Bab 58

Family Series 17159

UKIRAN senyuman tersungging dibibir Affendi apabila mata terlihat sahaja isterinya yang sedang leka membaca di atas katil. Isterinya itu kalau sudah mendapat bahan bacaan, memang leka. Sebentar tadi, dia baru sahaja selesai menjawab panggilan telefon dari mamanya. Affendi menghampiri isterinya lalu segera naik ke atas katil. Kepalanya direbahkan di atas peha isterinya yang melunjur.

Zulaikha menutup buku ‘Wanita Solehah’ yang dibacanya sebaik sahaja kepala suaminya mendarat dipehanya. Buku itu diletakkan dimeja sisi katil. Sebuah senyuman dihadiahkan buat suaminya.

“Mama kirim salam pada Zu.” ujar Affendi perlahan. Matanya dipejamkan menikmati belaian isterinya.

Zulaikha menjawab salam ibu mentuanya perlahan. Tangannya tidak berhenti mengusap dan membelai rambut suaminya yang lebat. Affendi memang suka dibelai begitu. Terasa sangat dimanjai katanya.

“Mama suruh kita ke sana weekend ni. Dia bising, kata kita dah lama tak balik. Padahal minggu lepas kan kita tidur sana. Ada-ada je mama tu.”

“Biasalah tu. Dia rindu dekat anak tunggal kesayangan dia ni.” gurau Zulaikha sambil memicit hidung Affendi.

Affendi ketawa senang.

“Ada pulak? Mama tu rindukan Zu tau, bukannya abang. Sejak Zu hadir dalam keluarga kami, abang dah jatuh nombor dua. Macamlah abang ni pulak menantu dia.”

Giliran Zulaikha pula yang ketawa.

“Abang jelous...” ejek Zulaikha.

“No, I’m not.” Nafi Affendi tidak bersungguh.

“Ya ke tu?”

“Sikitlah.”

Zulaikha ketawa lagi. Tangannya menampar lengan Affendi mesra.

“Tak adalah, sayang. Abang seronok tengok hubungan mama dengan Zu sangat akrab. Macam ibu dengan anak kandung sendiri. Abang tahu, mama ikhlas menyayangi Zu. Abang gembira sangat. Zu tahu, abang pernah kena tampar dengan mama pasal Zu.”

“Hah? Ya ke? Pasal Zu?” wajahnya pamer riak tak percaya.

“Ya, pasal Zu. Alah, masa abang tak berapa nak betul tu lah. Masa kita krisis besar. Abang pun malu nak ingat sikap abang dulu. Teruknya abang masa tu.”

Masing-masing tahu apa yang dimaksudkan ‘krisis besar’ rumah tangga mereka.

“Zu minta maaf...”

“Ish, apa pulak mintak maaf ni, sayang. Dah, dah...jangan kenang lagi perkara tu. Zu dah janji kan?” Affendi merenung Zulaikha mengharapkan jawapan.

“Ya, Zu tahu. Zu minta maaf. Opss! Terrr... Zu tak sengaja.”

Affendi sudah sedia mahu menarik telinga isterinya. Zulaikha tersengih, tersedar keterlanjurannya. Tangannya kembali membelai rambut Affendi yang lebat. Sesekali mencium dahi suaminya yang memejam mata.

“Abang... Zu nak tanya something, boleh?” tanya Zulaikha perlahan setelah lama keadaan menyepi tanpa sebarang perbualan. Suaminya itu masih memejam mata.

“Tanyalah, sayang...”

Zulaikha tunduk dan mencium lagi dahi suaminya lembut. Kasihnya pada lelaki ini hanya Tuhan yang tahu.

“Sebelum ni, abang pernah serius dengan mana-mana perempuan ke? I mean, get serious until in love?”

Bibir Affendi mengukir senyuman mendengar pertanyaan isterinya. Sepanjang perkahwinan mereka, isterinya itu tidak pernah bertanya mahupun kisah dengan perihalnya semasa masih bujang. Inilah kali pertama.

“Kenapa tiba-tiba tanya ni... Sebelum ni tak pernah tanya pun.” balas Affendi pelik.

Mana tidaknya, sepanjang mereka berkahwin belum pernah sekali pun Zulaikha bertanyakan hubungannya dengan mana-mana perempuan ketika dia bujang.

“Kira adalah ni?” teka Zulaikha.

“Eh, mana ada! Abang tak pernah rapat dengan mana-mana perempuan sampai bercinta tau. Kawan biasa ramailah. Tak ada perempuan yang berkenan dengan abang ni. Zu je yang pandang abang...” seloroh Affendi sambil ketawa kecil.

Zulaikha mencubit pipi suaminya geram. Sempat pula suaminya itu menyakatnya.

“Adoi...adoi... Sakitlah, Zu...” Affendi mengosok pipinya yang perit dicubit Zulaikha. Matanya dicelikkan memandang isterinya yang sudah ketawa seronok.

“Padan muka! Banyak main, kita serius ni.” marah Zulaikha manja.

“Laa...betullah yang abang cakap tu, abang pun serius ni.” Affendi menjawab dengan ketawa yang masih bersisa. Tangan kanan isterinya dibawa rapat ke dadanya yang bidang.

“Diana tu, bukan your ex-girl ke?”

“Diana? Apa Zu merepek ni, sayang...” Affendi menatap wajah isterinya tajam.

Terkejut juga dia mendengar pertanyaan isterinya itu. Namun, dia menutup rasa terkejutnya dengan ketawa kecil. Kepalanya digeleng beberapa kali tanda tidak percaya isterinya boleh berfikir Diana adalah bekas teman wanitanya.

“Ketawa pulak. Zu tanya ni... Diana tu pernah jadi teman wanita abang dulu ya?”

“Dah, jangan nak mengarut. Abang tak pernah stuck dengan mana-mana girl pun before this. Zu yang pertama dan Insya-ALLAH yang terakhir. Memang betul abang kenal dia tapi hanya sebagai rakan niaga. Ada juga dia ajak abang keluar teman dialunch or dinnner tapi setakat tu je.”

“Kalau betul setakat rakan niaga saja, masakan dia sanggup buat macam-macam pada kita. Zu boleh nampak cintanya pada abang dalam mata dia.”

“Zu tak percayakan abang?”

“Bukan tak percaya. Zu cuma bertanya...”

“Okey, abang mengaku, dia memang pernah cakap dia cintakan abang, tapi abang tak cintakan dia langsung. Zu tak perlu fikir-fikir pasal dia. Lagipun, dia bukan sesiapa dalam rumah tangga kita.”

“Iya ke...” lemah je nada suaranya.

“Abang tak mahu Zu runsing pasal ni, okey?”

“Diana datang sini dua hari lepas, jumpa Zu. Dia nak kan abang. Dia tak boleh terima perkahwinan kita. Dia sangat cintakan abang.”

“What? Diana datang sini??” tanya Affendi kuat. Dia amat terperanjat dengan apa yang diberitahu isterinya.

Pandangan mata isterinya itu meyakinkannya bahawa Zulaikha tidak berbohong dalam perkara begini. Dalam hati dia terdetik sesuatu tentang Diana. Bahaya perempuan ni, sampai berani datang ke rumah ganggu isteri aku.

Zulaikha merenung suaminya yang sudah bangun dari baringnya. Dia membiarkan sahaja suaminya itu mengambil dan menggenggam kedua tangannya.

“Abang tak pernah jatuh cinta dengan dia?” tanya Zulaikha perlahan. Dia berdebar menanti jawapan dari mulut suaminya itu.

Affendi menggeleng beberapa kali. Dia tidak sangka Diana senekad itu mahukan cintanya dibalas. Apa sahajalah yang perempuan tu mahu. Tak reti bahasa betul. Affendi mendengus geram.

“Langsung tak pernah?” tanya Zulaikha lagi.

“Abang hanya tahu cinta, sayang dan berkasih dengan Zu...” jawab Affendi tegas dan yakin.

Dia tak mahu menyesakkan kepala dengan soal Diana. Dia sudah cukup runsing dengan apa yang Diana telah cuba lakukan sebelum ini. Dia tidak mahu isterinya pula terganggu dengan perihal Diana.

Zulaikha terharu mendengar ucapan suaminya. Jika Affendi suaminya itu tidak cakap pun dia tahu hati dan perasaan suaminya itu hanya miliknya. Cuma, sebagai seorang isteri, perasaan ragu itu seringkali bermain di dalam diri. Lebih-lebih lagi dengan masa silamnya sebelum ini.

“Terima kasih, bang... Zu bersyukur dengan kasih sayang abang. Walaupun abang dah tahu Zu ni...”

“Shhh...kan abang dah cakap, jangan ingat lagi tentang perkara tu. Abang tak suka. Abang tak nak benda tu jadi sebab Zu rasa rendah diri. Perkara yang dah lepas janganlah dikenang lagi. Abang tak nak kita ungkit lagi tentang benda ni okey?”

“Diana...”

“Diana apanya lagi ni, sayang... Biarlah apa pun dia nak rasa. Abang dah kahwin dengan Zu. Hidup abang sekarang hanya bersama Zu. Tapi abang memang tak sangka dia berani kacau Zu. Ada jugak perempuan macam tu. Macam dah tak ada lelaki lain dalam dunia ni.”

“Bukan tak ada. Tapi, masalahnya yang dia berkenan kat mata dan hati dia tu abang, mana nak perasan orang lain dah.”

“Amboi...isteri abang ni kalau bercakap.” panjang tangan Affendi hendak menarik telinga isterinya. Zulaikha tersengih menyedari kata-katanya sebentar tadi.

“La...Zu cakap betul apa? Dah mata dia berkenan kat abang, nak buat macam mana kan.” tutur Zulaikha berselang dengan tawa kecil sambil tangannya menghalang Affendi yang mahu memulas telinganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience