Bab 61

Family Series 17159

BUNYI ketukan di pintu biliknya menyedarkan Affendi daripada lamunan. Dia lantas memberi kebenaran masuk sambil tangan lincah mengemas dokumen yang telah disemak tadi.

Saat itu tercegul kepala Suffian menjengah ke biliknya. Suffian sudah tersengih kepada Affendi yang memandangnya sekilas. Dilihat temannya itu sibuk menyusun dokumen sebelum meletakkannya di ‘tray’ khas tepi tempat duduknya.

“Sorry, aku ganggu ke?”

“Not at all. Kau nak balik dah ke?”

“Mestilah, tak kan aku nak stay lama kat sini. Sehari suntuk aku dekat dalam bilik aku siapkanproposal. Ni pun macam nak pecah je kepala aku rasanya.” Suffian berkata seraya duduk di kerusi. Beg bimbit diletakkan di atas meja Affendi.

“Hai...merungut nampak?”

“Eh, tak adalah... Aku buat kerja ikhlas Lillahi Taala.” Suffian tersengih dengan teguran temannya.

“Yelah tu. Eh, Pian! Kau ada jumpa Diana tak lately ni?” soal Affendi serius.

“Angin tak ada, ribut tak ada...tetiba tanya pasal minah tu kenapa?” soal Suffian kembali dengan dahi yang berkerut.

Affendi ketawa mendengar soalan temannya. Tentu sahaja temannya itu pelik. Sedangkan selama ini dia tidak pernah membuka topik tentang Diana apatah lagi semenjak berkahwin.

“Aku bukan apa, seminggu ni tak ada pulak aku nampak dia.”

“Hai...dulu bukan main mengelak kalau terserempak dengan minah tu, sekarang tanya-tanya pulak. Apa halnya ni? Kau jangan macam-macam Di.”Amaran Suffian keras. Suaranya juga sudah lain macam.

Affendi ketawa kecil melihat reaksi Suffian.

“Kau ni...macam tak percaya aku pula. Tak kanlah aku nak duakan Zu.” Affendi geleng kepala beberapa kali. Ada pula si Pian ni fikir aku nak duakan Zu?

“Manalah tahu kan. Hati manusia ni berubah-ubah. Dulu tak suka sekarang suka”

“Hishhh! Cukuplah Zu seorang. Aku sebenarnya...”

“Apanya?” soal Suffian kurang sabar. Macam hal berat je nampaknya. Affendi yang dia kenal manalah pernah teragak nak melafaz kata.

“Entahlah Pian...tak tahu aku nak cakap macam mana. Sebenarnya aku bengang dengan dia. Ada ke patut dia datang rumah aku jumpa Zu. Cakap yang bukan-bukan pulak tu. Tak faham aku dengan perempuan ni. Entah apa yang dia nak lagi.”

“Kau ni biar betul?” Suffian sudah tegak daripada bersandar. Dahinya semakin berkerut, tanda ingin tahu lebih lanjut.

“Dia buat kacau dalam rumah tangga akulah. Aku ingat, bila aku dah cakap terang-terang yang aku memang tak boleh balas cinta dia, selesailah. Ni tak, aku tak sangka langsung yang dia gila sangat nak aku ni. Kan dah dekat dua tahun aku kahwin, tak kanlah tak boleh terima hakikat?”

“Kan aku dah cakap dulu, perempuan macam Diana ni memang jenis tak reti bahasa. Sanggup buat apa saja. Habis, apa reaksi Zu?”

“Nasib baiklah Zu tak fikir sangat. Tapi, aku takut jugak kalau-kalau lepas ni dia buat hal lagi. Yelah, as you said...perempuan macam dia sanggup buat apa saja kan? Aku kena hati-hati.”

“Kau doalah banyak-banyak supaya rumah tangga kau jauh dari benda-benda tak elok. Jomlah, balik. Aku dah janji dengan Hani nak balik awal hari ni. Nak bawak anak-anak aku jalan dekat taman permainan.”

“Bahagianya ada anak. Aku ni entah bila?”

“Sabarlah, bro...ada rezeki kau nanti. Mana tahu, sekali dua kau dapat?” Suffian menepuk bahu temannya perlahan.

Mereka sudah bergerak meninggalkan bilik Affendi.

“Amin...masin mulut kau.” Affendi ketawa seronok. Suffian juga turut sama ketawa mendengarnya.

 

 

DIANA amat seronok apabila melihat nama yang tertera di telefon bimbitnya. Affendi memang sudah tidak pernah menghubunginya melalui telefon bimbit. Lebih-lebih lagi setelah berkahwin. Urusan mengenai kerjasama syarikat semua dibuat dengan panggilan telefon pejabat.

Tentunya Affendi ingin berjumpanya. Fikir Diana lagi. Butang hijau ditekannya cepat-cepat supaya Affendi tidak menanti terlalu lama.

“Hai, Fendi...” sapa Diana dengan suara yang sengaja dimanjakan.

Tangan kiri sudah bermain dengan hujung rambut yang berwarna perang itu.

“Diana, I nak tanya sesuatu. Kenapa you ganggu Zu? Apa yang tak kenanya lagi ni?” soal Affendi tanpa berdolak-dalih. Nadanya kedengaran bosan.

“Fendi, I tak faham apa you cakap ni...” jawab Diana manja.

Dilembutkan jua suaranya walaupun dalam hati sudah marah kerana Zulaikha mengadu kepada Affendi.

“Jangan buat-buat tak fahamlah. I nak you dengar apa yang I nak cakap ni. I tak nak you ganggu rumah tangga I lagi. Don’t you ever dare to disturb my wife again.”

“Fendi, kenapa you tak nak faham perasaan I? I cintakan you lebih dari Zulaikha cintakan you, Fendi. Please...under...”

“No! Dah banyak kali I cakap, I tak boleh terima you. Bahasa apa lagi I patut guna supaya you faham kata-kata I? I dah sangat bahagia bersama my wife. Banyak lagi lelaki lain dalam dunia ni tapi yang pasti bukan I. I dah ada isteri. Could you understand that?”

“I tak boleh lupakan you, Fendi...” rengek Diana lagi.

“Stop it, Diana. I tak nak dengar benda-benda nonsense ni lagi!” suara Affendi semakin tegas.

Diana mengetap bibir menahan marah. Sampai hati Affendi memperlekehkan cintanya. Kau belum tahu aku siapa, Fendi. Ini Diana!

“I tak akan putus asa, Fendi. I mean what I said. I tak kan mengalah. I akan pastikannya!”

“Pastikan apa? You jangan buat hal. Sekali lagi you buat hal, you tahulah apa yang I boleh buat. Jangan ganggu my wife lagi. I’m dead serious!”

“Fendi, please... I merayu pada you Fendi... Okeylah, kalau you tak nak ceraikan isteri you pun tak apa. I sanggup bermadu!” putus Diana tiba-tiba.

Apa aku cakap ni? Aku nak bermadu? Huh, jangan harap.

“What??” Kuat suara Affendi memekik.

Perempuan ni memang dah gila. Lama-lama aku pun boleh jadi gila kalau terus layan dia.

“Apa benda mengarut you cakap ni Diana? I tak boleh! I tak akan menduakan Zulaikha. Never!”

“I terlalu cintakan you Fendi. Cubalah faham.”

“Enough, Diana! Jangan jadi budak-budak. Kita dah cukup dewasa untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. Tak kan tak faham-faham lagi apa yang I cakap?”

“Tapi, Fendi..”

“Sudah! I tak nak dengar apa-apa!” ujar Affendi lantas memutuskan talian.

Gila! Perkara ni semakin rumit kerana Diana yang tak faham bahasa.

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience