Bab 25

Family Series 17160

"KAU kenapa ni, Di? Aku tengok kau seminggu dua ni lain macam je. Kau ada masalah ke?” Suffian bertanya.

Tidak mampu rasanya untuk menahan hati melihat kawannya yang sudah tak serupa orang seminggu ini.

Affendi tidak mengendahkan pertanyaan Suffian sebaliknya masih leka mengacau teh sebelum menyisipnya nipis.

Suffian geleng kepala seolah sudah hilang sabarnya dengan kerenah sahabatnya yang satu ini.

“Aku tanya ni... Kau ada masalah ke? Kau gaduh dengan Zu ke?” soal Suffian lagi tidak berputus asa.

Berurusan dengan Affendi memang macam ni. Kena banyak sabar sebab Affendi memang kuat berahsia. Selagi tidak didesak, selagi itu dia tidak akan bersuara.

“Aku tak ada apa-apalah. Minumlah cepat, kejap lagi kan nak pergi Kembara. Nanti lambat.” dalih Affendi, cuba mengelak pertanyaan Suffian.

“Jangan nak mengarut. Kan aku dah bagi tahu kau semalam, meeting tu dah tukar waktu, petang besok. Dah, kau jangan nak alih topik lagi. Cakaplah, kau kenapa?” gesa Suffian geram.

Affendi merenung kawannya sambil menimbang di kepala sama ada patut bercerita atau tidak. Dia sudah kenal Suffian cukup lama.

Suffian seorang yang sangat menjaga ukhuwwah. Persahabatan yang terjalin antara mereka sangat akrab. Susah senang, Suffianlah sahabatnya.

“Aku ada krisis sikit dengan Zu.” beritahu Affendi perlahan.

“Krisis apa? Dah seminggu kau macam ni. Dah seminggu ke kau tak baik dengan Zu?” teka Suffian pula.

“Lebih kuranglah...” jawab Affendi lemah.

“Kau ni. Kalau ada masalah, jangan biar lama-lama. Nanti jadi sekam.”

“Aku tahu...”

“Dah tahu tu, kenapa dah lama macam ni tak selesaikan lagi? Berat sangat ke halnya sampai seminggu tak baik laki bini?”

Affendi diam membungkam. Dia tidak bersedia untuk berkongsi cerita tentang masalahnya lebih lanjut pada Suffian.

Sungguhpun Suffian itu kawan baiknya. hal yang menjadi masalah rumah tangganya bukan hal kecil. Aib dia dan Zulaikha. Mana dia nak letak muka kalau orang lain mengetahuinya.

“It’s okay if you don’t wanna tell me. Aku tak paksa.” ucap Suffian penuh pengertian apabila Affendi diam tidak berkutik.

“Tapi aku nasihatkan, jangan biar benda ni berlarutan. Selesaikan dengan cara yang berhemah.” sambung Suffian lagi.

Pada Suffian, dia tidak mahu mendesak sekiranya Affendi tidak mahu bercerita. Dia amat menghormati hak peribadi masing-masing dalam bersahabat. Andai Affendi mahu bercerita, dia akan mendengar dengan dengan sepenuh hati.

Tetapi, sekiranya Affendi mengambil langkah mendiamkan diri, dia sendiri tak akan bertanya lagi. Sahabat yang baik adalah mereka yang selalu menyenangkan. Bukan menambah lagi beban masalah yang ditanggung.

Affendi mengacau lagi air tehnya. Suffian tidak tahu apa. Bukan dia tidak mahu bertenang, tapi siapa yang boleh terima kalau isteri yang dikasihi dulu bukan perempuan yang baik-baik? Amat memalukan.

Hendak bercerita pun dia sendiri terasa malu. Tetapi, itulah yang membuatkan dia amat menyenangi Suffian. Seorang sahabat yang amat memahami.

 

 

ZULAIKHA mengangkat gagang telefon rumahnya yang menjerit lantang dengan langkah yang malas. Badannya terasa amat lesu kebelakangan ini.

Kadang-kadang dia rasa sangat sihat, kadang-kadang dia berasa sangat letih. Walhal dia tidak membuat apa kerja sangat pun. Entah apa kena dengan badannya sejak kebelakangan ini, dia sendiri tidak pasti.

“Ya, mak teh. Zu sihat.” Ucapnya setelah wanita tua itu bertanyakan soal kesihatnnya.

Perkara biasa yang masyarakat kita tanya setiap kali bersua muka mahupun sekadar bertelefon.

“Dah tu kenapa mak teh called handphone tak berjawab? Suara Zu lain macam je. Macam orang tak sihat. Lemah je.” Soal Puan Zawiyah lagi  tidak puas hati. Dia tahu benar dengan nada suara Zulaikha.

“Tak adalah, mak teh. Zu sihat, cuma letih sikit. Mak teh janganlah risau. Handphone Zu dalam bilikMak teh sihat?” soal Zulaikha kemudiannya.

Mereka terus berborak dan Zulaikha hanya sesekali menyampuk.

Hati terasa semakin sakit dengan masalah yang telah berlarutan lama. Mahu saja diceritakan kepada mak tehnya tapi Zulaikha tahu itu adalah perkara terakhir yang dia akan lakukan.

Kalaulah mak tehnya tahu, tentu saja perkara itu akan sampai ke pengetahuan ibu mentuanya juga. Dan itu yang dia mahu elakkan.

“Eh, dah lama kita borak ni. Lama pula Di tunggu Zu berborak. Ingat, kalau rasa tak sihat tu, pergilah ke klinik. Jangan biarkan melarat. Penyakit sekarang ni macam-macam.  Sampaikan salam mak teh pada Di.”

Zulaikha menjawab salam ibu saudaranya dengan mata yang berkaca. Siapalah yang menantinya sedangkan sudah lebih seminggu Affendi tidak pulang ke rumah.

Seperti mana malam sebelum ini, malam ini juga dia akan tidur bersendirian tanpa berbantalkan lengan Affendi. Entah bila salam mak tehnya boleh disampaikan kepada Affendi.

Besok? Lusa? Atau sampai bila-bila pun tak kan sampai.

 

 

AFFENDI menuang air di dalam mug tanpa menghiraukan mamanya yang sedang merenungnya tajam. Dia tahu, tentu sahaja ibunya itu sedang menahan amarah.

Mesti ibunya tidak berhasrat melihat dirinya yang masih berada di rumah mewah itu. Sedangkan semalam ibunya itu sudah berkeras memaksanya balik ke rumah menjenguk Zulaikha.

“Apa Di buat kat sini lagi? Di dah janji dengan mama semalam yang Di nak balik rumah tengok Zu. Kenapa tak balik?” soal Puan Barsyiah separuh menjerit.

Affendi meneguk air yang dituangnya tanpa sebarang tanda mahu menjawab pertanyaan mamanya.

“Ya ALLAH budak ni. Di! mama tengah bercakap dengan kamu ni. Jangan buat-buat tak dengar! Apa yang tak kena dengan kamu ni Di? Jangan susahkan hati mama boleh tak? Baliklah Di, jangan buat mama macam ni. Di ada tanggungjawab. Mama tak pernah ajar Di macam ni.”

“Mama, please...”

“Tak ada! Mama tak peduli. Mama nak Di balik sekarang jugak. Zu perlukan Di.”

“Please mama, Di...” Affendi tertunduk.

Tidak tahu alasan apa yang patut diberi kepada mamanya. Sungguh dia tidak bersedia hendak menghadapi Zulaikha. Bukan dia tidak risau, tetapi dia tidak ada rasa ketika ini.

“Di, mama bukan nak menghalau. Tapi mama sendiri dah sakit mata tengok Di dekat sini. Mama tahu ada yang tak kena dalam rumah tangga kamu. Apa pun masalahnya, Di tak boleh macam ni. Di tinggalkan rumah, tinggalkan Zu. Di tak tahu keadaan Zu, tak tahu apa yang dia makan, apa yang jadi dekat dia. Salah macam ni!

Dulu Di janji dengan mama, dengan mak teh yang Di akan jaga Zu sepenuh hati. Sekarang ni, apa yang jadi? Di dah tak sayang Zu ke? Dah tak ada rasa cinta? Sampai keras benar hati Di hukum dia macam ni? Kalau betul Zu salah, Di kena tegur dia baik-baik. Bukan mendiamkan diri macam ni. Mama tak nak nanti masalah lain pulak yang timbul.” Ujar Puan Barsyiah panjang lebar.

Tiada lagi nada marah.

Affendi terdiam tanpa kata. Memang benar apa yang diperkatakan ibunya itu. cuma hatinya sahaja yang masih berdegil, masih berkeras. Nampaknya, dia terpaksa juga pulang ke kediamannya.

“Di balik besok.” Putusnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience