tapi, serasanya macam tak boleh. Zu takut jika Diana betindak yang bukan-bukan. Zaman sekarang ni, orang hidup tak ada pedoman. Hati yang hitam tak akan menurut kewarasan akal dan fikiran. Asalkan kehendak hati puas.” keluh Zulaikha.

“Zu, abang tahu dan faham maksud Zu. Abang kalau boleh tak nak berurusan apa-apa dengan Diana. Tapi, syarikat kita memang dah lama berurusan dengan syarikat dia bekerja. Abang ingatkan bila abang dah tolak dia dulu, dia boleh terima dengan baik.”

“Hati orang, abang...susah nak duga kan.”

“Ya, tapi abang nak Zu tahu. Hati abang ni hanya untuk Zu dan keluarga kita. Abang tak nak Zu mengalah dan rasa rendah diri. Abang tak nak Zu menjauhi abang dan ambil tindakan bukan-bukan tanpa berbincang dengan abang. Abang tak nak Zu ting..” belum pun sempat Affendi menyambung kata, Zulaikha terlebih dahulu memintas.

“Zu tak kan tinggalkan abang. Syurga Zu pada redha abang. Kalaupun satu hari nanti, bukan nama Zu yang bertahta dihati abang. Zu tetap bersama abang selagi DIA mengizinkan.”

“Okey. Abang anggap tu janji yang Zu beri pada abang. Abang pegang janji Zu ni.”

“Eh, ni kira janji ya?” soal Zulaikha sengaja.

“Yalah, kira janjilah.”

“Mana pula...Zu tak buat aku janji pun. Tak ada sign apa-apa pun. Tak ada..”

“Zu!” pintas Affendi sebelum sempat Zulaikha meneruskan kata. Mulai sedar yang Zulaikha sengaja mempermainkannya apabila melihat riak nakal diwajah isterinya.

“Apa?” jawab Zulaikha sepatah.

“Main-main kan..”

“Mana ada...” leret suaranya membalas.

“Habis tu... Zu memang ada niat nak tinggalkan abanglah kan? Memang tak pernah say..”

“Jangan cakap Zu tak sayang abang, please?” rayu Zulaikha kemudiannya.

“Dah tu? Memang Zu jarang cakap sayang abang lagi semenjak....” ayat Affendi termati kemudiannya.

Berfikir mahu meneruskan kata atau tidak kerana dia telah berjanji tidak akan menyebut lagi mengenai peristiwa hitam yang berlaku dalam rumah tangga mereka sebelum ini.

Dia sendiri yang meminta Zulaikha melupakan perkara itu. Tak kanlah pula dia mahu membangkitkannya dan membuat Zulaikha teringat akannya? Memang tak lah! Dia tak sanggup melihat Zulaikha murung dan bersedih lagi.

“Abang kecil hati?” Zulaikha segera memahami apa yang hendak suaminya katakan.

Benar, dia jarang sekali melafazkan sayang atau cinta selepas terjadinya peristiwa itu. Dia sayang, tapi takut melafazkan sayang. Dia cinta, tapi rasa sangat tidak layak memiliki cinta Affendi. Jadi, dia hanya menzahirkan rasa kasih dan cinta dengan layanan.

“Kalau abang cakap ya?”

Zulaikha tunduk. Jauh dilubuk hati, dia rasa sangat bersalah. Berjanji macam-macam tapi rupanya, dia tetap melakukan kesalahan yang sama.

“Sayang...pandang abang.” Affendi bawa wajah Zulaikha untuk memandangnya.

“Abang tahu Zu sayang abang. Abang tak boleh nafikan itu. Abang nampak dan boleh rasa dengan setiap layanan yang Zu berikan pada abang. Tapi sayang...bila kita sayang atau cintakan seseorang, kita perlu lafazkan. Abang tak tahu Zu layan abang kerana sayang atau sekadar melunaskan tanggungjawab.

Abang perlu dengar, supaya abang tak berteka-teki sendiri, supaya hati dan fikiran abang seiring. Hati abang rasa Zu sayangkan abang tapi fikiran abang kata mungkin Zu cuma jalankan tanggungjawab. Sebab Zu tak pernah ucap, Zu tak pernah lagi lafazkan cinta pada abang.” terang Affendi panjang lebar. Lembut saja suaranya menahan sebak.

“Abang...Zu minta maaf.” seiring dengan itu, air matanya mengalir tanpa diminta.

Ucapan suaminya itu perlahan dan sangat lembut tapi menyentuh dasar hatinya paling dalam.

“Zu sayang abang...sangat sayangkan abang.” tangan Affendi dicium berkali-kali. “I love you..” lafaz Zulaikha lagi.

Affendi memandang Zulaikha penuh kasih. Seluruh rasa cintanya tumpah buat wanita dihadapannya ini. Sungguh, Zulaikha adalah wanita kedua dalam hidupnya selepas ibunya.

“I love you too, sayang...” Affendi kucup pipi kanan Zulaikha

“I love you more...” pada pipi kiri.

“I love you always..” pada dahi pula.

“I love you forever..” kali ini dibibir Zulaikha lama.

“Ok, kena masuk dalam. Kejap lagi dah nak Maghrib. Lepas Isyak nanti abang nak sambung yang special.” Affendi kenyit mata.

“Abangggg!” Zulaikha tersipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience