Bab 16

Family Series 17159

‘SAYANG...dekat mana ni?” Affendi bertanya pantas sebaik sahaja talian disambungkan. Zulaikha tersenyum mendegar suara suaminya.

“Assalamualaikum, Zu dah dekat lobi.”

Affendi ketawa mendengar balasan dari isterinya. Dia tahu isterinya itu memerlinya. Terlupa terus nak bagi salam tadi.

“Waalaikumussalam, sayang. Sorry, Zu lah...dua kali abang call baru nak angkat. Risau abang, manalah tau kot sesat cari office abang.”

Zulaikha hanya tersenyum mendengar ocehan suaminya. Memang baru pertama kali dia memandu sendiri ke pejabat Affendi. Tetapi, ini kali kedua dia berkunjung Berjaya Holdings.

Pertama kali berkunjung dahulu adalah sempena majlis yang diatur oleh Puan Barsyiah sendiri. Majlis makan-makan bersama staff Berjaya Holdings bagi memperkenalkan Zulaikha kepada semua pekerja di situ.

“Naa...sungguhpun Zu tak mahir lagi jalan dekat area KL ni, tapi kan Zu dah pernah ke sini dulu.”

“Yelah...yelah...cepatlah, Zu. Abang dah lapar ni.” Rengek Affendi manja.

Zulaikha ketawa lagi mendengar suaminya yang sudah merengek macam budak kecil.

“Mengada je lebih abang tu tau. Okey, Zu nak masuk lif ni. Zu jumpa abang dekat atas nanti.” Zulaikha pantas memutuskan talian apabila pintu lif terbuka.

 

 

“SELAMAT pagi, Puan Zulaikha.” Salina segera menegur isteri majikannya itu apabila melihat Zulaikha semakin menghampiri mejanya.

“Dah masuk lunch hour pun ni, Salina.” Balas Zulaikha sambil tersenyum mesra. Salina merenung jam ditangannya. Kesibukan menyelesaikan kerja yang menimbun membuatkannya leka. Tidak sedar waktu sudah menginjak ke tengah hari.

“Sorry, Puan Zulaikha. Tak sedar, leka sangat tadi.” ucap Salina sambil tersengih menutup malu.

“Haa...bukan Puan, kakak.” Tegur Zulaikha. Sewaktu majlis makan dulu dia sudah mengingatkan. Bukan apa, Cuma tidak selesa dipanggil begitu. Dia bukan majikan pekerja suaminya.

Salina tersengih malu lagi ditegur begitu oleh Zulaikha. Dia hormat dengan isteri majikannya yang sangat berbudi bahasa. Sehinggakan dia sendiri naik segan dengan kerendahan hati Zulaikha yang sedikit pun tidak sombong dan berlagak pada pekerja Berjaya Holdings.

“Tuan Affendi ada? Boleh akak jumpa dia?” tanya Zulaikha sopan.

“Eh, akak ni. Akak kan isteri Tuan Affendi, mestilah boleh jumpa. Tak kan saya tak nak bagi.” jawab Salina ketawa.

“Well...ni kan pejabat. Kena juga tanya setiausaha dia. Kalau dekat rumah lainlah kan?” jawab Zulaikha ketawa dengan ucapan setiausaha suaminya.

Salina juga turut ketawa. Dia memang senang dengan isteri tuannya. Sangat ramah dan merendah diri.

“Akak masuk dulu ya, dah lama ‘Tuan Affendi’ Salina tu tunggu akak.” ucap Zulaikha meminta diri. Sempat lagi dia mengusik setiausaha suaminya.

Salina ketawa lagi mendengar gurauan Zulaikha. Langkah sopan isteri tuannnya dihantar dengan pandangan mata sambil tersenyum meleret.

 

 

AFFENDI memberi kebenaran masuk apabila mendengar ketukan di pintu biliknya. Matanya masih ralit memandang dokumen di atas meja.

“Tuan, sibuk nampaknya. Saya mengganggu ke?” tegur Zulaikha dengan senyuman manis. Suaminya kalau sedang buat kerja, memang tekun habis.

Affendi segera panggung kepala apabila mendengar suara yang begitu biasa dipendengarannya.

“Zu! Abang ingat siapa tadi. Patutlah macam biasa dengar sangat suara tu.” Affendi ketawa dengan kata-katanya sendiri.

“Abang tu yang khusyuk habis buat kerja. Seriusnya suara dia panggil kita masuk tadi. Macam tak percaya je tu suara suami Zu.” perli Zulaikha sambil menghampiri meja suaminya. Pantas mencapai tangan suaminya untuk dicium seperti kebiasaannya.

Affendi ketawa lagi dengan ucapan isterinya. Dahi dan pipi isterinya dicium mesra sebaik sahaja Zulaikha mencium tangannya. Bersama Zulaikha membuatkan dia bahagia. Ada sahaja kata-kata isterinya yang mencuit hati. Bersama Zulaikha membuatkan dia rasa sempurna sebagai khalifah Allah di muka bumi.

“Buat apa pun kita memang kena tekun. Terutama apabila beribadah. Kerja itukan satu ibadah juga. So, kena la buat betul-betul.”

“Yelah...Zu tahu, saja nak sakat abang. Abang banyak kerja lagi ke?”

“Tak. Memang saja tengok dokumen ni sementara tunggu Zu sampai. Zu dari rumah Hani la tadi ni?”

“Yelah, kan Zu dah bagi tahu pagi tadi.” Jawab Zulaikha sambil mengemas meja suaminya.

“So, macam mana dengan Hani? Tadi teman dia pergi check-up, doktor cakap apa? Okey?” soal Affendi lagi.

Semalam, Suffian meminta pertolongan Zulaikha untuk menemani Hani yang sedang sarat mengandung ke klinik untuk pemeriksaan bualananya memandangkan dia tidak sempat balik dari Johor bagi menyelesaikan projek di bawah seliaannya.

“Semua okey je. Ibu and baby sihat. Suffian bila balik, bang? Kasihan Hani seorang dengan Syahmi je. Hani tu dah sarat sangat Zu tengok.”

“Tadi dia telefon cakap, kalau sempat petang ni dia baliklah. Bila semua dah selesai. Lagipun projek tu dah final stage.”

Zulaikha mengangguk kecil. Fail-fail di atas meja suaminya juga sudah tersusun rapi dan kemas.

“Tak payahlah kemaskan, nanti abang suruh Salina buat.” Tegur Affendi apabila melihat isterinya leka mengemas mejanya. Tubuh Zulaikha ditariknya sehingga terjatuh ke atas pehanya. Pinggang Zulaikha dipeluknya erat.

“Siap pun. Abang ni...malulah. Kita kat luar ni, bukan dekat rumah tau.” Ucap Zulaikha tidak selesa. Bukan apa, dia malu kalau ada pekerja Affendi terlihat mereka.

“Alah, kalau dia orang tengok pun, tak salah kan. My wife, bukan abang peluk orang lain pun kan.”

Zulaikha hanya mampu menggeleng. Kalau dia tegur pun, memang tak pernah jalan. Bukan dia tak kenal suaminya itu. Sepatah dia bercakap, sepuluh patah hujah yang suaminya keluarkan. Pipi suaminya diusap sayang.

“Jomlah, tadi ada orang tu macam dah lapar sangat.” Ajaknya seraya berdiri.

“Amboi, isteri abang ni! Memanjang nak perli abang aje.” Hidung Zulaikha dikepitnya kuat. Pantas juga Zulaikha hendak menepis tetapi tidak sempat.

“Sakitlah... Mana ada Zu perli abang. Zu tak sebut nama abang pun kan?” balas Zulaikha sambil mengosok hidungnya yang perit dikerjakan suaminya.

“Yelah. Jom,gerak. Nanti makin sakit perut abang dengar Zu membebel” Affendi sudah meraih bahu isterinya.

“Tengok tu, mana pulak Zu membebel...” balas Zulaikha geram. Satu jelingan diberikan pada si suami yang sudah ketawa mesra. Satu ciuman pula yang hinggap dipipinya sebagai balasan. Sudahnya dia juga turut membalas senyuman suaminya dan sama-sama melangkah keluar.

 

 

“FENDI.” Satu suara menegur sebaik sahaja Affendi dan Zulaikha keluar dari pejabatnya. Affendi dan Zulaikha memandang pada wanita di hadapan mereka. Wanita itu memakai baju dan skirt singkat berwarna pic sepasang.

“Diana?” Affendi pelik melihat Diana di hadapannya. Apalah yang perempuan ini mahu darinya. Masakan waktu tengah hari begini datang untuk berurusan. Seingatnya, hari ini dia tidak ada temu janji dengan mana-mana syarikat.

“You nak ke mana?” Diana bertanya sambil memandang wanita disebelah Affendi. Matanya juga dapat melihat jelas tangan Affendi yang melekat erat dibahu wanita itu.

“Lunch. Ada apa you datang, Diana? Kita ada apa-apa temujanji ke?”

“Tak...tak ada. I saja singgah sini. Just try my luck nak ajak you lunch.”

“Sorry, hari ni I lunch date dengan my wife.Oh! Zu, this is Diana. Our supplier from Mega Corporation. Diana, this is Zulaikha, my beloved wife.You belum pernah jumpa my wife lagi kan? Sengaja Affendi menekan perkataan ‘supplier’ itu. Menunjukkan batas hubungan yang terjalin adalah begitu jelas.

“Hai.” Zulaikha menyapa wanita yang diperkenalkan suaminya dengan senyuman manis. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Diana menyambut tangan Zulaikha teragak-agak. Sakit hatinya dengan cara Affendi memperkenalkan dirinya.

“So, Diana. We wanna make a move now. Maybe next time you can call me earlier. Sorry again.”

“No, i’m the one who should be sorry. By the way, nice to meet you.” Diana menyapa Zulaikha sekadar berbahasa.

“Nice to meet you too, Cik Diana.” balas Zulaikha sopan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience