Bab 15

Family Series 17159

BUNGKUSAN sederhana besar yang dihulurkan suaminya, disambut dengan hati yang tertanya-tanya. Zulaikha membuat isyarat mata sebagai tanda dia bertanya apa yang dihadiahkan oleh suaminya. Affendi hanya menjungkit bahu tanda tidak mahu memberitahu. Dahinya berlapis memikirkan bungkusan ditangannya.

“Hadiah apa pulak ni...” mulut Zulaikha mengomel pula sambil membelek kotak yang dipegangnya. Hari ini bukan hari lahirnya, bukan juga hari lahir suaminya. Jauh sekali tarikh perkahwinannya. Mereka baru sebulan lebih menikah.

Wajah Affendi yang sedang merenungnya dipandangnya lagi silih berganti dengan bungkusan hadiah yang dibalut indah diribanya. Siap dengan reben pelbagai. Apa sahajalah suaminya ini.

“Ada sambut apa-apa ocassion ke hari ni?” soalnya lagi. Memandang lagi pada Affendi meminta jawapan.

“I dont need any occasion to give my wife a present. Nanti malam buka la.” Jawab Affendi membalas mesra pandangan isterinya.

Berkerut dahi Zulaikha mendengarnya. “Aik, kenapa nak tunggu malam pulak? Sekarang tak boleh buka ke?”

“Tunggu malamlah, okey?” suara Affendi penuh mengharap.

“Sama je siang ke malam ke. Zu bukak sekarang ya.”

“Jangan! Malam nantilah sayang. Lepas Isyak, baru buka ya?” Pujuk Affendi sungguh-sungguh.

“Yelah...yelah. Ada-ada aje abang tu tau.” Tangannya dipanjangkan, menepuk peha suaminya yang sudah tersenyum kemenangan.

 

 

ZULAIKHA merenung lagi kain berwarna turquoise di tangannya. Tidak sanggup rasanya untuk menyarung baju itu ke tubuh. Baju tidur gaun paras lutut itu memang cantik tetapi sangat seksi pada pandangan matanya. Sudahlah paras lutut saja labuhnya. Potongan lehernya  pula rendah dan bertali halus sahaja.

Apa yang paling membuatkan dia tak senang, gaun itu jarang. Dia sendiri malu melihatnya. Tak kan nak pakai baju macam ni? Seram tengkuknya. Patutlah beria-ia benar menyuruh dia membukanya pada waktu malam. Suaminya ini, memang ada-ada sahaja.

Zulaikha menoleh pada pintu bilik yang sudah terkuak. Dia memandang suaminya yang semakin menghampiri katil. Affendi mengambil tempat di sebelahnya dengan renungan yang sukar ditafsirkan.

“Pakai ya?” suruh Affendi penuh mengharap.

“Kena pakai jugak ke?”

“Laa...habis tu, abang beli bukan suruh simpan. Nak Zu pakai.” Affendi ketawa kecil. Lucu pula mendengar pertanyaan isterinya yang ala-ala lurus bendul.

Mata Zulaikha sudah membulat. Serentak itu badannya terasa berpeluh. Tegak bulu romanya memikirkan dirinya dalam keadaan yang sangat seksi. Di depan seorang kaum adam. Walaupun kaum adam itu suaminya sendiri. Malunya!

“Err...seksi sangatlah. Segan Zu nak pakai...” akhirnya Zulaikha memberitahu juga apa yang dirasanya.

Affendi tersenyum. Dia sudah boleh agak apa yang difikir isterinya ketika dia membuat keputusan untuk membeli baju itu lagi. Dia menolak dagu Zulaikha yang sudah tertunduk bermain dengan ibu jari dan jari telunjuknya.

“Tak apalah. Dalam bilik aje. Lagipun depan abang, bukan orang lain...” pujuk Affendi lagi. Nadanya penuh berharap.

“Depan abang pun...malulah...”gumam Zulaikha dengan suara yang rendah. Berat hatinya hendak menyarung baju tidur yang terlebih seksi itu.

“Alaa...nak malu apa, bukan abang tak pernah tengok semua.” Pujuk Affendi. Lain macam saja nada suaranya. Meremang bulu roma Zulaikha.

“Tak senonoh tau abang ni. Gatal!” buntang matanya mencegil ke arah suaminya yang tersenyum kambing.

“Bolehlahhh....” rayu Affendi. Semakin lembut pujukannya.

“Mengada! Seksi sangat ni, bang. Malulah....”

“Zu tahu tak? Golongan wanita pertama yang masuk syurga adalah wanita yang seksi di mata suaminya tau...”

“Abang ni...saja je kan, nak buat Zu rasa serba salah tau...”

“Aah, memang pun...” jawab Affendi sudah tersengih. Dan sengihannya semakin melebar apabila melihat isterinya itu sudah bangkit memegang gaun tersebut.

“ALLAH...macam tak biasa tukar baju depan abang. Tak payahlah sampai nak masuk bilik air.” Affendi ketawa seronok. Zulaikha menjeling suaminya geram. Pantas juga tangannya mengetam peha Affendi.

“Adoi...adoi...sakitlah Zu!” jerit Affendi sambil menggosok bekas cubitan isterinya. Perit!

“Padan muka. Sengih macam tu lagi!” Zulaikha mencebik.

“Sengih pun salah ke? Cepatlah sayang...” gesa Affendi manja. Zulaikha menapak juga ke bilik air setelah menjeling maut. Affendi ketawa senang melihat isterinya.

Zulaikha tersenyum juga dengan kerenah suaminya. Ada-ada saja akal Affendi. Kerenah suaminya yang nakal kadang-kadang sampai membuatkan dia sendiri mati akal. Rosak betul suaminya! Zulaikha menggeleng kepala merenung kembali gaun tidur ditangannya.

Akhirnya tersarung juga gaun tersebut dibadannya. Afffendi sudah menantinya di birai katil dengan senyum yang amat manis. Perlahan Zulaikha melangkah menghampiri suaminya. Dada sudah terasa hendak pecah seperti lepas berlari seratus kilometer. Tidak terpandang wajah suaminya dek kerana rasa malu yang menggila.

“Cantiknya isteri abang...”

 

 

DIAM tak diam, sudah lebih dua bulan Affendi dan Zulaikha menjalani kehidupan sebagai suami isteri. Sepanjang tempoh itu, tidak pernah mereka bergaduh atau berselisih faham. Masing-masing masih lagi dalam proses mengenali.

Cuma kadang-kadang Affendi sengaja buat-buat merajuk dan minta dipujuk. Sekadar untuk bermanja dengan isterinya. Dia suka melihat Zulaikha yang memujuknya dengan cara yang halus.

Pada awalnya dulu, Zulaikha akan menggelabah apabila dia buat gaya merajuk. Kekalutan isterinya itu ketara kelihatan diwajahnya. Riak wajah isterinya itu memang melucukan. Sudahnya Zulaikha memujuknya seperti memujuk kanak-kanak tadika. Pecah tawanya dengan reaksi yang ditunjukkan isterinya.

“Ada ke pujuk orang macam tu. Ingat abang ni budak-budak kat tadika Zu ke? Sayang...sayang...” ucap Affendi apabila ketawanya sudah beransur reda.

“Yelah, yang Zu tau pujuk budak-budak merajuk je...yang tua bangka merajuk, sorry...Zu tak ada pengalaman nak handle.” Balas isterinya sambil menayangkan wajah kayu.

Kini, mereka tidak kekok lagi bersama dalam satu rumah. Ketika dia menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah sendiri dulu, isterinya langsung saja bersetuju. Rumah itu telah dibeli lama iaitu ketika dia masih bujang lagi. Dan ianya telah disewakan kepada orang lain. Maka, semenjak dia bertunang, dia sudah merancang untuk duduk di rumah itu setelah berkahwin.

Mamanya juga amat memahami dan merestui rancangannya untuk hidup berdikari bersama Zulaikha. Zulaikha sendiri menyerahkan keputusan padanya. Isterinya itu memberitahu, baik padanya baik jugalah pada isterinya. Sesungguhnya dia memang amat bersyukur beristerikan Zulaikha. Tidak banyak kerenah.

“Masak apa hari ni, sayang...” Affendi menyapa isterinya yang sibuk di dapur.

Selalunya hujung minggu begini dia akan sama-sama di dapur, membantu apa yang patut. Hari ini dia keluar bermain tenis dengan Suffian pagi tadi dan menjelang tengah hari baru pulang. Sudah lama dia tidak bermain tenis bersama Suffian. Semenjak dia berkahwin dengan Zulaikha. Rutin hujung minggunya sudah bertukar.

Bukan Zulaikha melarangnya keluar, tetapi Affendi sendiri lebih selesa berada di rumah menemani isterinya. Pengorbanan Zulaikha yang mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa atas permintaannya, sudah memberi seribu rahmat padanya. Dia cuba yang terbaik supaya isterinya itu tidak berasa kebosanan di rumah.

“Abang dah balik? Zu masak your favourite dish. Sambal ketam, daging  black pepper dan sup sayur campur. Zu ada buat puding kastard pagi tadi.”

“Sedapnya sayang...” Affendi sudah memeluk isterinya dari belakang.

“Hmm...badan lekit-lekit, lepas tu peluk orang. Zu dah mandi tau.” Zulaikha sudah mencebik namun tidak pula cuba merenggangkan pelukan suaminya.

Affendi ketawa dengan bebelan isterinya. Dagunya direhatkan dibahu isterinya. “Alaa...abang tau, abang busuk macam mana pun Zu tetap suka abang peluk.”

“Eii...siapalah yang cakap tu.” jawab Zulaikha sambil menutup api dapur sup sayur yang sudah masak.

“Abanglah yang cakap.”

“Perasan!” hidung Affendi dikepitnya sekali. “Abang mandi dulu, lepas tu boleh kita makan sama-sama. Zu dah nak siap masak.”

“Zu temankan sekali lah...” rengek Affendi dengan renungan manja. Zulaikha sudah ketawa.

“Tak mau. Zu dah man...” tidak sempat dia menghabiskan ayat, bibirnya sudah dipagut Affendi. Terkapar-kapar seketika Zulaikha dibuatnya.

“Abang!” bahu Affendi ditamparnya kuat. Dia memandang suaminya yang sudah tersengih buat muka tidak bersalah. Rosak betul suaminya! Dia hanya mampu menggeleng kepala dengan telatah suaminya.

“Rosak tau abang ni.”

“Tahu...Zulah, yang rosakkan abang.”

“Eh, kita pulak.”

Zulaikha menjeling manja pada suaminya. Affendi hanya tersengih dengan jelingan isterinya. Panjang tangan isterinya. Sempat dia ketawa lagi sebelum cepat-cepat berlalu keluar dari dapur menyelamatkan diri dari ‘diketam’ isterinya pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience