Bab 52

Family Series 17159

ALHAMDULILLAH, syukur kehadrat Ilahi atas rahmat kasih-Nya, rumah tangga mereka kembali tenang seperti dulu. Affendi dan Zulaikha meneruskan rutin kehidupan mereka seperti biasa. Affendi juga tidak putus-putus memberi semangat kepada Zukaikha untuk melupakan sejarah silam yang menyakitkan itu. Dia tahu, berat penderitaan yang ditanggung Zulaikha.

Buktinya, hingga ke hari ini, Zulaikha kadang-kadang sangat pasif dalam hubungan mereka suami isteri. Zulaikha tidak pernah meminta seperti isteri-isteri lain. Apa yang merisaukan Affendi, Zulaikha tidak pernah menunjukkan rasa cemburu atau curiga dengan gerak langkahnya. Sentiasa menerima dan tidak pernah membantah walaupun disuruh membuat perkara yang tidak disukai.

“Kalau Zu penat, nak berehat je...kita tak payahlah pergi. Lagipun, abang tahu Zu tak selesa dengan mak long abang.” Affendi memerhati Zulaikha yang sedang memakai tudung. Mereka diundang oleh Mak Long Rubiah ke makan majlis ulang tahun perkahwinan.

“Tak apa lah, bang...nanti apa pulak mak long cakap.”

Begitulah Zulaikha, selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu sebelum diri sendiri. Bukan Affendi tidak tahu Zulaikha tidak selesa dengan keluarga mak longnya. Lebih-lebih lagi, mak longnya yang berstatus datin itu tidak berkenan dengan Zulaikha yang berserdehana.

Kadang-kadang pernah juga dia terfikir untuk membawa Zulaikha bertemu pakar terapi bagi menghilangkan rasa rendah dirinya. Baru-baru ini, Diana datang kembali menganggu rumah tangga mereka. Dia sendiri sudah pening bagaimana lagi caranya mahu membuatkan perempuan tersebut faham.

Sudah berkali-kali Diana berani menelefonnya ketika di rumah. Dan Zulaikha yang menyambut panggilan tersebut, tidak pernah sekali pun isterinya itu bertanya siapa yang menelefon. Perempuan mana yang mencari suaminya. Affendi tertanya-tanya sendiri tidak adakah rasa cemburu terbit dihati isterinya?

Dia masih ingat reaksi isterinya ketika Diana pertama kali menelefon ke rumah. Ketika itu dia sedang menonton video bersama Zulaikha di ruang tamu. Sudah lama mereka tidak menonton video kegemaran mereka bersama. Isterinya itu bangun menyambut telefon yang berbunyi.

“Hello, Assalamualaikum.” ucap Zulaikha lembut.

“Hello, Fendi ada?” soal pemanggil di hujung talian kasar sekali.

“Abang Fendi, ada... Kejap, saya panggilkan. Siapa ni ya?” bawab Zulaikha dengan dahi berkerut. Dia tahu pemanggil itu perempuan.

“Aku nak cakap dengan Fendi!” perempuan itu mendengus kasar. Zulaikha segera  memanggil Affendi yang masih leka menonton.

Affendi kembali duduk menyertai Zulaikha di ruang tamu. Dia amat berharap Zulaikha akan bertanyakan tentang panggilan tersebut. Namun dia hampa sendiri apabila Zulaikha diam dan tidak bertanya langsung. Mustahil Zulaikha tidak tahu yang menelefon itu perempuan.

Tidak cemburukah isterinya itu? Sekalipun Zulaikha tidak pernah bertanya. Kalau isteri lain tentu sudah gegas bertanya, perempuan mana yang menelefon malam-malam begitu? Perempuan mana yang terlalu kerap mencarinya di rumah? Tetapi tidak isterinya.

Lain pula bagi Zulaikha, dia teringin sangat hendak bertanya. Tetapi ditahankan hati supaya tidak bertanya apa-apa. Dia tiada hak menyekat pergaulan Affendi. Dia tidak berhak berasa cemburu. Padanya Affendi sudah terlalu baik kerana sanggup menerima apa yang terjadi kepadanya.

 

 

“HELLO... Assalamualaikum. Nak cakap dengan siapa?”

“Hello!”

“Oh, nak cakap dengan abang Fendi.” Zulaikha pantas mengecam suara tersebut.

Manakan tidak, wanita itu sudah beberapa kali menelefon di rumah.

“No need. Aku nak bercakap dengan kau.” Suara itu menjawab keras.

“Saya? Tapi saya tak kenal awak.” jawab Zulaikha pelik.

“Aku Diana. Mungkin kau tak ingat. Tapi kita dah pernah jumpa sebelum ni.” Wanita itu bersuara angkuh.

“Cik Diana? Oh, dari Syarikat Mega Corporation. Rakan niaga abang Fendi?” Zulaikha segera terbayang wanita yang pernah diperkenalkan Affendi awal perkahwinan mereka dahulu.

“Ya. Aku nak kau tinggalkan Fendi!” Diana berterus-terang.

“Sorry?!” jantung Zulaikha semerta berdebar hebat mendengarnya.

“Yes! Kau ingat aku tak tahu pasal kau. Sedarlah diri tu sikit. Perempuan GRO! Fendi berkahwin dengan kau pun sebab dia kesian dengan kau. Yelah, mana ada lelaki nak kahwin dengan perempuan sundal macam kau ni kan?” ucap Diana sinis langsung tidak memikirkan perasaan Zulaikha.

Zulaikha terasa matanya hangat. Pedih mendengar ucapan Diana yang sinis. Tidak termampu dia berfikir dari mana Diana mengetahui sejarah silam dirinya.

“Hoi! Kau dengar tak? Kalau aku, dah lama aku minta cerai dengan Fendi. Kau tak kesian ke dekat Fendi kalau orang tahu dia berkahwin dengan perempuan GRO? Kau boleh jamin yang reputasi company dia tak kan jatuh kalau orang lain tahu?”

Zulaikha semakin sebak mendengar kata-kata kesat Diana. Pedih hatinya mengingati kembali kisah silam yang mahu dibuang jauh. Kenapa Diana boleh tahu? Siapa lagi yang tahu kisahnya? Zulaikha semakin gundah.

“Affendi tak akan ceraikan kau sebab dia kesian kat kau. Tak kan kau tak faham lagi? Dia tak sampai hati nak ceraikan kau sebab takut kau buat perkara bodoh. Tapi kalau kau sendiri yang minta, mesti Affendi suka!”

“Kau tentu faham apa yang kau kena buat kan?” ujar Diana sinis sebelum mengakhiri perbualan.

Zulaikha terduduk disudut itu beberapa ketika. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Dia terkedu memikirkan kata-kata Diana sebentar tadi. Sedikit sebanyak dia termakan juga dengan kata-kata tersebut.

“Siapa yang call tadi, sayang?”

Zulaikha cepat-cepat menyeka air matanya dan berpaling memandang arah suara yang bertanya. Sedaya mungkin dia cuba menceriakan wajahnya.

“Tak ada siapa. Salah nombor.”

 

“HAHA... Puas hati aku! Aku yakin lepas ni dia mesti bercerai dengan Fendi. Perempuan bodoh! Pengahalang hubungan aku dengan Fendi. Rasakan!” jerit Diana puas.

Telefon bimbitnya dicampak ke tilam. Dia sendiri merebahkan tubuh langsingnya kasar ke tilam empuk miliknya.

Dia geram kerana sudah banyak usaha yang dijalankan namun tidak berhasil. Dia masih tidak dapat membuatkan Affendi bercerai dengan Zulaikha.

Sakit hatinya dengan layanan Affendi. Affendi tidak mahu menjawab panggilan telefonnya. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk menelefon Affendi di rumah.

“Fendi pun bodoh! Perempuan macam tu pun masih nak simpan!” dengus Diana marah.

Sejenak dia terfikir kembali, marahkan Affendi pun, kenapa dia masih lagi mahukan Affendi? Sebab aku dah cinta dia! Hatinya memekik.

Kalau dia tak dapat buat Affendi ceraikan Zulaikha. Biar dia buat Zulaikha sendiri yang meminta perceraian daripada Affendi. Dia tahu Zulaikha pasti termakan juga dengan hasutannya.

Biar dia rasa! Kenapa nak rampas Fendi dari aku? Aku yang kenal Fendi dulu. Bukan Kau! Hati jahat Diana berkata.

Apa pun yang dia terpaksa buat, dia mesti mendapatkan Affendi. Affendi terlalu setia sehingga rancangan dia buat langsung tidak dapat merobohkan kasih sayang Affendi terhadap Zulaikha.

Dia jadi semakin bersemangat untuk merebut Affendi. Bukan dia tidak tahu salah merampas suami orang. Tetapi hatinya yang tidak mahu faham!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience