BAB 24

Romance Completed 21282

“KENAPA kau ni Yana? Muka tak bermaya saja aku tengok. Kau sakitkah?”

“Aku tak ada mood nak cakap sekaranglah Syirah. Aku pergi kelas dululah. Jumpa masa rehat nanti.” Aku terus meninggalkan dia.

Sampai di kelas aku dikerumuni pula oleh teman-teman Elina Ryne. Dia turut sama ada di situ dengan muka bengisnya.

“Kau nak apa lagi ni Elina Ryne?” Tanyaku malas. Lemah sahaja aku rasakan tubuhku hari ini.

“Aku nak apa?!” Dia senyum sinis kemudian merenungku dengan tajam sekali.

“Disebabkan kau, Putera Shiraz tu tak layan aku lagi tau. Dia sekarang dengan perempuan lain.”

“Jadi apa masalahnya?”

“Eh, kau ni tunang jenis apa, huh?!”

“Kau jangan naikkan marah aku boleh tak?!” Sudahlah kepala aku serabut dengan rantai yang hilang itu. Dia ini pula tambah api dalam tubuh aku. Karang aku kerjakan dia dengan kelas ini baru padan dengan muka dia itu!

“Wei, jom keluar. Aku nampak putera raja tu dekat luarlah.” Tegur salah seorang daripada rakannya. Laju semua mata memandang ke belakang kecuali aku.

“Kau dengar sini, Yana. Putera tu milik aku. Aku akan pastikan yang kau tidak akan dapat memlikinya.” Dia menunding jari tepat ke anak mataku.

“Pasti tak pasti kau punya hal. Tolong pergi dari sini sebelum saya bertukar jadi raksasa makan kamu semua ni.” Aku menghalau mereka.

“Jom. Jom. Nanti-nanti sajalah kau gaduh dengan dia ni. Kau tak nampakkah mata putera raja tu tajam tengok kau?”

“Yalah. Yalah. Mari.”

Kami sempat berperang mata sebelum dia dengan yang lain keluar daripada kelas aku.

Aku melentokkan kepala di atas meja dengan beralaskan tangan. Aku malas hendak peduli pandangan Putera Shiraz Adrian itu. Perempuan di sebelahnya bukan main gedik lagi peluk-peluk dia. Lebih baik aku tidur sekejap. Hilangkan rasa pening kepala aku ini.

SELESAI subjek matematik aku terus menuju ke kafe. Syirah menungguku di sana. Sedang aku berjalan aku ternampak kelibat Elina Ryne dengan seorang lelaki. Secara spontan ingantanku kembali pada peristiwa tempoh hari.

“Pasangan kekasih tu hendak bincang pasal apa lagi, ya?” Aku tertanya-tanya. Lebih baik aku ekori mereka berdua itu.
Mereka bersembunyi di belakang bangunan fakulti pentadbiran perniagaan. Tapi, untuk apa mereka ke sini berdua-duaan?

Aku cuba memasang telinga.

“Zyan, aku benci betul dengan perempuan tu!” Dia menumbuk-numbuk dada lelaki itu.

“Sayang, sabarlah.”

“Macam mana aku nak sabar. Sudahlah putera raja itu menyebelahi dia.”

“Dah dia tu tunang putera raja. Memang patutlah putera raja tu menyebelahi dia.”

“Dia tak sepatutnya jadi tunang putera raja tu. Tengok sekarang ni, semua orang sudah tahu status mereka berdua. Sepatutnya aku yang berada di tempat perempuan tu. Aku yang jadi tunang kepada Putera Shiraz Adrian. Bukan perempuan bodoh tu!” Marahnya.

“Elina Ryne! Takkan kau nak bolot harta sampai macam tu sekali?!”

“Mestilah. Kalau nak laksanakan sesuatu rancangan kenalah buat dengan teliti.”

“Itu aku tahu. Tapi, takkan sampai begitu sekali. Kau sanggup gadaikan maruah kau untuk semua itu.”

“Zyan, sayang...”

Ah, mulalah mereka itu hendak buat adegan tak senonoh di depan aku. Sekejap, ya. Aku cari sesuatu yang boleh halang mereka berdua.

Kebetulan, ketika itu seorang pensyarah perempuan lalu di hadapan aku. Ini peluang aku untuk mengenakan mereka.

“Assalamualaikum, pensyarah.” Aku beri salam. Aku tidak kenal pun pensyarah perempuan ini. Tapi, dari wajah yang agak berumur ini aku tahu dia pengajar di Universiti Diraja Kadziyah.

“Waalaikumussalam. Ya, ada apa?” Dia membetulkan cermin matanya.

“Pensyarah, saya ternampak dua pasangan melakukan hal tak senonoh di belakang tu.” Aku menunjukkan tempatnya.
Berubah terus wajah tua itu.

“Mereka dekat mana?!” Suara pensyarah ini naik satu oktaf.

“Ada di sana. Di belakang bangunan tu.” Sekali lagi aku menunjukkan tempat tersebut.

Pensyarah perempuan itu menggeram dan kemudian melangkah ke arah yang aku tunjukkan sebentar tadi.

Aku statik berdiri menunggu apa yang berlaku pada mereka berdua.

“Kamu berdua ikut saya ke pejabat sekarang juga!”

Mataku membulat. Bibir mengukir senyuman kemenangan untuk hari ini.

“Nasib baik ada pelajar nampak kamu berdua. Kalau tidak, entah apa akan jadi pada kamu berdua ini.”

Aku cepat-cepat bersembunyi di belakang tangga. Pensyarah perempuan itu sudah membawa mereka ke depan.

“Pensyarah, ka... kami minta maaf.” Wajah lelaki itu cuak.

“Nak minta maaf bukan di sini. Kamu berdua sila ikut saya ke pejabat. Hal ini saya akan maklumkan kepada ahli keluarga kamu berdua dan kamu juga akan dikenakan hukuman atas perbuatan kamu ini.”

“Tapi...”

“Ikut saya sekarang juga!” Tegasnya. Mereka akhirnya menurut kata.

“Padan dengan muka!” Aku keluar daripada persembunyian apabila kelibat mereka hilang daripada pandangan.

“Eh, Yana. Buat apa dekat sini?”

Terkejut aku dengan suara abang Ikhwan. Sekali aku memandang ke belakang bukan dia sahaja di situ malah Putera Shiraz Adrian juga turut ada bersama dengannya. Lelaki itu memandang aku tanpa riak.

“Yana... Yana... Yana tak buat apa-apa pun. Yana pergi dululah.” Laju aku melarikan diri darpada mereka. Aduhai, selalunya aku main belasah sahaja kalau bercakap tapi kenapa bila nampak wajah dia itu terus lidah aku kelu.

“KAU lambat! Kau pergi mana, hah?” Marah Syirah.

“Maaflah, Syirah. Aku lambat tadi pun sebab pergi menyiasat.”

Wajahnya berkerut.

“Kau siasat siapa? Tunang kau itukah?”

“Bukanlah. Buat apa aku nak siasat dia. Aku pergi siasat musuh aku.”

Bertambah lagi lapisan di dahinya.

“Musuh kau? Siapa?”

“Kau ingat tak perempuan yang aku marah mula-mula dulu. Elina Ryne.”

Laju Syirah menganggukkan kepala. “Kau buat apa dengan dia tu?”

“Tak buat apa-apa pun.”

Dia merengus. Geram dekat akulah itu.

“Baik kau cerita cepat.” Desaknya. Aku beriak tenang.

“Nanti sajalah aku cerita. Aku nak tidur sekejap.” Aku melentokkan kepala di atas buku-buku rujukan aku.

“Eh, tidur pula dia ni. Ceritalah cepat.”

“Nantilah, Syirah. Bagi aku rehat sekejap. Aku pening kepala ni.”

“Kau sakitkah?” Laju aku menepis tangannya apabila dia mencuba menyentuh dahiku.

“Aku tak sakit. Cuma pening kepala.”

“Yalah. Kau rehatlah dulu. Kalau kau nak apa-apa beritahu aku.” Ujarnya dengan prihatin. Aku terus melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience