BAB 65

Romance Completed 21274

TERKEJUT besar aku melihat perubahan sepanjang lorong ke dewan utama resort Moden papa aku ini. Baru beberapa hari lepas aku dengan yang lain pulang dan hari ini pula tiba-tiba papa mengajak aku dengan yang lain makan malam di sini.

“Hoi, Syirah. Kenapa kau pakai lawa-lawa ni? Bukan hari ni kita makan malam sajakah dekat sini?” Aku lihat penampilannya lagi cantik daripada sebelumnya.

“Salahkah aku pakai lawa macam ni?”

“Tak salah. Cuma aku tengok kau bukan macam kawan yang aku kenal sebelum ni. Pakaian kau selalunya santai saja.”

Tiba-tiba dia tersengih.

“Sebenarnya, aku bercantik-cantik ni pun sebab ada abang Fariz.”

“Abang Fariz? Sejak bila kau ni begitu rapat dengan dia?” Aku bingung. Aku rasa aku ada terlepas cerita tentang dia dengan si Fariz Qyle itu.

Syirah senyum. “Aku rapat dengan dia pun masa kita di sini tempoh hari.”

“Tempoh hari?” Aku berfikir.

“Masa pertandingan peragaan pakaian kanak-kanak itukah?”

Dia senyum dengan anggukkan laju.

“Sejak dari situlah kami jadi rapat. Masa dia dapat tahu Elina tu adik dia, akulah yang jadi penemannya. Lepas tu. Lepas tu.”

“Ya. Ya. Aku dengar ni.” Main tarik-tarik tangan pula dia.

“Lepas tu, masa kau pergi pulau aku ikut dia ke Pura Janggi.”

“Ya, aku baru ingat pasal hal tu. Kau pergi sana buat apa, hah? Sampai sekarang aku tertanya-tanya tau.”

“Hehehe. Dia bawa aku jumpa keluarga dia. Kami berdua dah setuju. Lepas aku habis belajar nanti, dia terus bawa aku kahwin!”

“Amboi, kau ni. Habis, crush kau si Ryaikal tu macam mana pula?”

“Aku dah lama lupakan lelaki tu. Aku sedar diri juga. Ryaikal tu bukannya suka dekat aku pun.”

Aku senyum senget. “Ah, sudahlah. Daripada aku layan kau lebih baik aku ke sana.” Aku terus bergerak pergi.

“Eh, Yana! Aku tak habis cerita lagi.”

“Nanti sajalah kau sambung cerita kau dengan abang Fariz tu.”

DEWAN RESORT MODEN. Terbeliak aku melihat dewan yang penuh dengan orang ini. Aku langsung tidak mengenali mereka. Syirah pula terus lenyap dari pandangan. Entah ke mana dia menghilang.

“Ini majlis makan malam keluargakah atau aku yang salah majlis ni?” Aku bingung.

“Kak Yana!” Bariz menyapa aku dari belakang. Zaliah juga turut ada bersamanya.

“Eh, Bariz. Bukan papa kata majlis makan sajakah?”

“Yalah. Majlis makanlah ni.”

“Tapi kenapa ramai orang pula yang papa jemput? Bukan untuk kita-kita sajakah?” Tanya aku lagi.

“Sebenarnya malam ni malam istimewa. Bukan majlis makan malam yang biasa-biasa.” Sampuk Zaliah.

Dahiku berkerut. “Malam istimewa apa?”

“Kakak jangan banyak tanyalah. Jom, kita ke sana.” Adik aku terus menarik aku ke depan.

HATI mula tidak keruan melihat wajah dengan senyuman misteri itu. Aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Senyumannya membuatkan aku terfikir sesuatu. Dia pasti ada merancang sesuatu yang aku tidak tahu, kan?

“Kenapa kak Yana?” Zaliah menegurku apabila aku menghentikan langkah.

“Zaliah apa sebenarnya semua ni?”

“Zaliah pun tak tahu. Bariz cuma kata malam ni malam istimewa.” Katanya dengan senyuman kecil.

Aku diam. Saat itu aku sedar Putera Shiraz Adrian semakin menghampiri aku. Mahu sahaja aku lari ketika ini tetapi tidak boleh apabila Syirah dengan Fariz Qyle tiba-tiba muncul di belakang aku.

“Hah, kau tak boleh lari dari majlis kau tau.” Syirah beri amaran. Aku mengetap bibir.

“Assalamualaikum, adinda Aryana Hani.”

“Wa... waalaikumsalam. Adrian apa semua ni?”

“Dinda terkejutkah?”

“Saya tak terkejut kalau ini majlis makan malam biasa. Tapi, bila tengok hiasan dewan ni melebih-lebih saya rasa pelik. Awak mesti ada rancang sesuatu, kan? Saya tak rasa papa saya yang nak adakan majlis makan malam besar sebegini.” Aku merenungnya tajam.

Dia tersengih.

“Dinda dah lupakah?”

“Lupa apa?”

Dia tepuk dahi. “Kata-kata kanda masa kita dekat pulau itulah? Tak ingat?”

Aku berfikir. Lama.

“Ish, kau ni Yana. Tak payahlah kau fikir panjang sangat. Baik kau ikut putera kau ni ke depan. Majlis dah nak mula.”

“Hah, kanda Shiraz bawalah kakak saya ni ke depan.” Bariz menolak aku. Hampir saja aku terjatuh.

“Bariz!”

“Maaf.” Ucapnya.

“Sudahlah tu dinda. Tak payah nak marah Bariz. Mari ikut kanda ke depan.” Lantas dia menarik tangan aku naik ke pentas kecil yang telah disediakan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience