Bab 62

Family Series 17159

“ZU, mengantuk dah ke? Kalau mengantuk, tidurlah dulu. Tak payah tunggu abang.” ujar Affendi suatu malam ketika sedang menyiapkan kertas kerja yang perlu dihantar tiga hari lagi.

Dari tadi dia perasan Zulaikha yang sudah kebosanan bermain puzzle yang berbentuk kiub itu. Memang kebiasaannya Zulaikha akan menemaninya di bilik bacaan itu apabila ada kerja yang perlu disiapkan.

Dari dulu dia telah melatih diri tidak akan membawa kerja-kerja pejabat pulang ke rumah. Dia hanya akan membawa balik tugasan pejabat bila perlu sahaja dan bila keadaan betul-betul memaksa.

“Zu?” seru Affendi lagi. Dia tahu ada yang dirunsingkan oleh Zulaikha.

Satu lagi sikap Zulaikha yang dia risau. Isterinya itu suka memendam rasa semenjak krisis yang melanda. Beban fikirannya tidak pernah dikongsi bersama. Isterinya itu lebih suka mendiamkan diri daripada bercerita dan memberitahunya.

“Hah...ya? Ada apa, bang?”

Affendi menggeleng melihat reaksi isterinya. Jauh benar melayang fikiran isterinya. Entah apa yang difikir.

“Abang tanya, Zu mengantuk ke? Kalau Zu mengantuk, tidurlah dulu.” Affendi bertanya lagi. Mata masih ralit menyemak kertas kerja dihadapan.

“Tak lah. Mana ada Zu mengantuk.” dalih Zulaikha.

“Habis tu, dari tadi pusing puzzle tu. Selalu, Zu baca novel.”

“Saja. Malas...” jawab Zulaikha perlahan.

“Zu masuklah berehat. Abang pun dah nak siap ni.” pujuk Affendi lagi.

Kali ini dia mengalih pandangan memandang Zulaikha yang duduk di sofa yang terdapat di bilik tersebut.

“Tak apa, Zu tunggu abang aje.” putus Zulaikha pula. Tangan masih memutar puzzle kiub itu tanpa arah.

“Zu ada masalah ke?” Affendi bertanya lagi.

Dia tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh isterinya. Matanya tepat merenung Zulaikha.

“Eh, tak adalah abang ni. Mana ada...” nafi Zulaikha.

Dia berdebar setiap kali suaminya merenung tajam begitu.

“Dah tu, abang tengok Zu macam tak ada mood je, kenapa?.” desak Affendi lagi.

“Zu...Zu cuma bosan je.” Zulaikha tertunduk.

Affendi sudah dapat mengagak apa yang tersirat dalam hati isterinya.

“Kenapa, Zu dah mula bosan hidup dengan abang?” saja Affendi bertanya untuk menarik perhatian isterinya meluahkan apa yang terpendam.

“Bukan. Bukan itu maksud Zu.” Pantas Zulaikha menggeleng kepala menafikan.

Dia tidak mahu Affendi terasa hati dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Abang tahu...maksud Zu, anak kan?” Affendi sudah mengangkat punggung mendekati isterinya.

Zulaikha lantas menunduk. Dia rasa bersalah kerana membangkitkan perkara itu. Affendi mencapai jemari isterinya dan menciumnya beberapa kali.

“Kalau kita ada anak kan seronok.” ucap Zulaikha perlahan.

“Belum ada rezeki kita lagi, sayang. Sabarlah...” pujuk Affendi.

Dia juga mahukan anak. Tetapi semua itu rezeki pemberian ALLAH. Dia dan Zulaikha hanya mampu berdoa dan berusaha. Hati mana yang tidak sedih apabila teman-teman sebayanya telah pun mempunyai anak. Sedangkan dia dan Zulaikha masih lagi menanti.

Tetapi semua itu hanya dipendamkan dalam hati. Dia tidak mahu Zulaikha bersedih dan menyalahkan dirinya lagi tentang kehilangan yang mereka hadapi dulu.

“Dah lama lepas Zu keguguran dulu. Jangan-jangan Zu...” jari Affendi pantas menutup bibir Zulaikha dari terus berkata-kata.

Seraya kepalanya menggeleng tidak membenarkan isterinya itu meneruskan apa yang ingin disampaikan.

“Tak ada apa-apa yang Zu perlu runsingkan. Jangan fikir yang bukan-bukan, okey? Abang tak suka.” tegas suara Affendi.

“Tapi...dah lama, bang...” ujar Zulaikha lagi. Mata mula berkaca.

“Zu...jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Cuma ALLAH belum nak bagi  rezeki pada kita. DIA masih mahu mendengar doa kita. Melihat kesungguhan kita. DIA pasti akan bagi setelah kita bersedia.”

“Dah dekat setahun, bang... Kenapa ALLAH tak bagi kita rezeki lagi? Tengok Hani dengan Suffian. Belum pun setahun Syahim tu, dah nak masuk tiga anak mereka.” balas Zulaikha lirih.

“Zu, belum pun setahun kita tunggu. Cuba Zu fikir pasangan lain yang dah bertahun-tahun mereka menanti cahaya mata. Ada yang tujuh tahun, sepuluh tahun...malah, ada yang sampai 15 tahun menunggu. Mereka tetap sabar menanti pemberian ALLAH. Tapi kita lain Zu...Zu pernah mengandung. Bersabarlah, sayang... abang tahu it’s hard for you...” pujuk Affendi lagi sambil memeluk bahu isterinya.

Sedikit sebanyak, Zulaikha termakan juga dengan pujukan suaminya itu. Pantas dia beristighfar dalam hati. Menghalau syaitan pergi jauh dari menghasut fikirannya. Dia tidak patut mempertikaikan ketentuan ALLAH. Air matanya mengalir lesu ke pipi.

“Maafkan Zu, bang... Zu lupa, ALLAH berhak pilih sesiapa yang DIA mahu untuk beri nikmat. Zu lupa ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.” tangan Affendi dicapai dan diciumnya.

“Tak ada apa yang perlu abang maafkan, sayang...” Affendi mengusap kepala Zulaikha dengan tangan kirinya.

Kemudian dahi isterinya itu dicium penuh kasih. Air mata Zulaikha yang masih mengalir dikesat. Dia tidak betah melihat air mata isterinya mengalir lagi.

“Dah lewat, Zu. Kita tidur?”

“Kerja abang dah siap ke?” Zulaikha memandang suaminya yang menggeleng dengan pertanyaannya.

“Tak apa, abang boleh sambung di office besok.” Affendi memimpin Zulaikha keluar dari bilik bacaan dan menuju ke bilik utama.

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience