BAB 3

Romance Completed 21282

“ARYANA HANI TUAN BAIHAQI!”

“Kau ni boleh tak jangan jerit nama penuh aku tu. Aku tengah sakit hati sekarang ni tau tak.” Aku mendengus.

“Sakit hati? Ini pasti tentang putera raja tu, kan?”

“Siapa lagi yang boleh sakitkan hati aku kalau bukan lelaki tu.” Aku menjeling temanku sendiri. Siapa suruh dia bangkitkan isu itu.

Aku menongkat dagu, memandang ke hadapan. Panas hati aku bila lelaki itu ada di situ. Kedudukannya jauh tapi aku masih boleh melihatnya. Hari ini dia bermesra dengan perempuan lain.

“Siapalah perempuan malang yang akan berkahwin dengan putera tu nanti? Perangai tak nampak langsung macam pemimpin.” Aku mencebik.

“Yana, kau jangan benci sangat dengan putera raja tu. Yalah, kata orang dulu-dulu kalau benci sangat dekat orang tu lama-lama jadi suka tau.”

Aku menjulingkan mata ke atas. “Ah, kau pun sama saja dengan dia. Daripada kau fikir pasal tu lebih baik kau fikir pasal hubungan kau dengan si Ryaikal.”

“Wei, janganlah cakap kuat-kuat. Malu aku.”

“Tahu pun malu.” Aku buat muka geram. Buku rujukan marketing aku buka. Buat assignments lagi bagus daripada memikirkan hal remeh-temeh itu.

“Cik Syirah Ainul, boleh tinggalkan kami berdua sekejap.”

Aku terkejut mendengar suara tersebut. Aku mendongak. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang sama yang mengusutkan fikiran aku sejak seminggu lepas. Laju pula dia ke sini.

Mahu sahaja aku tarik-tarik rambut aku ini. Naik gila aku dibuatnya. Sejak kejadian itu kami selalu sahaja bertembung. Perempuan yang mendampinginya juga selalu bertukar. Dalam masa yang sama dia juga tidak melepaskan peluang untuk mengganggu aku.

“Baiklah, tuanku. Patik minta diri dulu.” Syirah segera menyusun buku-bukunya.

“Syirah, kau janganlah tinggalkan aku.” Aku menahannya.

“Dinda lepaskan tangan dinda tu. Biar cik Syirah pergi. Kanda mahu kita berdua saja di sini.”

Aku menjelingnya. Nasib baiklah tidak ada pelajar-pelajar yang berdekatan dengan meja luar kafe ini.

“Bukankah aku dah kata jangan ber’kanda’, dinda dengan aku? Kau tak faham bahasakah, hah?”

“Cik Syirah tolong pergi sekarang.” Arahnya dengan pandangan tajam. Dia langsung tidak mahu mendengar bicaraku.

“Kalau Syirah pergi aku pun pergi. Aku tak nak duduk sini dengan kau!” Semua buku-buku rujukan aku masukkan ke dalam beg sandangku.

Syirah yang masih tidak berganjak dari tempatnya hanya memerhatikan tingkah lakuku. Aku tahu dia tidak akan tinggalkan aku di sini dengan lelaki buaya darat ini.

“Dinda Hani! Boleh tak dengar cakap kanda?” Tangannya laju merampas beg sandangku. Aku mengetap bibir.

“Cik Syirah Ainul, sila pergi sekarang juga. Tinggalkan kami berdua. Tahulah saya nak urus tunang saya ini.”

“Huh?!” Aku dengan Syirah tersentak.

“Tuan putera biar betul?! Tunang?!” Syirah menekup mulutnya, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya tadi.

“Ya, saya sudah pilih jodoh saya. Aryana Hani adalah tunang dan bakal suri hati saya. Saya tidak kisah kalau cik Syirah mahu beritahu orang lain.”

“Putera Shiraz Adrian anak Raja Shakawi Shaif dengar sini!” Turun naik nafas aku dibuatnya. Tahap kesabaran aku menipis. Bila-bila masa sahaja gunung berapi aku ini mahu meletus.

“Aku dari mula lagi benci dekat kau. Aku tak suka! Kalau hati aku ini mahu jatuh cinta sekalipun dengan kau, aku akan tahan. Walaupun kau tu anak raja Pura Cahaya, aku tetap tidak suka. Mana-mana anak raja pun aku tak suka! Kau faham tak! Aku bukan tunang kau dan aku tak nak ada kena-mengena dengan kau!” Suaraku meninggi, melepaskan amarah.

“Bagi balik beg sandang aku.” Aku tarik kasar beg sandang yang ada di dalam genggamannya itu.

“Syirah, jom!” Dengan kasar aku menarik teman aku meninggalkan tempat tersebut.

“Hebatlah kau, Yana. Aku pun tak boleh buat macam yang kau buat tu.” Sempat lagi Syirah memuji aku.

“Kau diam. Kalau kau buka mulut lagi aku tak teragak nak cilikan kau.” Diam terus dia mendengar amaran aku.

SESAMPAINYA aku di rumah, aku terus membuang kasar beg sandangku itu di atas lantai. Amarah di hati ini masih belum reda lagi. Aku menghempaskan tubuhku di atas tilam empuk. Kepalaku mula rasa berat. Pening.

“Yana, kenapa ni? Ada masalahkah? Tadi, Mak Teha beritahu mama yang Yana ni marah-marah sebaik saja masuk rumah.”

Haaih...

Cepat sangat mama aku ini hidu masalah aku. Aku pandang dia dengan pandangan rasa bersalah.

Mama aku ini namanya Madam Aihara. Orang-orang gaji di dalam rumah ini semua panggil dia madam. Mama aku ini boleh tahan juga orangnya. Walaupun tidak bekerja dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada ahli keluarga. Kerjanya di rumah hanya menguruskan papa, aku dengan adik lelaki aku sahaja. Kerja-kerja lain dia serahkan dengan pekerja-pekerja di rumah ini. Sekali-sekala sahaja dia akan membantu orang-orang gaji di rumah ini.

“Mama...” Aku berbaring di atas ribanya mengharapkan belaian. Mama aku ini penyayang. Tetapi, aku takut hendak beritahu dia tentang masalah yang aku hadapi sejak seminggu lepas.

“Ceritalah. Mama dengar.” Lembut sahaja dia memujuk aku. Tangannya membelai helaian rambutku.

“Patutkah Yana cerita masalah ni dekat mama? Yana takut kalau mama marahkan Yana pula.”

“Pasal Putera Shiraz Adrian itukah?”

Aku terpanar. Laju aku bangun memandang wajah mama.

“Mana mama tahu ni?”

“Mestilah mama tahu. Jangan ingat mama tidak tahu, ya. Mana-mana saja Yana dengan Bariz pergi orang-orang mama dengan papa sentiasa ikut kamu dari belakang. Kamu saja yang tidak tahu.” Mama ketawa. Aku mencebik.

“Mama marah juga bila tahu hal Yana dengan putera raja itu. Mama tidak sangka anak mama ni ganas. Panas baran. Kalau tingkah laku Yana pada putera raja itu sampai kepada keluarga dia, habislah Yana nanti.”

“Biarlah. Tahulah Yana uruskan nanti.” Aku buat muka.

“Mama pun tahukan yang putera tu bukannya baik sangat. Tak macam ayahanda dia yang selalu diperkatakan masyarakat Pura Cahaya ini. Baik. Tegas. Mesra, berjiwa rakyat dan suka tolong orang yang memerlukan pertolongannya.” Sambungku lagi.

“Mama tahu. Tapi, Yana boleh saja ubah perangai putera tu, kan?”

Aku mengerutkan dahi. Lain macam sahaja cara mama aku ini bercakap.

“Jangan bilang mama mahu Yana dengan putera tu...”

Mama tersengih-sengih. Ah, aku sudah mengagaknya.

“Mama! Ergh!” Aku menjuling mata ke atas.

“Baik mama keluar sebelum Yana naik marah. Ish! Yana ingatkan mama bolehlah tenangkan hati Yana ni tapi mama cakap sebaliknya pula.” Aku baring membelakanginya. Menutup telinga dengan bantal. Geram aku dengar mama ketawakan aku.

“Mama keluarlah. Jangan kacau Yana. Macam mana sekalipun mama pujuk Yana, Yana tetap tak nak putera tu. Yana nak orang lain.”

“Kalau Yana tak nak Putera Shiraz, Yana terimalah si Ikhwan tu. Mama berkenan dengan budak tu. Lagipun, mama dengan papa kenal dengan keluarga dia. Yana pun kenal dengan budak Ikhwan tu, kan?”

Aku menjulingkan mata ke atas. Pandangan tajam kuhadiahkan kepada mama.

“Mama ni... Tak habis-habis nak kenankan Yana dengan lelaki. Yana nak belajar dululah. Yana masih muda, 23 tahun tau tak. Belum puas lagi nak hidup bujang.” Aku menghempaskan tubuh semula.

“Yalah. Yalah. Tapi, kalau sudah jodoh tak kemana juga, kan?” Mama terus keluar dari bilikku dengan tawa yang mengekek. Aku menggeram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience