BAB 28

Romance Completed 21282

SEKALI lagi aku dalam situasi yang sama. Apabila aku tersedar, aku sudah berada di dalam bilik aku sendiri. Tapi, kali ini berbeza. Bukan di bilik aku. Aku memerhatikan ruang bilik itu. Sungguh luas, kemas dan cantik.

“Aku dekat mana ni?” Tanyaku. Aku pusing kepala ke sebelah kanan dan ternampak ada dulang berisi ubat-ubatan di atas meja lampu itu.

“Cik Aryana dah bangun.” Tegur seorang perempuan yang berpakaian ala-ala orang gaji itu.

“Awak siapa?” Tanyaku.

“Lina, orang gaji di rumah vila ini.”

Aku melopong. “Vila?!” Laju aku bangkit dari tempat pembaringan. Cepat-cepat aku mengemas katil tersebut dan kemudian meluru keluar dari bilik.

“Eh, cik Aryana nak ke mana?”

“Keluar. Saya nak balik. Ini bukan tempat saya.” Jawabku.

“Cik Aryana kena rehat dulu. Cik Aryana tak baik lagi.” Laju dia menghalangku.

“Tak apa. Saya dah sihat ni. Saya nak balik.”

“Tak boleh, cik Aryana. Cik Aryana kena rehat juga. Nanti, tuanku marah.” Dia menarik aku ke katil semula.

“Cik Lina, saya tak nak. Tak naklah! Saya nak balik.” Bentakku.

“Tak boleh.” Dengan sekuat hatinya dia menarik tangan aku.

“Tak nak!”

“Sudah, Lina. Kamu boleh keluar.”

“Baik tuanku.” Orang gaji itu terus keluar meninggalkan aku dengan Putera Shiraz Adrian.

Sebaik sahaja daun pintu itu tertutup dia terus bercekak pinggang dengan renungan tajamnya kepadaku.

“Apa?!”

Dia angkat kening sebelah. Aku cuak.

“Pergi tidur. Kalau tak kanda sendiri yang angkat adinda ke sana.” Mulutnya menjuih ke arah katil.

Aku telan liur berkali-kali. Laju aku memanjat katil dan berselubung di sebalik selimut. Terdengar suara ketawa besarnya.

Aku menggeram. Saat itu aku terasa tilam di tepi aku itu diduduki oleh seseorang. Ah, pasti dia!

“Sudah dua kali adinda pengsan tau.” Dia bersuara.

“Bila masa pula aku pengsan?” Tanya aku di sebalik selimut ini.

“Hari tu masa kita dekat kafe dan juga kelmarin. Dinda Hani ni degil tau. Demam tapi nak juga keluar. Nak juga pergi kuliah.” Tidak semena-mena telingaku dipulas olehnya. Terus aku bangun.

“Sakit tau tak!” Aku menggosok telinga kananku.

“Tau sakit. Kalau diri tu lemah, rehat. Dengar cakap orang tua. Dengar cakap kanda. Kalau beginilah perangai adinda, kahwin nanti lagilah adinda degil tak nak dengar cakap kanda.” Dia menggeram.

Aku sakit hati pula mendengar sindirannya itu.

“Kau dah tau aku ni degil orangnya, janganlah kahwin dengan aku. Putuskan saja pertunangan ni.”

“Okey. Kalau adinda mahu putuskan juga hubungan ni kanda ada syaratnya.”

Aku gigit bibir. Janganlah dia minta aku pulangkan balik cincin pertunangan itu.

“Syaratnya, adinda mesti berubah. Kanda tidak mahu tengok adinda yang sekarang. Kanda mahu tengok adinda yang lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa, hormat orang...”

“Apa ni?! Aku tak sukalah dengan syarat tu. Aku suka diri aku sekarang.” Aku menjelingnya. Dia memandang aku dengan sinis.

“Suka? Suka yang macam mana, huh? Tengking kanda? Marah orang yang lebih tua dari adinda? Tiada langsung rasa hormat adinda pada kanda, kan? Walaupun kanda ini lelaki tetapi kanda anak kepada raja Pura Cahaya. Suka atau tidak adinda kena hormat kanda bila kita ada di tempat umum. Dinda malukan kanda sama juga adinda malukan keluarga kanda, tahu.” Marahnya.

“Nasib baiklah hal pertunangan kita berdua ini belum sampai ke pihak media. Kalau tidak, lagi malu kanda dengan keluarga kanda. Orang-orang di universiti tu pun sudah kanda beri amaran awal. Kalau mereka bocorkan hal ini, kanda tidak teragak akan menghukum mereka.” Sambungnya lagi.

Aku diam. Dia berdiri dan berpeluk tubuh. Aku tidak berani menatap wajahnya.

“Kalau tidak suka, kenapa jadikan aku sebagai pasangan kau juga?” Gumamku perlahan. Aku tidak mahu dia dengar apa yang aku cakapkan ini.

“Adinda mahukah ayahanda kanda turun takhta disebabkan menanggung malu anak sendiri? Sedangkan rakyat jelata sukakan dengan kepimpinan ayahanda sekarang. Kalau pemimpin berubah tidak mustahil juga cara kepimpinannya berubah.” Wajahnya serius.

"Kanda tahu perangai kanda ini tidak elok sangat. Tapi, adinda boleh saja menegur kanda dengan cara yang baik."

Aku terkena. Tetapi, aku memang hilang sabar kalau dengan orang yang berperangai macam dia ini.

“Berbalik pada tadi, dinda betul-betul mahu pertunangan ini putus?” Soalnya kembali.

Aku tidak tahu sama ada mahu putus atau tidak.

“Dinda, kanda tanya ni. Putus atau tidak?”

Aku tidak menjawab.

“Baiklah. Diam bermakna mahu, kan?”

Aku tidak membalas. Angguk pun tidak. Pandang pun tidak.

“Jadi, dinda kena terima syarat kanda ini. Dalam masa sebulan dua minggu ini, kanda mahu adinda ada perubahan ke arah kebaikan. Sekiranya, adinda berkelakuan baik kanda akan buat seperti apa yang adinda suruh.”

Aku baru mahu buka mulut tapi dia sudah keluar dari bilik ini. Habis selimut itu aku gigit-gigit melepaskan rasa geram dan marah.

“Baiklah! Aku akan berubah kalau itu yang boleh buat pertunangan ini putus.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience