Bab 10

Family Series 17159

“AWAL Zu bangun.” tegur Puan Zawiyah ketika memasuki ruang dapur. Dia bercadang untuk menyediakan sarapan namun terkejut melihat Zulaikha sudah berada di dapur terlebih dahulu sebelumnya.

“Eh, mak teh. Awal lagi ni mak teh, tak penat ke?”

“Eh...eh... Mak teh  pulak. Awak tu kan pengantin baru...” sakat Puan Zawiyah. Dia tesenyum melihat Zulaikha yang sudah merona malu.

“Mak teh ni...” ucap Zulaikha dengan suara yang amat rendah. Puan Zawiyah tergelak sambil mengusap bahu Zulaikah lembut. Zulaikha merasa air teh yang dibancuhnya sebelum meletakkannya ke atas meja.

“Apa yang kelakar benar ni Wiya? Riuh je dengar.” Puan Barsyiah terus bertanya apabila memasuki ruang dapur.

“Tak ada apalah Barsyi, saja sakat Zu ni.” Jawab Puan Zawiyah dengan tawa yang masih bersisa.

“Awal menantu mama ni bangun. Siap buat sarapan pula pengantin baru ni.” Puan Barsyiah pula menegur. Matanya meliar melihat semangkuk bihun goreng yang masih berasap telah siap terhidang di atas meja makan. Puan Zawiyah kembali tersenyum memandang Zulaikha penuh makna.

“Duduklah mak teh, mama. Zu masak bihun goreng je.” Zulaikha mempelawa ibu saudara dan ibu mentuanya duduk. Dia sengaja buat tak faham dengan senyum sumbing mak tehnya.

“Zu kejut abang Fendi dulu ya.” Zulaikha segera keluar dari ruang dapur meninggalkan mereka berdua. Boleh mati kering dia segan dengan mak tehnya yang galak menyakat.

 

 

TOMBOL pintu bilik dipulas perlahan dengan lafaz bismillah. Zulaikha masuk ke dalam bilik dengan niat untuk mengejutkan suaminya. Selepas subuh tadi, mereka sama-sama menyambung tidur akibat dari rasa mengantuk kerana ‘sesi suai kenal’. Tetapi, dia bangun terlebih dahulu untuk menyediakan sarapan. Sebetulnya, dia malu pada mak teh dan ibu mentuanya untuk bangun lewat.

Zulaikha melihat katil yang sudah kosong. Dia mendengar bunyi yang terbit dari bilik air. Cadar yang kusut dikemaskan. Bantal disusun elok di kepala katil. Selimut tebal pula dilipat dan diletak elok di hujung katil. Zulaikha berlalu membuka tingkap dan menyelak langsirnya membenarkan cahaya matahari masuk.

Zulaikha menoleh apabila mendengar pintu dibuka. Dia membalas senyuman yang diberikan oleh suaminya malu-malu. Kemudian dia tertunduk, tidak berani menatap wajah suaminya. Affendi mengelap sisa air yang membasahi wajahnya dengan tuala.

Bukan dia tidak dapat menerima Affendi tetapi pengakuan Affeni malam tadi, membuatkakn dia berasa malu hendak menatap wajah suaminya itu.

“Abang bukan saja ikhlas menerima Zu tapi, abang memang dah sayang Zu.”

Sejurus mendengarnya, dia tidak berani lagi mengangkat wajah. Seluruh wajahnya terasa hangat. Jantungnya berdegup laju. Semerta tubuhnya berpeluh dingin. Memang dia sangat terkejut.

“Mungkin Zu rasa pelik, tapi itu lah yang abang rasa. Abang dah mula sukakan Zu, sebelum ni lagi. Cuma abang tak tahu nak mulakan macam mana. Mungkin kedengaran janggal, tapi itulah kebenarannya. Bila mama pinangkan Zu untuk abang, abang rasa satu bonus pada abang. Dan abang terus terima.”

Dia diam tidak bersuara. Kelu lidahnya seketika.

“Abang tak paksa Zu untuk sayang abang sekarang sebab abang tahu, kasih sayang tak boleh dipaksa. Tapi, abang juga tahu kasih sayang itu boleh dipupuk.”

“Zu sihat hari ni?” tanya Affendi sambil menghampiri Zulaikha yang berada di meja solek sedang menyisir rambut.

Habis melayang segala ingatannya pada perbualan malam tadi. Dia melihat Affendi semakin menghampirinya dari cermin meja solek.

“Sihat, abang?” tanya Zulaikha pula. Semakin membiasakan diri dengan panggilan tersebut. Pagi tadi mereka sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Kali pertama bersolat subuh berimamkan lelaki yang bergelar suami. Syahdu mendengarkan doa yang dibacakan Affendi pagi tadi.

Affendi membaca doa memohon keberkatan rumah tangga mereka dan berdoa supaya rumah tangga mereka berkekalan. Seusai berdoa, dia mencium tangan Affendi dan sebagai balasan, Affendi mencium pula dahinya. Dia berasa tenang dengan ciuman suaminya itu.

“Abang pun sihat, Zu. Awal Zu bangun, kenapa tak kejutkan abang?” soal Affendi sambil merenung wajah isterinya didalam cermin.

“Tengok abang lena sangat, tak sampai hati Zu nak kejut.” terang Zulaikha. Dia membalas renungan suaminya tetapi tidak lama. Tuala ditangan suaminya diambil sebelum menyidainya.

“Jom, keluar. Mama dan mak teh dah tunggu kat dapur nak breakfast sama-sama.” ajak Zulaikha mematikan renungan nakal suaminya. Affendi mengangguk dan menghulurkan tangan kepada Zulaikha. Zulaikha menyambut juga tangan suaminya dengan senyuman mesra dan mereka sama-sama bergandingan keluar dari bilik.

 

 

“DI, nak bawa Zu pergi mana for honeymoon?” Puan Barsyiah bertanya kepada anaknya ketika sedang menjamu bihun yang dimasak oleh menantunya. Zulaikha tersedak. Zulaikha dengan pertanyaan ibu mentuanya. Affendi pantas menghulurkan air teh kepada isterinya. Belakang Zulaikha di usap bagi melegakan isterinya.

“Ma ni...tersedak isteri Di... Sebenarnya, Di tak bincang lagi dengan Zu.” jawab Affendi jujur. Dia tahu Zulaikha terkejut dengan pertanyaan mamanya. Puan Zawiyah menggeleng senyum melihat Zulaikha yang sudah menahan malu.

“Alaa...mama tanya je. Mama minta maaf ya Zu?” ucap Puan Barsyiah segera. Rasa bersalah kerana membuatkan Zulaikha tersedak.

“Zu tak apa-apa, mama.” balas Zulaikha mengurut dada yang perit. Keluar tak keluar je suaranya. Sebenarnya bukan sebab tersedak tapi lebih kepada menahan rasa tidak selesa kepada tangan yang masih mengusap belakangnya!

“Tak kan tak mahu pergi bercuti langsung. Tak dapat pergi jauh pun, pergi yang dekat-dekat pun tak apa. Kan Wiya?” Puan Barsyiah masih tidak berpuas hati.

“Betul tu. Cameron pun okey. Tak pun, Bukit Tinggi atau boleh pilih beach.” sokong Puan Zawiyah.

“Nak kena honeymoon jugak ya, mama? Alaa, dalam rumah pun honeymoon jugak ma. Tak semestinya kena pergi jauh-jauh kan?”

Walaupun Affendi yang berkata begitu, tetapi Zulaikha pula yang berasa malu.

“Kenalah pergi jugak. Okey, kalau tak nak panggil honeymoon, anggaplah ia sebagi cuti suai kenal antara satu sama lain. Mama boleh tolongcontactkan hotel tempat-tempat tu kalau Di tak sempat sangat. Mama bayarkan nanti.” Usul Puan Barsyiah. Bersungguh-sungguh dia mahu anak dan menantunya pergi bercuti berbulan madu.

“Eh, tak usah la mama.” tolak Affendi segan.

“Alah, as a wedding gift Di and Zu. Apa salahnya.” terang Puan Barsyiah lagi.

“Hai Di! Mama Di dah nak belanja tu, bila lagi. Kalau mak teh, mak teh follow je.” sampuk Puan Zawiyah.

“Entah, jual mahal pulak dengan mama. Plan awal, nanti lepas bertandang ke rumah saudara-mara, boleh terus pergi.” cadang Puan Barsyiah pula.

Akhirnya Affendi dan Zulaikha terpaksa beralah. Pagi itu riuh mulut Puan Barsyiah menyarankan tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan destinasi bulan madu. Puan Zawiyah juga tidak kurang hebatnya memberi cadangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience