Bab 17

Family Series 17159

DIANA melangkah dengan hati yang bengkak. Tidak menyangka kunjungannya ke Berjaya Holdings bakal menyakitkan hatiknya sendiri. Dia tidak menyangka sama sekali akan bertemu dengan isteri Affendi.

Dia memang sedia maklum lelaki itu sudah berkahwin tiga bulan lepas. Itupun diketahui melalui setiausaha lelaki itu. Tetapi tidak pernah pula dia bertemu dengan isteri Affendi seperti har ini.

Sesungguhnya dia masih tidak dapat menerima hakikat perkahwinan Affendi. Hakikat dia sudah kalah. Hakikat dia sudah ditolak oleh Affendi. Dia masih ingat dengan jelas hari dia berterus-terang tentang perasaannya.

“Biar I terus-terang saja. Sebenarnya, I rasa senang dengan you. I think I like you, Fendi.” Tangan Affendi di atas meja disentuh lembut. Anak matanya tepat merenung pemuda yang mempunyai senyuman manis itu.

Affendi tercengang. Wajah gadis dihadapannya dipandang sekilas sebelum tunduk memandang ‘beef steak’ di pinggannya. Dia terkejut. Tapi bukan kerana apa yang baru diucapkan gadis itu, sebaliknya kerana keberanian gadis itu berterus-terang.

Tapi apabila difikir semula, zaman sekarang apa yang peliknya jika seorang gadis berbicara begini. Apa nak dihairankan, Affendi? Peribahasa perigi mencari timba kini tidak lagi membawa maksud apa-apa untuk gadis sosial dan berpendidikan seperti Diana.

“Diana. Thanks but i’m sorry... I can’t.” tangannya yang disentuh gadis itu, ditarik ke bawah meja.

Giliran Diana pula terkejut. Wajah Affendi ditatapnya lagi meminta penjelasan. Selama ini Affendi melayannya dengan baik. Masakan Affendi tidak mempunyai sedikit pun perasaan padanya.

“Tapi, Fendi... I ikhlas dengan apa yang I cakap.”

“Sorry Diana...” Affendi mengelap mulut dengan kain napkin yang disediakan pihak restoran. Terasa seleranya patah. Perut yang lapar terasa kenyang walaupun makanan di dalam pinggan masi berbaki.

“But, can I know why? There must be a reason or you already have a girlfriends?” soal Diana tidak berputus-asa. Dia tidak percaya Affendi menolaknya semudah itu. apa yang diketahuinya Affendi masih belum mempunyai teman istimewa jauh sekalil sudah berkahwin. Lelaki ini masih solo!

“No. Not yet. I just can’t. I anggap you macam kawan biasa. Kawan bisnes. Tak lebih dari itu.” jawab Affendi jujur. Memang itu yang dia rasa. Lagi pulak, Diana tiada ciri-ciri wanita idamannya.

“But Affendi, can you just try to give me a chance? You tak ada komitmen dengan mana-mana perempuan lain dan I pun tak ada komitmen dengan sesiapa.” Diana mencuba nasib merayu. Dia tahu Affendi seorang yang lembut hati.

“I can’t, Diana. So sorry.” Affendi menggeleng. Suaranya kedengaran tegas.

“But I really love you, Fendi...” rayu Diana lagi.

“Please, Diana. I anggap you kawan. I hormati your feelings towards me but i just can’t. Kalau you masih nak berkawan dengan I, tolong buang perasaan you tu. I tak selesa.” ucap Affendi dengan suara yang amat tegas. Tanda dia amat serius dengan apa yang dicakapkan.

“Buk!” Beg tangannya terlepas jatuh ke lantai. Hilang segala ingatannya pada Affendi. Wajah pemuda yang melanggarnya direnung tajam dengan muka yang bengis.

“Sorry...sorry cik.” Pemuda itu memungut tas tangan Diana yang terjatuh kerana berlanggar tadi.

“Bodoh! Tak nampak orang ke?!” tempik Diana kuat. Terkejut pemuda itu di buatnya. Beg di tangan pemuda itu dirampas sebelum berlalu pergi.

 

 

“LAMA dah ke abang kenal dengan dia?”

“Dia? Dia siapa?” tanya Affendi dengan dahi yang berkerut. Kuah tomyam dihirupnya penuh selera. Kemudian dia mencedok kuah tomyam dan dituang ke dalam mangkuk Zulaikha.

“ALLAH...Zu bercakap pasal Diana tulah. Siapa lagi.” rungut Zulaikha geram. Suaminya kalau dah jumpa tomyam depan mata, memang tak ingat apa.

“Oh dia tu...yelah, Zu tanya tak terang. Lain kali cakap tu biar teranggg.” sengaja ditekan perkataan ‘terang’. Affendi sengih melihat wajah cemberut Zulaikha.

“Main-mainlah. Jawab betul-betullah, bang... Lama dah ke abang kenal Diana tu? Abang kenal kat mana?” soal Zulaikha serius.

“Lama juga. Sejak syarikat kita berurusan dengan syarikat dialah. Kenapa tanya? Cemburu ke?” sakat Affendi lagi. Dia tersenyum apabila isterinya itu mencebik.

“Tak kuasa nak cemburu. Cuma Zu tak berapa berkenan je.” Dalih Zulaikha.

“Eleh, dah cemburu tapi tak nak mengaku.” Ejek Affendi pula. Dia tahu sangat yang isterinya memang tidak berkenankan Diana. Dari tadi lagi dia perasan.

“Lah, betullah Zu cakap. Mana ada Zu cemburu. Cuma Zu kurang suka cara dia berpakaian. Kain dia tu, singkat sangat.” jawab Zulaikha jujur.

Sememangnya dia tidak senang atau lebih tepat sakit mata melihat pakaian yang dikenakan oleh wanita tadi. Terlalu singkat skirtnya hingga menampakkan pangkal peha. Ditambah lagi cara Diana merenung suaminya. Macam ada sesuatu saja.

“Kalau Zu nak pakai macam tu boleh je...” balas Affendi sambil lewa sambil menghirup kuah tomyamnya. Kemudian dia mengambil pula isi ikan kerapu tiga rasa yang dimasak stim.

“Bestnya! Betul Zu boleh pakai macam tu?” tanya Zulaikha serius dengan senyuman nipis segaris. Dia tahu Affendi main-main dengan bicaranya.

Affendi terkejut. Terhenti tangannya dari menyudu kuah tom yam. Biar betul bini aku ni. Hilang akal ke apa nak pakai macam tu?

“Janganlah...” bulat mata Affendi memandang isterinya.

Dia cuma main-main. Tidak bermaksud langsung dengan percakapannya. Tidak sangka pula isterinya itu menganggapnya serius. Nak tengok isterinya berpakaian begitu di luar? Membiarkan tubuh isterinya dijamah pandangan lelaki lain selain daripada dia? Na’uzubillahi min zalik! Simpang malaikat empat puluh empat. Dosanya aku jugak yang tanggung.

“Tahu pun seriau...” jawab Zulaikha dengan ketawa kecil. Dia kemudiannya menyuap nasi tanpa menghiraukan pandangan suaminya.

“Zu ni! Saja je kan nak sakat abang.” pantas pipi isterinya itu dicubit. Tak sempat Zulaikha mengelaknya. Affendi ketawa senang mendengar ocehan isterinya membebel kerana pipinya dicubit.

“Buat lagi, siapa suruh.”jawab Affendi tersengih suka.

“Abang mula dulu kan? Siapa suruh percaya. Lagipun, tak kanlah Zu nak pakai macam tu, abang ni. Minta simpang. Tak waraslah Zu ni agaknya.”

“Abang tahu... That’s why lah you’re my wife. Not anybody else.”

“Beli jiwa ke apa ni?”

“Buat apa nak beli jiwa Zu. Bukan dah dapat ke?” balas Affendi kemudiannya ketawa seronok. Zulaikha menggeleng kepala mendengarnya. Ada sahaja modal suaminya untuk menjawab. Sudahnya dia juga yang mati akal untuk membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience