Bab 69

Family Series 17159

 TUBUH isteri yang sedang seronok bercerita didapur dipandang minat. Ada sahaja topik yang dibualkan sejak celik mata. Sesekali dilihat isterinya menyumbat mulut dengan kek batik yang sedang dipotong. Satu masuk mulut, satu masuk dalam bekas. Tapi rasanya lagi banyak singgah dimulut dari masuk dalam bekas!

Affendi perasan yang sejak keluar dari hospital Zulaikha sangat teruja dengan makanan yang berasaskan coklat. Hampir setiap hari minta dibelikan kek. Kalau disuruh makan nasi, bukan main payah. Mual katanya.

“Mama tengok dah tak ada lebam lagi dekat lengan Zu ni. Ada rasa sakit lagi tak?”

“Alhamdulillah. Zu dah okey, mama.” Beritahu Zulaikha jujur.

Sangat mengerti kerisauan Puan Barsyiah. Dia cuba meyakinkan bahawa dia semakin baik dan sihat.

“Baguslah tu. Zu duduk sini je lah, tak payah balik sana lagi sementara ni. Fendi kan kerja. Kalau Zu di sini, mama boleh tengokkan.”

Puan Barsyiah bukan apa, dia sudah terbiasa dua minggu ni anak menantu di depan mata, dia rasa seronok. Ada jugak rakan boraknya. Jadi kalau boleh dia memang mahu memujuk Affendi dan Zulaikha duduk terus bersamanya.

“Zu ikut je mama apa keputusan abang Fendi.”

Sebenarnya dia memang tidak kisah hendak tinggal di mana. Lebih seronok jika tinggal bersama Puan Barsyiah. Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual. Tak adalah dia bosan menanti Affendi balik kerja.

Affendi hanya memerhati mereka dari jauh, tidak mendengar sangat apa yang dibualkan dua beranak itu. Cuma dapat melihat Puan Barsyiah menyentuh lengan Zulaikha. Memeriksa kesan lebam mungkin!

Dia biarkan saja perbualan dua wanita kesayangannya. Jari sibuk mencari nombor seseorang. Ada perkara yang perlu dia selesaikan. Hasil perbincangan dia dan Zulaikha kelmarin, dia beri kata dua kepada Zulaikha. Panjang muncung si isteri terpaksa beralah.

 

 

“BETUL itu yang Zu nak?” soal Affendi sambil pandang Zulaikha tepat.

“Iya. Betullah dah banyak kali Zu cakap. Abang je yang sengaja lewat-lewatkan. Kan Zu dah sihat, baby pun sihat..kami selamat kan?” jawab Zulaikha yakin.

“Abang tahu Zu dan baby sihat. Abang bersyukur untuk itu. Abang boleh setuju dengan Zu, tapi dengan satu syarat.”

Affendi menghela nafas sebelum menyambung semula.

“Abang boleh tarik balik dakwaan atas Diana...”

“Betul, abamg?” cantas Zulaikha. Dia gembira! Akhirnya Affendi nak dengar cakap dia.

“Amboi, suka sangat kenapa? Jangan seronok dulu, dengar apa abang nak cakap.”

Zulaikha yang termalu sendiri hanya menggeleng. Dia lega, bukan kerana Diana tu siapa-siapa pada dia cuma dia mahu menamatkan sengketa antara mereka bertiga. Dia masih percaya Diana masih mempunyai sisi baik.

“Abang tak kan mudah-mudah nak percaya dia. Bukan sekali dia buat, dah dua kali, sayang. Memang tak lah abang nak percaya.”

“Habis tu, abang nak buat apa?” soal Zulaikha ingin tahu.

“Adalah...” jawab Affendi sambil lewa. Sengaja menyakat Zulaikha.

Amboi, macam tu pulak. Zulaikha pelik melihat reaksi suaminya yang seperti endah tak endah. Jawapannya pun sambil lewa. Geram pula melihat muka toya yang ditayang Affendi. Boleh saja je dia baca surat khabar. Macam ada yang menarik sangat surat khabar ditangan.

“Main-mainlah abang...Zu tanya betul-betul ni..”

“Lah, bila masa abang main-main? Abang tak pernah tak serius pasal Zu, tahu?”

“Abang!”

Zulaikha terasa dipermainkan. Lebih-lebih lagi bila melihat senyum sumbing Affendi.

“Ya, sayang...” leret saja nada Affendi.

Tahulah Zulaikha kalau macam tu gaya memang apa pun dia tanya, dia kena berusaha lebih. Jika tidak sampai ke sudah Affendi tidak akan memberitahu.

“Malas cakap dengan abang.”

“Aik..kalau tak nak bercakap dengan abang, Zu nak cakap dengan siapa? Abang je ada dalam bilik ni.”

“Zu layan novel lagi best.” Novel di atas meja dicapai lalu membacanya. Affendi dihadapan dia buat tak tahu.

“Untunglah novel, ada jugak orang nak layan kau. Daripada aku ni. Apa lah nasib badan..”

Sebaris ucapan itu dibalas dengan jelingan tajam.

“Amboi, jeling abang camtu. Marah abang lah ni?”

Affendi cuit peha isteri dengan hujung jari.

“Tak mahu layan abang lah ni?”

Dia cuit lagi.

“Tak nak bercakap dengan abang lah ni?”

Affendi mula rapatkan tubuh sehingga deru nafasnya boleh dirasai oleh Zulaikha. Sengaja biar hembusan nafasnya menampar leher si isteri. Affendi tarik senyum bila Zulaikha mula kegelian.

“Abang sayang Zu, tahu? Cinta...kasih...rindu....”

“Zu benci tahu tak...” Zulaikha membalas renungan Affendi berani.

Affendi memicingkan pandangan. Meminta penjelasan.

“Zu benci bila abang buat macam ni...buat Zu menurut je kemahuan abang...” perlahan sekali tutur Zulaikha.

Affendi tersengih lebar. Terus tubuh si isteri dipeluk manja. Surat khabar entah sudah dicampak ke mana.

“Abang..bagi tahulah..apa abang nak buat..” pujuk Zulaikha cuba nasib.

Affendi hanya membiarkan pertanyaan Zulaikha itu. Bibir bergerak mencium tengkuk si isteri.

“Abang...”

Affendi buat tak tahu.

“Abang...Zu tanya ni..”

Affendi masih lagi mencium-cium Zulaikha.

Amboi..makin galak pula dia. Fikir Zulaikha. Tak nak bagitahu ya. Tak apa, Zu pun ada cara.

“Zu! Zu! Okey, okey..abang bagi tahu. Tak nak geli. Zu! Okey!” Affendi menepis jemari Zulaikha yang ligat mengerjakan pinggangnya. Tak tahan geli!

“Haa..baru tahu. Zu tanya buat tak dengar je kan.” Zulaikha tayang muka bangga.

“Adoi, tak kesian abang betullah Zu ni.” rungut Affendi.

“Abanglah. Lagi tak kesian Zu. Banyak kali Zu tanya kan?” balas Zulaikha.

“Isk..abang rindu..salah ke abg cium? Zu lah, lama buat mogok dengan abang.”

Zulaikha hanya tersenyum. Lamalah sangat setakat dua tiga hari tu. Belum lagi sebulan.

“Kalau tak nak bagitahu ni, Zu mogok lagi sebu..” belum pun sempat Zulaikha menghabiskan ayat, bibir Affendi sudah melekat dibibirnya. Zulaikha terus lupa apa yang mahu diucapkan. Affendi senyum senget.

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience