Bab 28

Family Series 17159

“FENDI...jomlah temankan I makan. Please...” Diana memeluk lengan Affendi dan melentokkan kepalanya di bahu Afendi. Affendi mula rimas. Dia menolak kepala Diana dan menjarakkan diri dari Diana.

“Sorry, I tak ada mood sekarang ni. Please, I ada kerja lagi nak buat.” Affendi membalas bosan. Tangan Diana di tolak perlahan.

“Come on la Fendi...” jari Diana merayap-rayap di dada Affendi.

“Hei...apa ni Diana? Aku tak sangka kau begitu murah macam ni.” Affendi menepis tangan Diana yang sudah merayap didadanya.

“Murah? Hei...kalau I ni murah, isteri you tu pulak apa? Siapa yang tak kenal dengan isteri kesayangan you tu.”

Diana menjeling Affendi tajam sambil tersenyum sinis.

“Apa...yang you tau pasal Zulaikha?”

“Huh...siapa yang tak kenal dengan isteri you tu. Perempuan GRO! Ha ha ha.” Diana ketawa dengan angkuh.

Affendi terperanjat mendengarnya. Pantas otaknya mencerna sesuatu.

“Entah-entah you yang telefon I kan? You jugak yang kirim gambar tu pada I. Jadi selama ni, tu kerja you lah?” soal Affendi berang.

Diana terdiam. Dia sudah terlepas kata. Tapi dia juga tidak mahu mengalah selagi dia tidak memperoleh Affendi.

“Yes! Memang I mengaku I yang call and I’m the one who’s send the photo to you. I just want you to open your eyes! Isteri you tu bukan baik mana. I’ve check and i’ve investigate with my PI, it’s really true, Fendi! I bet, you never know about this right? Sedarlah Fendi, you dah kena tipu!” Diana meracun fikiran Affendi.

Diana tidak akan putus asa untuk memperoleh cinta Affendi. Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan niatnya tercapai. Dia meminati Affendi dalam diam. Setelah beberapa kali bertemu atas dasar kerja, dia tidak dapat lari dari merasakan Affendi seorang yang baik dan istimewa.

Malah Affendi tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya sepanjang mereka berkerjasama. Tidak seperti rakan-rakan niaganya yang lain yang hanya tahu mengambil kesempatan. 

Hancur hatinya apabila mendapat tahu Affendi sudah bernikah. Dia hanya mengetahuinya ketika Affendi sedang bercuti. Itu pun diberitahu oleh setiausaha lelaki tersebut.

Dia menelefon Affendi untuk keluar makan tengah hari bersama. Hati yang indah ceria bertukar menjadi petir ketika mendengarkan Affendi bercuti kerana berbulan madu.

Betapa perit dan hancurnya dia dengan berita yang tidak disangka-sangka itu. Hatinya menjadi sakit mengingatkan cintanya yang tulus pernah ditolak mentah-mentah.

Pada mulanya dia sudah berputus harap dengan Affendi. Tetapi ketika terserempak dengan Affendi dan Zulaikha secara tidak sengaja tiga bulan lepas, dia menyedari sesuatu.

Dia seperti pernah melihat Zulaikha di mana-mana suatu ketika dahulu. Disebabkan itu dia berusaha mencari kelemahan Zulaikha sehingga sanggup mengupah penyiasat persendirian. Tak kisahlah berapa banyak pun wang yang dia terpaksa habiskan untuk itu.

Apa yang paling menggembirakannya, memang benarlah dia pernah melihat Zulaikha sebelum ini. Dan tempat dia bertemu dengan Zulaikha bukanlah tempat yang elok. Dia begitu seronok dan teruja dengan maklumat yang dia dapat melalui siasatan penyiasat peribadi yang diupahnya.

Perasaannya jadi bersemangat tiba-tiba. Cintanya pada Affendi bertamu kembali. Dia mengambil langkah selamat dengan mengirimkan gambar lama Zulaikha ke pejabat Affendi.

Dia tahu kalu dia sendiri yang menyerahkannya kepada Affendi, belum tentu pemuda itu akan percaya.

Mula-mula dia menelefon Affendi, kemudian dia menghantar pula gambar-gambar lama Zulaikha di sebuah kelab malam. Dia tahu dan yakin Affendi tidak tahu langsung dengan cerita itu. Dia pasti Affendi pasti malu besar dan akan menceraikan Zulaikha apabila mengetahuinya.

“Huh! Dulu you mati-mati tolak I kononnya mama you dah jodohkan dengan perempuan lain yang jauh lebih sesuai dengan you. You tolak I mentah-mentah. You tak fikir perasaan I time tu. You kejam Fendi!” keras suara Diana meluahkan apa yang dirasanya dahulu.

“Diana, benda tu dah lama. Lagipun I memang tak pernah ada apa-apa perasaan pada you. Kenapa you tak mahu faham?” Affendi bersuara kesal.

“Hati I yang tak mahu faham, Fendi! I sanggup buat apa saja untuk jadi isteri you. Kalau you tak nak ceraikan Zulaikha, I sanggup jadi isteri nombor duayou.” Diana sudah mula merayu-rayu sehingga dia tak sedar apa yang diucap. Dia merapati Affendi yang nampak bingung.

“You What?? No way! Tak mungkin Diana. I dah berkahwin dan I tak pernah terfikir langsung hendak menduakan Zulaikha. Baik you lupakan je I.” Affendi menolak tangan Diana yang sudah berada di bahunya.

Ya, tidak pernah dia terfikir untuk mengkhianati Zulaikha. Biarpun hatinya marah ketika ini, tak ada sekalipun terlintas dihatinya untuk membuang Zulaikha dari hidupnya. Jiwanya dah sebati dengan Zulaikha.

Malah hingga ke saat ini, dia masih tidak mampu membenci isterinya. Benar, dia telah melafazkan benci kepada Zulaikha tetapi ketika itu dirinya dibelenggu amarah.

“Alah! Tak kan you masih nak lagi dengan isteri you tu. You je yang setia, yang jujur dengan dia. Dia dah buat macam ni dekat you pun you masih nak simpan dia? Kalau I jadi you, dah lama I ceraikan!” Diana masih tidak berputus asa.

“Diana!” muka Affendi sudah merah padam mendengarnya. Dia tidak menyangka begitu lancang Diana menuturkan kata.

“Huh! Betul apa I cakap. Perempuan macam tu pun you boleh buat bini. You bekerja dekat sini, entah-entah isteri you melayan entah jantan mana dekat rumah.” sakit hatinya apabila Affendi masih tidak termakan dengan kata-katanya.

“Diam! Keluar dari pejabat aku. Keluar!” Affendi menumbuk mejanya.

“Ha ha ha...you terlalu bodoh Fendi. Bodoh!” Diana sempat menyiram api sebelum keluar dari pejabat Affendi dengan perasaan marah kerana tidak berjaya menggoda Affendi. Hatinya semakin sakit kerana tidak berjaya menghasut Affendi.

Affendi berasa amat geram dan marah ketika itu. Dia mendail nombor telefon bimbit Zulaikha tetapi tidak dapat. Taliannya tidak diaktifkan. Affendi mencuba pula menelefon rumahnya namun hampa kerana tidak berangkat.

Affendi semakin berang. Dia mencapai kunci dan handsetnya dan tergesa-gesa melangkah keluar.

“Salina! Saya nak keluar dan mungkin tak balik pejabat semula. Batalkan semua appointmentsaya selepas ni!” Affendi berpesan kepada setiausahanya sebelum bergegas keluar menuju ke pintu lif.

“Apa hal bos awak tu, Salina? Angin semacam je saya tengok.”

“Entahlah Encik Suffian, saya pun tak tahu.” Salina meneruskan kerjanya yang tergendala.

Suffian menjungkit bahu memikirkan sahabatnya. Entah apa yang berlaku pada Affendi. Dia sendiri tidak tahu. Yang pasti sahabatnya itu seperti menanggung beban masalah yang berat.

Mana pernah melihat tampang Affendi yang begitu serius sebelum ini kerana Affendi yang dia kenal tak pernah membiarkan diri dikuasai marah.

 

 

RIAK kemarahan yang terbit dari wajah Affendi tadi bena-benar membuatkannya berasa puas. Puas hatinya dapat membuat onar dalam rumah tangga Affendi.

Siapa suruh dia menolak aku? Aku yang lebih layak menjadi isterinya. Bukan Zulaikha, dan bukan juga perempuan lain.

Kenapa lelaki sebaik Affendi tidak pernah singgah dalam hidupku? Aku juga berhak mendapat yang terbaik. Diana berkira-kira sendirian. Senyuman puas terukir cantik dibibirnya.

Diana berjalan penuh gaya. Mata-mata nakal yang meliar memandangnya membuatkan Diana terasa bangga.

Memang tidak dinafikan, Diana mempunyai bentuk wajah yang menarik. Postur badannya juga persis seorang model. Ditambah pula dengan cara pemakaiannya yang sangat bergaya, Diana mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang terpandangnya.

‘Huh, memang aku cantik. Affendi saja yang bodoh tak pandang aku!’ dengus Diana dalam hati dengan angkuhnya.

“Nantilah dia. Sampai bila dia nak mengelak dengan aku. Lelaki mana yang boleh tahan kalau kena pujuk dengan perempuan? Lebih-lebih lagi dengan aku yang cantik ni. Hahaha!” Diana ketawa jahat.

Di hadapan matanya sudah terbayang rancangan-rancangan jahat yang akan dilakukannya. Demi merebut seorang anak adam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience