Bab 49

Family Series 17159

HONDA CRVnya segera di parkir di dalam garaj. Hari ini isteri dan mamanya telah pulang dari Melaka. Sedari pagi tadi senyuman tidak pernah lekang dari bibir Affendi. Malah Suffian sendiri tidak habis-habis memerlinya dari pagi sehinggalah dia hendak pulang.

“Baru lima hari tak jumpa. Macam dah ‘angau’ sangat!” Itulah kata-kata terakhir Suffian sebelum dia meninggalkan pejabat tadi. Dan dia hanya ketawa riang.

Dia tidak kisah apa Suffian mahu cakap. Memang dia ‘angau’ pun. Dia sudah tidak sabar-sabar untuk bertemu isterinya itu. Tubuh isterinya itu ingin segera dipeluk erat bagi melepaskan rindu yang semakin sarat. Sudah lima hari dia tidak menatap wajah isterinya. Siapa yang tak rindu kan?

“Sayang...” Affendi mencium dahi dan pipi Zulaikha ceria setelah isterinya itu tunduk menyalaminya.

Tubuh kurus itu segera dipeluk erat bagi melepaskan rindu yang tidak tertanggung. Puan Barsyiah yang melihat hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Malu dekat mama la...” ucap Zulaikha perlahan.

Namun Affendi buat-buat tak dengar. Tubuh isterinya itu ditarik rapat sambil menuju ke sofa menyertai ibunya. Lantas tangan ibunya dicapai dan dicium, kemudian dia mencium pula pipi ibunya sebelum mengambil tempat disebelah Zulaikha.

Tangan kanan Zulaikha dibawa ke pehanya. Merona merah pipi Zulaikha dengan kelakuan suaminya itu. Dia malu pada ibu mentuanya yang tersenyum sumbing memandang ke arah mereka.

Tangannya cuba dilepaskan dari genggaman Affendi. Wajah suaminya itu dipandang meminta pengertian. Affendi hanya mengangkat kening sambil tersengih.

“Biarlah Zu, orang tengah ‘angau’...” ujar Puan Barsyiah.

Geleng kepala melihat kelakuan anaknya. Kasihan Zulaikha, dia tahu Zulaikha malu diperlakukan begitu dihadapannya. Zulaikha akur mendengar kata-kata ibu mentuanya. Lagipun dia tahu, cubalah sebanyak mana pun, Affendi memang akan tetap buat-buat tak faham.

“Macam mana Berjaya, Fendi... Okey?” soal Puan Barsyiah setelah meneguk air oren didepannya.

“Okey, Ma... next week Di dengan Pian sendiri akan jumpa dengan CEO Kembara Holdings untuk berbincang dengan diorang dan kalau tak ada apa-apa aral, kita akan take over the company.” jawab Affendi jujur.

“Dah teliti semua risiko yang mungkin kita hadapi?” soal Puan Barsyiah lagi tidak berpuas hati.

“Dah, Mama... Kembara masih boleh diselamatkan lagi. Mereka punya peluang. Cuma, Di dan Pian nak buat beberapa dasar baru untuk ubah cara pengurusan mereka. Not in proper way management. Tu yang down tu.”

Zulaikha yang mendengar perbualan suami dan ibu mentuanya, diam tidak menyampuk. Dia maklum benar kalau dua beranak itu sudah berbicara mengenai syarikat, ia akan berpanjangan beberapa ketika.

Namun, ia tidaklah keterlaluan sehingga terlalu kerap dibawa berbincang ke rumah. Hanya apabila pada waktu-waktu tertentu sahaja bila dirasakan sesuai untuk dijadikan bahan berbincang. Dan selalunya apabila mereka sudah lama tidak bertemu seperti sekarang.

“Mama, Di ingat nak bawa Zu pergi bercuti.” Zulaikha memandang suaminya dengan kerutan didahi.

Affendi hanya tersenyum melihat reaksi isterinya. Dia tidak pernah berbincang dengan Zulaikha tentang rancangannya yang ingin bercuti.

“Eloklah tu... Boleh rehat-rehatkan fikiran.” Ujar Puan Barsyiah menyokong rancangan Affendi.

“Abang saja tak nak bagi tahu Zu dulu, ingat nak surprise.” jelas Affendi sambil tersenyum melihat Zulaikha yang terpinga-pinga.

“Nak bawa Zu ke mana? Dah ada tempat ke?” soal Puan Barsyiah berminat.

“Belum tahu lagi, ma. Tengoklah mana tempat yang Zu teringin nak pergi nanti.” jawab Affendi.

“Zu ikut je mana abang nak bawa.” Zulaikha berkata perlahan.

Puan Barsyiah mengangguk mendengarnya. Dia memang ingin mencadangkan Affendi untuk membawa Zulaikha bercuti. Dia tahu Zulaikha masih bersedih dengan kejadian yang menimpa.

“Bila nak pergi?”

“Insya-ALLAH, tiga bulan lagi. Boleh sambut anniversary sekali.”

“Good idea. Zu, mintalah tempat jauh-jauh sikit. Masa baru bernikah dulu tak sempat nak pergi jauh-jauh kan. Eh, mama nak naik dulu, nak bersiap. Malam ni mama ada kelas tajwid dekat masjid.” Puan Barsyiah bangkit meninggalkan Affendi dan Zulaikha di ruang tamu.

“Em... Abang tak pernah cakap pun kita nak pergi bercuti. Tetiba je...kenapa?” Zulaikha bertanya kepada suaminya setelah kelibat ibu mentuanya hilang dari pandangan mata.

“Tak boleh ke? Saja abang nak bawa Zu. Lagipun, kita dah lama kan tak bercuti. Abang nak bawa Zu berehat. Nanti Zu pilih ya, mana Zu nak pergi.”

“Abang... Zu tahu apa yang abang fikir. Zu dah okey. Zu dah boleh terima apa yang berlaku. Zu tak akan susahkan hati abang.” Zulaikha berkata perlahan.

Tangan Affendi digenggam erat. Matanya dikerdipkan meyakinkan Affendi. Affendi hilang kata mendengarnya.

“Kalau kita tak bercuti pun tak apa. Lagipun abang dah banyak ambil cuti jaga Zu kat kampung.” belakang tangan Affendi dicium lembut.

“Tak apalah, sayang... Tak salah kan kalau kita nak bercuti rehat.”

“Memanglah, abang...tap...”

“Tak payah tapi-tapi lagilah sayang...” Affendi memotong percakapan isterinya.

Zulaikha akhirnya tersenyum memandang Affendi yang sudah buat muka kasihan. Affendi mencium wajah isterinya sebaik sahaja Zulaikha mengangguk menyatakan persetujuan.

“Zu, ikut saja...”

 

 

DIANA berjalan pantas mengejar Affendi yang sudah mahu beredar dari lobi Berjaya Holdings. Dia tidak akan berputus-asa dengan begitu mudah. Memang pantang baginya untuk mengalah dengan takdir. Tiada istilah kalah dalam kamus hidupnya.

“Fendi! Affendi, wait!”

Affendi menoleh apabila mendengar suara menjerit memanggil namanya. Dilihatnya Diana berjalan pantas menghampirinya.

“Fendi, I da..”

“You nak apa lagi ni, Diana?” tanya Affendi malas. Pura-pura merenung jam di tangan kirinya.

“I sebenarnya...come for sorry...” Diana sudah buat muka kasihan. Saja dia menambahkan lagi riak sedih diwajahnya. Seolah-olah dia benar-benar menyesali perbuatannya sebelum ini.

“Okey.” Balas Affendi sepatah.

Bukan menyombong, jauh sekali kurang ajar. Tapi, kalau kita memang dah tahu sangat orang depan kita memang dah lama pasang niat tak baik dengan kita, buat apa kita sibuk nak berbaik kan?

“I tak berniat, Fendi. I cuma...”

“Hidup I tak ada kena mengena dengan you, Diana. I harap lepas ni you jangan cuba merosakkan rumah tangga I lagi. Antara kita tak pernah ada apa-apa dan tak akan pernah ada apa-apa. I anggap you rakan niaga I.” pintas Affendi.

“Tapi, Fendi...”

“Tak ada tapinya lagi, Diana. I tak nak melukakan hati isteri I lagi. You tahu tak betapa pentingnya Zulaikha dalam hidup I? I sangat menyayanginya. Lebih dari nyawa I sendiri.”

“Walaupun you dah tahu pasal masa silam dia?” tanya Diana sinis.

“Ya, walaupun I dah tahu pasal tu. I tak kisah. Itu masa silam dia. Lagipun, semua orang ada sejarah mereka sendiri. She’s the best for me and also the best mother for my future child. Tak ada yang lain. I harap you faham.” jawab Affendi tegas.

Sebetulnya dia memang kesal dengan sikapnya yang cepat menghukum. Akhirnya dia sendiri yang yang menerima padah. Dia kehilangan zuriat yang amat dinantikan. Hampir juga kehilangan Zulaikha yang menjadi cahaya hidupnya.

“I cintakan you, Fendi. I tak bo...”

“No, please... I tak nak dengar lagi semua tu. I ada kerja, I jalan dulu.” Affendi pantas memintas kata-kata Diana.

Pantas juga dia meninggalkan Diana yang masih terkebil-kebil di ruang lobi.

“Sampai hati kau, Fendi. Kau akan terima balasannya. Kalau dengan kau tak jalan, aku masih ada bini kau. Kau tahulah nasib kau nanti.” Diana merenung Affendi yang semakin menjauh.

“Aku tak akan mengalah, Fendi. Aku tak akan mengalah.!”

Diana keluar dari bangunan Berjaya Holdings dengan hati yang terbakar. Dia tidak percaya Affendi masih tidak mahu menerima cintanya. Hatinya merengus geram. Dia tidak akan mengalah. Dia terfikir akan sesuatu, bibirnya mengukir senyuman sinis. Kau belum kenal aku siapa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience