Bab 48

Family Series 17159

AFFENDI berangkat pulang ke Kuala Lumpur seusai bersarapan bersama isteri, mama dan mak tehnya. Berat hatinya untuk meninggalkan Zulaikha di kampung dalam keadaan yang masih lemah.

Walaupun pada matanya isterinya itu semakin sihat dan pulih. Kalau boleh dia mahu berada disisi Zulaikha sehingga isterinya itu benar-benar sihat seperti sedia kala.

Namun apakan dayanya untuk berlama di Melaka. Walau hatinya berat, dia perlu memikirkan syarikat yang sudah lama ditinggalkan. Lagipun mama dan mak teh ada untuk menjaga Zulaikha. Zulaikha akan menyusul pulang ke Kuala Lumpur bersama Puan Barsyiah empat hari lagi.

Affendi tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia menuju ke Berjaya Holdings. Seminggu lebih berada di Durian Tunggal menyebabkan kerjanya yang sememangnya banyak semakin menimbun.

Banyak dokumen yang menanti untuk ditandatangan dan disahkan. Malah, dia perlu bermesyuarat di sebelah petang.

“Salina, dah letak semua dokumen yang saya suruh tadi?” Affendi bertanya kepada setiausahanya sebaik tiba di pejabatnya.

“Dah, tuan. Ada dekat atas meja tuan.” Affendi mengangguk dan mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke biliknya.

Affendi tekun membaca dokumen didepannya. Setelah beberapa ketika, dia terhenti seketika. Lantas telefon bimbit yang berada dipoket seluar dikeluarkan. Dia lupa untuk memberitahu Zulaikha dia sudah tiba di Kuala Lumpur.

Kekalutannya untuk menyelesaikan kerja-kerja yang bersusun menyebabkannya lupa untuk menelefon Zulaikha di Melaka. Pasti Zulaikha ternanti-nanti panggilan telefonnya.

“Sayang, abang dah sampai sejam tadi. Sorry, ya...abang leka.” Affendi berkata selepas bertukar salam dengan isterinya.

“Tak apa... Banyak kerja ya?”

“Biasalah, sayang... Dah lama tinggal kan? Abang tak boleh lama ni Zu. Kejap lagi abang ada meeting. Kirim salam pada mama dan mak teh ya.”

Setelah menjawab salam isterinya, Affendi menyimpan kembali telefonnya kedalam poket. Senyuman nipis tersungging dibibirnya. Terasa lapang dadanya untuk meneruskan kerja yang tergendala. Suara Zulaikha sahaja sudah membuatkannya lupa akan bebanan kerja yang memberatkan kepala.

Dia harus menyelesaikan kerja-kerjanya secepat mungkin. Dia merancang mahu membawa Zulaikha untuk membantu isterinya itu melupakan segala yang berlaku dalam rumah tangganya akhir-akhir ini. Dia mahu Zulaikha kembali seperti dahulu. Ceria, gembira, dan suka ketawa. Bukannya bersedih, murung dan pemenung.

 

 

MESYUARAT berakhir juga lewat petang itu. Dua jam Affendi mendengar laporan kerja dari semua pegawai-pegawai kanannya. Banyak benda yang perlu dia pantau setelah lama meninggalkan pejabat.

Syarikat yang dibina oleh papa dan mamanya dijaga sebaik mungkin. Dia tahu  betapa bermaknanya syarikat ini pada Puan Barsyiah. Dan dia tidak mahu mengecewakan harapan mamanya.

Affendi mengatur langkah pantas menuju ke surau pejabat apabila jam sudah hampir pukul enam petang. Dia mahu menunaikan solat asar dipejabatnya sahaja sebelum pulang ke rumah.

Waktu-waktu begini tentunya jalan raya sesak dengan kenderaan. Dia tidak mahu tertinggal asarnya gara-gara terperangkap dalam kesesakkan lalu lintas. Lagipun tiada apa yang mahu dikejarnya untuk segera pulang ke rumah.

“Eh, kau pun belum balik lagi ke?” soal Affendi pada Suffian yang baru selesai menunaikan solat.

Sengaja dia menunggu temannya itu. Sudah lama mereka tidak berbual. Selepas bermesyuarat tadi, dia buru-buru masuk ke bilik kerana menjawab panggilan telefon dari pembekal.

“Belum lagi. Banyak kerjalah. Aku nak semak tender yang kita nak hantar untuk projek rumah teres dekat Nilai tu.” jawab Suffian sambil menyarung kasutnya.

Mereka sama-sama keluar dari surau dan berlalu ke lif untuk ke pejabat mereka.

“Sorry la, bro... Aku dah susahkan kau kali ni.” ucap Affendi.

Sepatutnya projek Nilai itu di bawah pengawasannya. Tetapi terpaksa diserahkan kepada Suffian kerana dia bercuti untuk menemankan Zulaikha di Melaka.

“Relakslah Di. Kita kan kawan lama. Lagipun, bukan kau sengaja. Eh, macam mana dengan Zu? Dia okey tak?” soal Suffian pula.

“Much better daripada hari tu. Dia salahkan diri dia sebab keguguran. Kandungan tu dah nak masuk empat bulan.” sayu suara Affendi.

“Innalillah. Doktor cakap apa?”

“Badan Zu lemah dan emosi Zu tak stabil. Rahimnya tiba-tiba mengecut. Terus berlaku pendarahan.”

“Sabarlah...bukan rezeki korang. Aku dulu pun pernah rasa. Kau pun tahu macam mana aku dengan Hani dulu kan? Kau kena lebih prihatin sebab perempuan ni naluri dia lain sikit. Jangan sampai dia kemurungan. Depan kita mungkin dia tunjuk yang dia dah okey, tapi sebenarnya tak.”

“Aku tahu, Zu pun macam tu jugak. Berhari-hari dia menangis. Tambah pulak dengan krisis kami tu. Bercakap dengan aku pun dia tak nak. Salah aku semua ni, Pian. Kenapalah aku bodoh sangat! Fikirkan diri sendiri je. Sudahnya, Zu yang jadi mangsa” Luah Affendi kesal.

“Sudahlah tu, Fendi. Jangan fikir lagi apa yang terjadi masa lalu. Tapi fikirkan apa yang kau boleh rancang pada masa akan datang. Er...hubungan kau dengan Zu dah okey ke belum?”

Serba-salah pula dia hendak bertanya. Mana tidaknya, ini dah kira ambil tahu hal rumah tangga orang. Walaupun orang itu adalah sahabatnya sendiri. tidak manis rasanya dia bertanya. Tapi apa boleh buat, mulut ni tetap juga terlepas cakap.

“Alhamdulillah...mujur Zu nak maafkan aku. Aku tak tahulah apa jadi hidup aku kalau Zu dah tak nak bersama aku lagi. Aku sendiri yang cari penyakit kan? Teruknya aku ni, Pyan. Banyak dosa aku pada Zu. Kalaulah aku ikut nasihat kau dulu, tentu Zu tak keguguran.”

“Sudahlah tu, Di. Banyakkan bersabar. Apa yang berlaku ni, jadikan pengajaran pada kau. Jangan salahkan diri lagi. Mungkin belum rezeki kau. Aku faham persaan kau. Aku dengan Hani dah laluinya dulu kan? Dua kali dia miscarriage before dapat Syahmi. Sekarang dah dua pun anak aku.” Suffian memberi semangat pada temannya.

“Tulah, aku harap ada rezeki aku dengan Zu.”

“Tak apa, lepas ni kerja keras sikit.” Suffian sudah tersengih.

“Kau tu mulalah. Otak kuning.” Affendi menyiku lengan kawannya.

“Apa pulak. Betul lah aku cakap ni. Aku nak bagi petua, kau tak nak.” giat Suffian lagi. Dia memang suka menyakat Affendi.

“Sudahlah kau tu...petua konon. Aku nak balik dah ni. Dah lewat la...” ucap Affendi.

Dia malas mahu melayan Suffian yang sudah bunga-bunga untuk menyakatnya. Suffian kalau menyakat, boleh sakit jiwa dibuatnya.

“Yelah...kerja keras sikit.” Suffian tergelak dengan kata-katanya. Affendi senyum sambil menggeleng kepala.

“Zu dekat kampunglah.” Balas Affendi. Suffian tepuk dahi mendengarnya.

Mereka tergelak kuat. Affendi segera masuk ke bilik untuk mencapai beg bimbitnya. Lagi lama melayan Suffian, lagi haru dibuatnya.

 

 

KEESOKKANNYA, Affendi keluar awal untuk ke pejabat. Banyak kerja yang harus diselesaikan. Keasyikkannya meneliti fail-fail yang bertimbun menyebabkan dia lupa pada persekitarannya.

Sehinggalah kedatangan tetamu dipejabatnya tengah hari itu. Dia masih tidak menoleh pada tubuh yang telah pun masuk ke pejabatnya.

“Hai...sibuk benar nampaknya.” Affendi mengangkat wajah memandang pada arah suara itu.

Berubah air mukanya melihat kedatangan Diana. Tidak serik-serik lagi perempuan ni. Dengusnya dalam hati.

“Yes Diana, what can I help you?” soal Affendi acuh tak acuh. Sebal hati dengan kedatangan orang yang tidak pernah diharapnya.

“Saja. Nak ajak you lunch. Lama you cuti kan, rindulah...” rengek Diana dengan suara yang sengaja dilunakkan.

“Sorry, kerja I melambak lagi. I don’t think so I can accompany you.” Affendi membelek lagi fail biru didepannya.

Perempuan ni memang tak boleh dilayan sangat. Entah apa lagi  yang dia mahu.

“Sombong benar you dengan I sekarang, Fendi. Tak kan keluar makan dengan I pun you tak sudi. Banyak kali I try to call you tapi tak dapat. You pergi mana? ”

“I outstation.” Jawab Affendi menjawab pendek. Pergilah, aku malas nak layan kau ni.

“Outstation? Sampai seminggu lebih! Wah, makin menjadilah perangai isteri you kan bila you tak ada.” ejek Diana lancang.

“Watch out your words, Diana!” berubah air muka Affendi mendengar kata-kata Diana. Perempuan ni memang tak pernah serik.

“Betul apa I cakap. Seminggu you tak ada entah berapa ramai jantan yang dilayannya. You mana tau!”

“Enough! Okey, enough! You’re too much Diana! You tak ada hak nak mengata isteri I. Zulaikha jauh lebih bermoral dari apa yang you tahu. Well,jantan yang dia layan pun seminggu lepas adalah I. I bersama-sama dengan Zu di kampung menemankan dia di hospital kerana keguguran!” keras suara Affendi menengking.

Diana betul-betul melampau kali ini. Perempuan ni memang kena ajar!

Tercengang Diana mendengarnya. Dia tersilap langkah kali ini. Macam mana dia boleh tak tahu yang Affendi balik ke kampung. Wajah Affendi yang merah padam tidak berani ditentang. Gementar kerana temberangnya tidak menjadi kali ini.

“Fendi, tak kan senang-senang you lupakan apa yang isteri you dah buat?”

“One more words you say about my wife after this, I tahu apa nak buat! Now, get out from my room.” ucap Affendi kepada Diana yang tercegat didepannya.

Diana terkebil-kebil menagih simpati Affendi.

“I said now, Diana!” tengking Affendi apabila melihat Diana yang masih tidak berganjak.

Perlahan-lahan Diana mengatur langkah keluar dari bilik Affendi. Hatinya berbungkal marah dengan Affendi. Sakit hatinya apabila diperlakukan seperti ini. Nanti! Kau tahulah apa nasib kau lepas ni. Aku tak akan mengalah! Hati jahat Diana berbisik.

Affendi pegang kepala. Pening kepalanya melayan kerenah Diana yang sudah keterlaluan. Dia sudah tersilap langkah sekali, dan kerana kesilapannya itulah dia menyebabkan impiannya untuk bergelar ayah punah. Kini, dia tidak mahu tersilap lagi. Sampai mati pun dia tidak akan sekali-kali melukakan Zulaikha lagi. Itu janjinya!

 

 

‘TAK guna punya Fendi! Dia memang sengaja cari pasal dengan aku!’

Diana menyumpah-nyumpah dalam hati ketika melangkah kelur dari Berjaya Holdings. Sakit hatinya ditengking oleh Affendi.

Terasa air matanya juga hampir mengalir apabila ditengking tadi. Tidak pernah Affendi meninggikan suara dihadapannya sebelum ini.

Ini semua gara-gara si bodoh Zulaikha tu! Apa lagi aku nak buat supaya mereka bercerai? Sia-sia je duit aku habis upah penyiasat persendirian.

Ingatkan bolehlah buat rumah tangga Affendi berantakkan dan seterusnya Affendi menceraikan si Zulaikha tu. Ini tidak! Dah berbaik pulak. Apa lagi yang aku kena buat?

Memang betul-betul tak guna! Sia-sia je apa aku buat selama ni. Duit dah banyak melayang tapi habuk pun tak ada. Sudahnya aku jugak yang sakit hati. Kenapalah payah sangat aku nak jahanamkan hidup dia orang berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience