Bab 21

Family Series 17160

SEAWAL pagi itu Affendi sudah naik angin. Telefon bimbitnya tidak henti-henti berbunyi. Tetapi tiada pula nombor yang tertera. Seingatnya dia tiada kawan yang suka menahan nombor seperti.  Selama ini pun, belum ada lagi dia menerima panggilan menggunakan ‘private number’. Affendi tidak terasa mahu menjawabnya. Selalunya panggilan dari nombor yang ditahan seperti hanya panggilan karut dan sekadar untuk mengusik atau berbicara benda-benda kotor.

Affendi menjenguk telefon bimbitnya yang bergetar. Skrin telefon bimbitnya di pandang lagi. Private number lagi? Memang betullah orang sekarang ni memang suka tahan nombor. Macam nak buat jenayah je tahan-tahan nombor ni. Fikir Affendi.

“Hello...siapa?” soal Affendi pelik. Akhirnya dia mengambil keputusan menjawab sahaja panggilan telefon itu.

“Kau tak payah tahu siapa aku.” suara itu menjawab.

Dahi Affendi semakin berkerut dibuatnya. Orang ni betul ke tidak? Telefon orang, tapi bila tanya, cakap macam tu pula. Affendi rasa tidak sedap hati. Kerjanya masih melambak, ada pulak orang yang nak main-main dengannya.

“Come again, siapa ni? Saya tak ada masa nak main-main macam ni.” ucap Affendi tegas.

“Aku cuma nak bagi tahu kau. Isteri kau tu bukannya orang baik. Dia tu pelacur!”

“Excuse me, what are you talking about?!” suara Affendi separuh menjerit. Ini dah lebih. Siapa yang bergurau dengannya begini?

“Isteri kau tu pelacur. Pelacur! Tahu tak?”

“Aku tak ada masa nak layan benda-benda nonsense macam ni. Don’t you ever dare to call me again!” Affendi terus mematikan talian. Panas hatinya dengan cerita mengarut tentang isterinya.

Affendi beristighfar menahan rasa marah yang semakin menular. Entah siapalah yang ingin mengganggu kebahagiaan rumah tangganya. Sudah tujuh bulan Zulaikha menjadi isterinya, kenapa tiba-tiba timbul cerita yang mengarut begini?

Affendi meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Dia tidak mahu memikirkan sesuatu yang boleh merosakkan rumah tangganya yang bahagia.

 

 

MALAM itu, Affendi menghabiskan masa bersama isterinya menonton DVD kegemaran mereka bersama. Begitulah caranya mereka mengisi masa yang terluang sekiranya Affendi tidak membawa balik kerjanya di rumah.

Zulaikha tekun menonton sambil sesekali tangannya mencapai kacang kuda rebus dan menyuapnya ke dalam mulut. Affendi memerhatikan isterinya yang leka menonton. Bahu isterinya dipaut lembut dan sekejapan isterinya itu bersandar di bahunya. Rambut isterinya itu dielus lembut beberapa kali. Sesekali dia mencium pula kepala isterinya.

“Sayang...” seru Affendi perlahan hampir tidak kedengaran.

“Hmm..?” Zulaikha menyahut panggilan suaminya. Lebih kepada menanti kata-kata seterusnya dari suaminya. Matanya masih asyik mamandang pada kaca televisyen.

“Zu bahagia dengan abang?”

Dahi Zulaikha berkerut mendengar pertanyaan yang keluar dari mulut suaminya. Tangannya terhenti dari mengambil kacang kuda di dalam piring. Matanya berkalih memandang suaminya di sisi, memohon penjelasan. Adakah suaminya tidak nampak kebahagiaan yang sememangnya terpancar di dalam matanya?

“Abang nampak Zu tak bahagia ke dengan abang selama ini?” soalan suaminya dibiarkan tidak berjawab, sebaliknya dia pula yang menyoal.

“Abang nak dengar dari mulut Zu sendiri...”

“Abang, tiada saat yang lebih bermakna dan bahagia dalam hidup Zu melainkan setelah menjadi isteri abang... Zu bahagia sangat jadi isteri abang.”

“Abang sayang Zu...abang tak sanggup kehilangan Zu.”

“Apa abang merepek ni...bila masa pulak Zu nak tinggalkan abang. Dunia Zu sekarang di sini, bersama abang... Mana lagi Zu nak pergi. Kalau abang buang Zu, tak tahulah mana hala tuju Zu nanti.” nada suara Zulaikha sudah berubah sayu.

Sememangnya hidup bersama Affendi membuatkan dia berasa sangat bahagia. Dia tidak dapat membayangkan hidupnya sekiranya berlaku apa-apa antara mereka satu hari nanti.

Serentak itu, dua jari Affendi menyentuh bibir Zulaikha. Kepalanya digeleng beberapa kali. Dia tidak sanggup membayangkan kehidupannya tanpa Zulaikha. Cintanya sudah separuh mati untuk isterinya itu. Mustahil dia akan membuang Zulaikha dari hidupnya. Mustahil.

“Jangan cakap macam tu Zu. Abang tak kan sesekali membuang Zu. Tak akan.”

“Kita tak tahu apa akan jadi akan datang, bang. Kita tak tahu apa ALLAH dah aturkan untuk kita. Mungkin hari ni abang sayang Zu lagi. Akan datang, mana tahu ALLAH ubah rasa kasih abang, rasa sayang abang. Perasaan itu milik ALLAH. DIA boleh beri dan DIA juga boleh tarik nikmat tu bila-bila masa.”

“Ya, tu abang tak nafikan. Betul apa Zu cakap tu tapi kita masih ada doa. Zu lupa? Doa tu kan senjata orang mukmin. Abang sentiasa doa perkahwinan kita akan ke Syurga. Abang tak nak isteri lain di akhirat nanti. Abang tak nak bidadari yang dijanjikan ALLAH untuk semua umatnya. Abang hanya nak Zu yang bergandingan dengan abang. Tu doa abang setiap hari.”

Bersungguh-sungguh Affendi mengucapkannya. Dia amat pasti apa yang dia rasa dan mahu. Dia yakin dengan janji ALLAH. Dia yakin dengan aturan yang ALLAH telah tetapkan untuknya. Zu adalah anugerah terindah yang ALLAH beri padanya. Dan menjadi tugasnya untuk menjaga amanah tersebut dengan baik, dengan sepenuh hati.

“Abang sayang Zu sepenuh hati. Moga ALLAH kekalkan perasaan ni sampai bila-bila.” Tubuh isterinya itu ditarik rapat ke tubuhnya.

Lantas dipeluknya erat seperti tidak mahu jauh darinya. Dia berasa senang berbuat demikian. Hilang segala kussut di fikirannya. Dia tidak percaya yang Zulaikha tidak pernah terlibat dengan perkara-perkara kotor di masa silamnya.

 

 

 

KETENANGAN dan keyakinan yang baru sahaja kembali kukuh rupanya tidak bertahan lama. Ia semakin tergugat dengan panggilan misteri yang bertambah kerap. Mahu sahaja dibaling telefon bimbitnya supaya tidak berdering lagi. Kini pemanggil misteri tersebut semakin berani melontarkan fitnah dan menawarkan bukti.

Affendi semakin buntu dan semakin cemas memikirkan rumah tangganya. Sayangnya pada Zulaikha semakin menebal setiap hari. Tetapi mengapa hatinya perlu rasa ragu dan mahu percaya akan fitnah tersebut?  Mengapa sebahagian hatinya seakan cuba mendesak dia untuk melihat bukti yang mahu disogok pemanggil misteri itu?

Perbualannya dengan pemanggil misteri itu pagi tadi seakan tidak mahu pergi dari kotak ingatannya.

“Aku boleh hantar bukti kalau kau tak nak percaya jugak. Aku ada gambar.”

“Aku tak percaya. Teknologi sekarang semakin canggih. Mana aku tahu gambar yang kau ada tu betul atau tak. Entah siapa punya gambar kau edit, lepas tu kau kata tu gambar isteri aku.”

“Terpulang pada kau nak percaya atau tak. Tapi, kau akan menyesal kalau kau tak percaya bukti yang aku ada ni.”

“Aku tak nak kau telefon aku lagi. Aku tak nak tahu bukti apa pun yang kau ada.”

Affendi menghela nafas berat. Kenapa? Kenapa aku perlu curiga pada isteriku? Astaghfirullahal’azim...segera dia menuturkan kalimah itu. Menghalau syaitan yang cuba menghasut fikirannya.

Alunan lagu dari nada dering telefon bimbitnya menyentak lamunan Affendi. Tidak payah melihat, dia sudah tahu siapa yang menelefonnya.

“Ye sayang, ada apa?” soalnya sebaik bertukara salam.

“Abang balik pukul berapa hari ni?” lembut suara isterinya bertanya.

“Abang mungkin lambat sikit. Ada sikit lagi kerja yang abang kena selesaikan.”

“Zu nak minta izin abang, nak pergi rumah Hani. Hari ni Zu ada buat kuih pulut serunding. Ada lebih, Zu nak bagi sikit pada Hani. Boleh kan, bang?”

Aduhai, cair hatinya mendengar pertanyaan isterinya itu. Bagaimana dia mahu menerima apa yang difitnah pemanggil tersebut. Sedangkan Zulaikha yang dinikahinya tidak mungkin pernah berbuat serong. Mengapa tidak? Sedangkan hendak keluar ke mana-mana pun isterinya tidak pernah lupa meminta keizinannya selama ini.

“Boleh, sayang. Abang izinkan. Drive safelyokey?”

“Thanks, abang. Zu akan balik sebelum abang balik. Nanti kita minum petang sama-sama ya. Zu ada buat jeli kelapa untuk abang. Kan abang suka makan.”

Bertambah cair lagi hati lelakinya. Zulaikha memang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Walau apa jua keadaan, Zulaikha selalu mendahulukannya. Selalu mengambil berat apa yang dia suka dan apa yang dia mahu.

“Wah, sedapnya. Zu...”

“Hmm? Ye, bang?”

“I love you.” Entah kenapa dia tiba-tiba berasa takut kehilangan Zulaikha.

Kedengaran isterinya ketawa malu. Begitulah isterinya setiap kali dia melafazkan kata cinta atau sayang. Isterinya itu akan resah kerana malu beberapa ketika dan cuba tersenyum atau ketawa kecil beberapa saat.

“I love you too, abang.” Riang suara isterinya membalas.

Affendi memejam mata. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini. Peliharalah rumah tanggaku dari segala bencana. Jauhilah aku dari segala hasutan syaitan Dasim. Aku tak percaya isteriku sanggup melukakan hatiku.

 

 

“MACAM mana? Sedap tak? Kali ni, Zu tak pakai kelapa pandan tau. Sebab pagi tadi cari kat pasar dah tak ada. Yang ada kelapa biasa aje. Maaf ya, bang kalau rasanya tak macam yang abang nak.”

“Ini pun dah okey, sayang. Kesian Zu, mesti penat buat semua ni untuk abang. Kan boleh beli je.” Ujar Affendi sambil terus lagi membenamkan sudu di dalam bekas berisi jeli kelapa.

“Tak susah mana pun, abang. Apalah yang Zu buat pun kat rumah ni sampai boleh penat kan. Yang penting abang suka. Tu pun dah cukup buat Zu rasa puas. Abang nak lagi? Zu ambilkan.” Soal Zu apabila melihat isi jeli itu sudah habis di makan suaminya.

“Eh, tak apa. Zu duduk. Abang boleh ambil sendiri.” Affendi bangun dan mengambil dua bekas kecil berisi jeli kelapa. Satu dihulurkan pada Zulaikha.

“Abang makanlah, bagi kita pulak.”

“Kata nak temankan abang makan. Ni abang makan, Zu tengok je. Bukan teman namanya tu.” Affendi mencapai pula sudu kecil yang tersedia di atas meja dan dihulurkan kepada isterinya.

Zulaikha hanya tersenyum, namun dia tidak membantah, dia turut sama makan jeli tersebut. Tiba-tiba keadaan menjadi sepi tanpa bicara. Zulaikha hanya tersenyum setiap kali bertemu pandang dengaan suaminya.

“Kenapa asyik pandang Zu je ni.” soal Zulaikha akhirnya. Malu pula apabila mata suaminya galak menatap wajahnya. Pipi sudah terasa panas membahang.

“Tak ada apa. Tiba-tiba rasa sayang sangat dengan Zu.” Jawab Affendi jujur.

“Selama ni tak sayanglah?” balas Zulaikha sekadar bercanda.

“Sayang...tapi hari ni rasa lebih sikit dari semalam.”

Entah kenapa, Affendi semakin takut membayangkan hari yang mendatang. Perasaannya rasa tidak sedap dari pagi tadi. Panggilan misteri itu sebenarnya berjaya menggoncang ketenangan jiwanya.

“Zu pun sayang abang jugak. Abang tahukan.” Zulaikha membalas yakin. Dia hanya mahu bergurau tadi tapi riak suaminya tampak serius pula.

Affendi menyepi lagi. Riak wajahnya suram, menafsirkan apa yang dirasai jiwanya ketika ini.

“Abang, kenapa ni... Abang ada masalah ke?” tanya Zulaikha prihatin. Lain benar suaminya petang ini. Seperti ada sesuatu yang dibebankan. Tangan Affendi dipegang dan diusap menyalurkan rasa kasih yang tidak bertepi.

“Abang tak apa-apa, sayang. Banyak kerja dipejabat.” Dalih Affendi.

“Betul ke ni? Kalau abang ada benda nak cerita, Zu sedia mendengar.”

“Betul...abang tak apa-apa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience