Bab 38

Family Series 17159

HONDA CRV miliknya segera diparkir sebaik sahaja terlihat petak kosong. Kelam-kabut dia keluar dari kereta setelah selesai memakir kereta. Macam manalah keadaan Zulaikha agaknya ketika ini. Hampir berlari dia mendapatkan kaunter pertanyaan untuk bertanya di mana isterinya dirawat.

Setelah mengetahui, dia buru-buru menuju ke lif. Affendi mengeluarkan telefon bimbitnya sementara menanti pintu lif terbuka. Hampir terlupa untuk menghubungi temannya. Dia mungkin akan bercuti lama untuk menemani Zulaika.

“Hello, Pian. Besok kau tolong ganti aku attend meeting dengan client kita, boleh? Aku ada emergency, dan mungkin tak masuk office seminggu dua ni. Kau tolong cover semua project under aku. Document and file all in my room. Kalau tak jumpa, kau tanya Salina.”

“Eh, wait...wait. Kau kenapa ni Di, kelam-kabut je?” soal Suffian cemas.

Risau pula mendengar suara Affendi yang bercakap tak tentu arah. Langsung tak ada peluang dia nak mencelah.

“Pian, aku...Zu miscarriaged.” Beritahu Affendi lemah. Selemah sendi badannya. Ayatnya pun sudah tidak teratur. Dia seakan mahu menangis memikirkan apa yang berlaku dalam hidupnya kebelakangan ini.

“Innalillah. Sabar Di...” hanya itu yang termampu diucap.

Sebenarnya, dia hendak bertanya ‘macam mana boleh jadi macam tu?’ ataupun ‘bila kau jumpa Zu?’. Tapi, rasanya tidak sesuai buat masa ini. Suara Affendi yang menggeletar pun sudah cukup buat dia faham yang Affendi dalam keadaan tertekan yang amat sangat.

Lebih-lebih lagi dia sudah sedia maklum apa yang berlaku pada temannya itu. Kasihan Affendi, sudahlah diri sendiri pun tak sihat. Sekarang pula isterinya keguguran. Tidak pula dia tahu yang Zulaikha sedang mengandung ketika ini. Affendi pun tidak pernah mengkhabarkan.

“Okey, Pian. Aku nak pergi tengok Zu.” Ujar Affendi apabila melihat pintu lif sudah terbuka.

“Yelah, sabar banyak-banyak Di. Kau jangan risau kerja kau dekat sini. Tahulah aku nak handle.”

“Thanks, Pian.”

 

 

KETIKA dia tiba di bilik yang menempatkan isterinya, mak teh dan mamanya tidak kelihatan. Tapi baru sahaja dia menapak ke dalam bilik serba putih itu, pintu bilik kembali terkuak. Puan Zawiyah memberitahu mereka baru sahaja usai menunaikan solat Asar.

Affendi memandang ibunya yang sengaja tidak menghiraukannya. Puan Zawiyah menyambut tangan Affendi sambil menepuk-nepuk bahu Affendi perlahan.

Suasana beku di dalam bilik kecil itu. Zulaikha masih lagi tidak sedarkan diri. Doktor yang merawatnya memberitahu Zulaikha mungkin akan tidur semalaman. Atau paling awal pun, lewat malam nanti dia akan jaga.

“Dah lama Di sampai?” Puan Zawiyah bertanya.

“Baru mak teh...tak sampai lima minit pun.” Affendi menjawab jujur. Mata memandang ibunya yang duduk disisi katil Zulaikha.

“Di macam mana? Badan Di panas lagi ni.” Puan Zawiyah bertanya prihatin.

Dia terasa dahi Affendi yang panas ketika anak muda itu mencium tangannya.

“Di tak apa-apa mak teh.”

“Tahu pulak jalan ke sini? Ingatkan hati tu dah jadi batu!” sampuk Puan Barsyiah dengan sinis.

Hatinya sakit setiap kali mengenangkan perangai anak tunggalnya. Wajah Affendi sikit pun dia tidak pandang. Bengkak hatinya tidak boleh diucap lagi.

Hendak dijerit, anak itu sudah besar. Hendak dibantai sudah tidak kena pada usianya. Bila dinasihati, tidak pula terkesan sedikit pun difikiran anaknya.

“Barsyi...” tegur Puan Zawiyah melihatkan kemarahan temannya.

Affendi hanya mampu tertunduk. Memang dia bersalah dalam hal ini. Apa yang menimpa Zulaikha adalah akibat kekhilafannya menjalankan tanggungjawab.

“Mak teh dengan mama baliklah dulu. Biar Di tunggu Zu pulak.” ujar Affendi kemudiannya. Dia dapat melihat wajah ibu dan mak tehnya yang jelas kepenatan.

“Tak penat ke? Di pun tak sih...”

“Biar dia tunggu Wiya. Isteri dia!” Puan Barsyiah segera memintas kata-kata sahabatnya.

Puan Zawiyah dapat melihat Puan Barsyiah telah bangun dan segera mencapai beg tangannya. Puan Zawiyah serba salah. Dia tahu sahabatnya masih bersedih dengan apa yang menimpa Zulaikha. Puan Zawiyah lantas keluar setelah Affendi mencium tangannya.

Affendi hanya mampu memandang ibunya yang telah keuar dari bilik kecil itu. Dia tahu kemarahan yang mengepung diri tua itu. Ketegangan pada wajah mamanya sudah cukup menjelaskan.

Mata beralih pula memandang Zulaikha yang masih kaku dipembaringan. Dilihat nafas Zulaikha yang berombak halus.

Lantas dia mencapai tangan isterinya yang berada dibawah selimut. Tangan itu dicium beberapa kali untuk melepaskan kerinduan. Wajah isterinya itu pucat, bibirnya pula kering, tidak basah seperti selalu. Tangannya beralih pula pada perut isterinya. Perut Zulaikha diusap perlahan beberapa kali.

‘Maafkan abang, sayang...’

 

 

“SABAR, sayang...Zu tak boleh macam ni...” Puan Barsyiah mencium dahi Zulaikha.

Air mata Zulaikha diseka dangan ibu jarinya. Sungguh, dia berasa sedih melihat Zulaikha yang tidak berhenti mengalirkan air mata. Air matanya turut bergenang dan mengalir perlahan menuruni pipi.

“Kenapa ALLAH ambil baby Zu, mama?” sayu suara Zulaikha bertanya.

“Sabar, sayang...” pujuk Puan Barsyiah lagi.

Selebihnya dia tak mahu Zulaikha melayan kecewa kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan Zulaikha. Sedih hatinya mendengar soalan Zulaikha.

“Baby Zu dah tak ada mama...” tangis Zulaikha lagi.

“Bukan rezeki Zu untuk memilikinya, sayang...redhakan dia Zu...” nasihat Puan Barsyiah lagi. Dia mengerti perasaan Zulaikha. Sedangkan dia sendiri berasa sedih menerima berita itu. Tentu Zulaikha lebih-lebih lagi merasanya.

“Kenapa ALLAH tak ambil nyawa Zu je mama? Dah tak ada makna lagi Zu hidup.” Tangis Zulaikha lagi.

“Astaghfirullah. Mengucap Zu, jangan cakap macam tu, nak. Ini semua ujian ALLAH pada Zu. Zu kena kuat.”

“Salah Zu mama...Zu tak jaga dia baik-baik...Zu nak sangat dia membesar dalam rahim Zu sampai dia lahir...” ucap Zulaikha sayu sambil tangannya mengusap lembut perut yang telah kosong.

Air mata semakin galak mengalir. Puan Barsyiah memeluk Zulaikha sebaik sahaja mendengar kata-kata menantunya.

“Tak. Bukan salah Zu. Cuma, belum rezeki Zu lagi. Sabar, sayang...” pujuk Puan Barsyiah yang turut sama mengalirkan air mata.

Affendi hanya mampu tertunduk mendengar perbualan ibu dan isterinya. Zulaikha sedar ketika dia keluar untuk menggantikan air di dalam flaks.

Dia melihat isterinya itu tidak teresak tapi hanya air matanya sahaja yang mengalir hangat dipipi. Dia juga melihat tangan kanan Zulaikha yang terletak diperut. Dan air mata itu semakin galak mengalir apabila menyedari kehadirannya dimuka pintu.

Tika itu, dia terasa dirinya sangat gagal menjadi seorang suami. Dia hiba melihat Zulaikha begitu namun dia tidak berdaya berbuat apa-apa.

Walaupun tubuh kurus itu dipeluk, ia tetap tidak memberi sebarang kesan kepada Zulaikha. Isterinya itu hanya kaku didalam pelukannya dengan badannya yang bergegar tanda menahan sendu yang dirasai.

“Di, dah lama ke Zu sedar?” Puan Zawiyah bertanya pada Affendi yang membisu sedari tadi.

Affendi memandang mak teh Zawiyah yang berdiri disebelahnya.

 “Lebih kurang sejam tadi...doktor pun dah periksa Zu...” Affendi menjawab lemah, sedang mengawal persaan. Dia tidak mahu air matanya mengalir.

“Doktor cakap apa? Zu okey kan?” Puan Zawiyah bertanya lagi.

“Doktor cakap...doktor cakap Zu okey...dah boleh balik besok.”

Puan Zawiyah hanya mengangguk faham. Dia menuju ke katil Zulaikha untuk memberi semangat pada anak saudaranya itu.

Puan Zawiyah dan Puan Barsyiah pulang sebelah petangnya. Tinggal lagi Affendi dan Zulaikha di dalam bilik sepi itu. Tiada bicara yang keluar dari bibir masing-masing.

Affendi masih serba salah hendak menegur Zulaikha dan Zulaikha pula masih melayani ‘kehilangan’nya. Akhirnya Affendi hanya memandang Zulaikha dari sofa yang tersedia di dalam bilik itu.

‘Kenapa ALLAH tak ambil nyawa Zu je mama?’

Terngiang-ngiang kembali soalan tersebut kedengaran ditelinganya. Soalan itu telah membuatkan dia tidak henti berfikir.

Ya...bagaimana kalau Zulaikha pergi meninggalkannya?

Bagaimana kalau kedatangannya ke sini hanya sempat menatap jenazah Zulaikha saja?

Apa akan jadi padanya sekiranya Zulaikha pergi selama-lamanya dari hidupnya?

Dia masih ingat apa dikhabarkan oleh doktor yang merawat Zulaikha. Doktor tersebut berkata dia sangat bertuah kerana ALLAH masih mahu Zulaikha bersamanya. Doktor itu menambah lagi katanya Zulaikha masih dalam keadaan sedar ketika tiba di hospital. Dan isterinya itu masih bertahan walaupun sudah kehilangan banyak darah.

Sesungguhnya ALLAH benar-benar mengasihinya. Kerana DIA memanjangkan jodohnya bersama Zulaikha. Masih mahu memberi kesempatan kepadanya untuk menebus kesalahan dan memperbetulkan keadaan.

Perbetulkan keadaan? Mampukah dia? Sedangkan selama dia di sini pun, sepatah perkataan pun belum terucap dibibir masing-masing.

‘Maafkan abang, sayang...’

Berkali-kali perkataan itu berulang dalam hatinya, setiap kali melihat wajah pucat isteri. Zulaikhanya seolah tidak mempedulikannya. Ketika dia menenangkan Zulaikha sehinggalah ke saat ini, Zulaikha tidak sekalipun sudi menentang wajahnya, memandang matanya. Pandangan Zulaikha itu seolah-olah telah di ‘set’ tidak tepandangkan dia walaupun dia berada begitu hampir dengan tubuh kurus itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience